Apa Itu Syarikat Perkongsian Liabiti Terhad (PLT)?

Pasti anda pernah mendengar jenis syarikat PLT bukan? PLT merupakan jenis perniagaan alternatif yang telah diperkenalkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ia telah menggabungkan ciri-ciri yang ada pada syarikat Sendirian Berhad dan perniagaan syarikat melalui perkongsian yang sedia ada.

Masih ramai lagi yang keliru mengenai perbezaan entiti perniagaan baru ini dengan perniagaan yang lain. Untuk faham dengan lebih jelas apa itu syarikat PLT, jom baca perkongsian di bawah.

Apa Itu Syarikat PLT?

Syarikat PLT ataupun Perkongsian Liabiti Terhad dikawal selia di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad tahun 2012. Struktur perniagaan PLT ini telah direka khas untuk semua perniagaan yang sah di sisi undang-undang bagi menghasilkan keuntungan.

Ia amat sesuai untuk semua jenis perniagaan yang ingin menikmati ciri-ciri kelebihan yang ada pada sesebuah syarikat.

Pembentukan PLT

PLT hanya ditubuhkan berdasarkan tujuan perniagaan dan bukan untuk tujuan amal. Ia boleh dibentuk oleh golongan profesional seperti Akauntan Berkanun, Peguam dan Setiausaha Syarikat untuk tujuan menjalankan perniagaan profesional mereka.

Konsep yang telah diterapkan juga dapat menyokong perniagaan baru untuk mengembangkan perniagaan mereka tanpa perlu memikirkan mengenai tanggungjawab dan aset peribadi serta syarat pematuhan yang ketat.

Ciri-Ciri Utama PLT

  • Syarikat PLT memberikan perlindungan kepada rakan kongsi yang dinikmati oleh pemegang saham sesebuah syarikat dengan had liabiliti yang terhad.
  • Sebarang hutang PLT akan ditanggung dan dibayar daripada harta PLT dan bukannya daripada harta rakan kongsi.
  • PLT juga dapat membuat peraturan perniagaan dalaman sebagai hasil perbincangan dan perjanjian di antara rakan kongsi seperti dalam perkongsian konvensional dan tidak ada syarat wajib untuk perjanjian perkongsian tersebut.
  • Ia juga menawarkan fleksibiliti daripada segi penubuhan, penyelenggaraan dan penamatan sesebuah syarikat.
  • Mempunyai ciri dan tarikan yang dinamik untuk bersaing di dalam dan luar negara.

Sekarang dah faham kelebihan PLT seperti di atas?

Daripada segi kekurangannya pula, PLT tidak sesuai bagi mereka yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Ianya disebabkan kadar cukai yang dikenakan agak tinggi.

Selain daripada itu, bagi perniagaan yang tidak memiliki rakan kongsi juga tidak sesuai untuk memilih PLT.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.