Lazada Lancarkan Jualan 8.8 dengan Penghantaran Percuma, Lazada Bonus, dan Lancôme Super Brand Day

Para pembeli dalam talian dan penggemar produk kecantikan mewah kini boleh bersiap sedia apabila Lazada melancarkan kempen Jualan 8.8 Hari-Hari Win dari 6 hingga 8 Ogos, dan juga Lancôme Super Brand Day eksklusif di LazMall pada 6 Ogos 2021.

Rakyat Malaysia boleh menikmat tawaran hebat dan pelbagai hadiah percuma dari Lancôme pada Super Brand Day itu secara eksklusif di LazMall, destinasi produk berjenama Lazada yang dijamin tulen. Pada Jualan 8.8 pula, diskaun Lazada Bonus, baucar Penghantaran Percuma harian, tawaran RM0.88 Crazy Flash Sale, Crazy Brand Mega Offers, dan banyak lagi juga tersedia untuk pelbagai jenama and produk lain*.

Lancôme Super Brand Day di LazMall: 6 Ogos*

Jenama produk solekan dan penjagaan kulit klasik Perancis, Lancôme Paris, memberikan peluang istimewa kepada pengguna tempatan di Lazada sahaja (https://lzd.co/LancomeLazMall)untuk menikmati diskaun sehingga 50% bagi set produk terlarisnya, Advanced Génifique Microbiome Serum, dan juga rangkaian produk Advanced Génifique, Clarifique, Hydra Zen, dan Confort yang lain. Malah, pengguna Lazada Wallet juga boleh mendapatkan potongan harga tambahan RM30 dengan perbelanjaan minimum RM250 bagi produk Lancôme.

Segala pembelian semasa Lancôme Super Brand Day pada 6 Ogos juga akan diikuti bersama hadiah percuma. Ikuti jadual hadiah percuma di bawah untuk memastikan anda tidak ketinggalan:

  • (Sepanjang Hari) Hadiah percuma bernilai sekurang-kurangnya RM208, tanpa memerlukan perbelanjaan minimum. Nilai pembelian yang lebih tinggi akan dihadiahkan dengan nilai hadiah percuma sehingga RM304.
  • (12 Malam hingga 2 Pagi) Percuma Clarifique Dual Essence (50ml) dan L’Absolu Rouge Cream Lipstick, yang bernilai RM185, dengan perbelanjaan minimum RM100. Hadiah istimewa ini adalah tambahan kepada hadiah percuma sepanjang hari di atas.

8.8 Hari-Hari Win di Lazada: 6 hingga 8 Ogos*

Para pembeli dalam talian boleh menantikan ganjaran dan diskaun harian di Jualan 8.8 Lazada. Setiap hari, rakyat Malaysia boleh mengumpulkan Lazada Bonus di dalam aplikasi Lazada, yang boleh ditebus sebagai diskaun RM8 tambahan bagi setiap perbelanjaan RM88 khas untuk produk-produk yang mempunyai tag Lazada Bonus pada 6 hingga 8 Ogos. Malah, baucar Penghantaran Percuma harian istimewa tanpa syarat perbelanjaan minimum yang memberikan diskaun sehingga RM5 bagi yuran penghantaran turut disediakan di sini (http://lzd.co/LazadaMYFreeShipping).

Jangan lupa untuk menambah nilai Lazada Wallet sebelum hari jualan untuk memastikan pembayaran yang pantas dan lancar. Kemudahan ini amat berguna apabila semua orang merebut tawaran RM0.88 Crazy Flash Sale dengan diskaun lebih dari 90%, yang biasanya habis dijual dalam masa beberapa saat. Pada jam 12 Malam hingga 2 Pagi pada 8 Ogos, pastikan anda menantikan Crazy Brand Mega Offers daripada jenama LazMall kegemaran ramai, seperti POCO, Xiaomi, Tefal, Ogawa, Tesco Groceries, dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang jaminan ketulenan 100% LazMall, layari: https://lzd.co/LazMallMalaysia 

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Lazada 8.8, sila layari: https://lzd.co/MegaSale

Mengenai Kumpulan Lazada

Diasaskan pada 2012, Kumpulan Lazada adalah peneraju platform eDagang di Asia Tenggara. Kami kini menjadi pemangkin untuk kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Dengan rangkaian pembayaran dan logistik terbesar di rantau ini, Lazada kini telah menjadi sebahagian daripada keperluan seharian pengguna dan kami bertekad untuk mencapai 300 juta pelanggan pada 2030. Sejak 2016, Lazada telah menjadi platform utama Kumpulan Alibaba, yang disokong oleh infrastruktur teknologi terbaik dari Alibaba.

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.