Tutorial : Cari Saham Mengikut Sektor

Dalam pelaburan saham, terdapat sektor berbeza seperti sarung tangan getah (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), teknologi, pembinaan, besi, automotif, pengangkutan dan banyak lagi.

Kebiasaannya, saham-saham dalam sektor yang sama akan naik bersama-sama.

Contohnya, sektor glove atau getah naik dengan mendadak sewaktu awal penularan Covid-19 akibat permintaan yang banyak untuk perubatan.

Kenaikan sesuatu saham itu juga bergantung kepada ‘catalyst’ yang memberi kesan kepada saham-saham yang berada dalam sektor yang sama.

Sebab itulah penting untuk kita tahu cara-cara untuk mencari saham yang tergolong dalam sektor yang sama.

Semoga kita belajar sesuatu dari tutorial ini.

Apa Yang Anda Perlukan?

Anda memerlukan komputer atau laptop atau apa-apa peranti seperti smartphone untuk mendapat akses kepada internet.

Dengan menggunakan peranti ini, ikuti langkah-langkah berikut.

Langkah 1

Buka laman sesawang www.bursamalaysia.com untuk ke laman rasmi Bursa Malaysia dengan menggunakan peranti anda tadi.

Langkah 2

Dalam halaman utama Bursa Malaysia, cari tab Market Information seperti mana yang ditunjukkan dalam gambar. Kemudian, cari Equities Prices dan klik pada perkataan tersebut.

Langkah 3

Setelah anda klik pada Equities Prices, paparan seperti di atas akan muncul. Di bahagian market, pilih jenis pasaran pilihan anda. Sebagai contoh, klik pada pilihan Main Market.

Langkah 4

Selepas itu, anda boleh memilih sektor mana yang anda inginkan. Pilihan akan keluar setelah anda klik pada kawasan yang berkenaan.

Klik pada sektor Health Care sebagai contoh sepertimana yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

Langkah 5

Setelah membuat pilihan sektor, anda boleh memilih sub-sektor yang terlibat dalam sektor yang telah anda pilih.

Jika sebelum ini anda membuat pilihan sektor Health Care, maka pada sub sector pula akan keluar pilihan sub sektor yang terdapat dalam Health Care. Untuk melihat saham yang berkaitan sub sektor farmaseutikal, klik pada pilihan Pharmaceuticals.

Langkah 6

Setelah selesai membuat peilihan pasaran, sektor dan sub sektor, laman ini akan memaparkan paparan yang berkaitan dengan pilihan anda tadi setelah anda klik pada butang Search.

Langkah 7

Scroll ke bawah dan paparan tersedia berdasarkan carian anda sebentar tadi. Sepertimana yang kita lakukan daripada Langkah 1, laman ini akan memaparkan senarai saham sektor kesihatan yang fokus kepada farmaseutikal bagi pasaran utama.

Mudah dan cepat untuk anda membuat carian saham-saham berkaitan sektor yang diinginkan.

Semoga tutorial ini dapat menjadi panduan kepada pelabur-pelabur saham Bursa Malaysia dalam mencari senarai saham mengikut sektor dengan cepat.

Artikel ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda betul-betul ZERO dalam pelaburan saham, anda boleh mendaftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy & Bursa Malaysia di sini.

Previous ArticleNext Article

Kerjaya Prospek: Terus Memperoleh Pelanggan Baharu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19, potensi kenaikan harga saham 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY27F

Semalam, Kerjaya Prospek berjaya meraih kontrak bernilai MYR529j daripada BRDB Developments (BRDB). Kontrak ini berkait dengan sebuah pembangunan bernama Eden Taman Duta yang merangkumi lapan buah blok bangunan kediaman berkonsepkan villa yang menempatkan 146 unit di Jalan Gallagher, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun dan akan disiapkan dalam tempoh 33 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja ketujuh KPG untuk FY26

Yang pertama daripada BRDB. Malahan, terdapat dua kontrak lebih awal pada FY26 yang diterima daripada pelanggan-pelanggan baharu; terutamanya Sena Letrik dan IJM Land. Oleh demikian itu, KPG berupaya mendapatkan tiga pelanggan baharu pada FY26 dan hal ini memberikan petanda bahawa rangkaian pelanggan kumpulan ini dapat diperluas.

Kami ramalkan paras margin bersih projek ini akan berlingkungan antara 8-10%. Berdasarkan anggaran kami, baki buku pesanan berjumlah MYR4.5bn (termasuk tawaran terbaharu) oleh KPG mempunyai 70-80% kerja yang datang daripada pihakpihak berkaitan seperti Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dan Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05).

Mengambil kira tawaran kontrak terbaharu ini, KPG sudah memperoleh projekprojek baharu bernilai kira-kira MYR1.6bn

Sejak awal tahun ini hingga sekarang (YTD) berbanding dengan sasaran FY26F-nya berjumlah MYR2bn dan andaian penambahan kerja bernilai MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek yang bakal diperoleh untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) AVÉA yang dilancarkan baru-baru ini oleh EAST, yang mungkin mencatat nilai pembinaan sekitar MYR400j (GDV: MYR1bn)

ii) Mezon@Park Enclave oleh Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

iii) projek dengan GDV berjumlah MYR720j oleh KPPROP (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan.

Pendorong tambahan ialah sekiranya KPG berjaya mendapatkan kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kontrak kerja terakhir yang diperoleh dalam kategori ini adalahpada bulan Sep 2023, iaitu daripada Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F memandangkan kerja terbaharu menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk FY26F. Sehubungan dengan itu, TP MYR3.19 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan markah ESG sebanyak 3.1.

Faktor pemangkin besar untuk KPG

Seandainya kumpulan ini mengambil bahagian dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group berhasrat memperoleh pakej kedua LRT Pulau Pinang (dengan anggaran nilai MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.