Kisah ‘Perempit’ Di Litar Bursa Lulus Menjadi Seorang Remisier

Mesti ramai yang mengenali tuan punya badan dalam gambar ni kan? Beliau tidak lain tidak bukan, Tuan Yusnizam Mohamad Yusoff atau lebih dikenali sebagai Master Yus di kalangan dunia saham tempatan.

Tapi tahukah anda sebelum beliau terjebak dalam dunia pelaburan saham, beliau merupakan seorang cikgu tuisyen yang berjaya?

Sumber: Book Planet

Muka pun jambu lagi ketika beliau mula menjadi seorang yang berjaya dalam bidang tuisyen. Namun setelah beliau berguru dengan Tuan Haji Mohd Asri Ahmad dari Asri Ahmad Academy, kehidupan beliau kemudiannya berubah.

Beliau kemudiannya mula dikenali sebagai seorang pedagang, dan banyak belajar daripada pengalaman sendiri kerugian ratusan ribu ringgit suatu ketika dahulu. Tapi beliau tidak berputus asa, dan berkat kesabaran dan tunjuk ajar daripada mentor pelaburan saham #1 di Malaysia, beliau kini seorang master dalam intraday trading. Beli pagi jual petang. Beli tadi, jual lagi 1-2 jam.

Memang suka betul ‘Cilok tang kona’, Istilah merempit di litar bursa, memang sesuai sangat dengan beliau.

Tapi sebelum itu, mungkin anda tertanya-tanya, apa yang best sangat jadi remisier ni? Kan dah untung banyak sebagai seorang trader?

Untuk menjawab soalan tersebut, jemputlah baca Best Ke Jadi Remisier? Ketahui kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

OK dah, jom kita ikuti kisah beliau mengharungi penat lelah untuk lulus ujian sebagai seorang remisier.

‘BAGAIMANA KERJAYA NAK JADI REMISIER?’

Syukur Alhamdulillah … Akhirnya saya LULUS dengan gembira, dengan 40/60 breakoutttt …

Perjalanan nak jadi Remisier ada 2 syarat utama ;

1. LULUS Modul 6.
2. LULUS Modul 7.

Apa kandungan Modul 6?

Stock Market and Securities Law. Modul 6 ni kena rajin membaca. Banyak kena ingat. Terutama topik Law. Ala-ala macam encik loyer gitew.

Jika korang baca buku, in shaa Allah LULUS. Jika korang tak baca buku, in shaa Allah BUNGKUS.

Buku Modul 6 boleh dapatkan di Library SC dengan harga RM90 senaskah. Pendaftaran untuk exam perlu dilakukan juga di Library SC dengan yuran RM200.

Modul 6 ni, saya ambil 2 kali baru lepas. Kali pertama GAGAL sebab tak baca buku. Padan muka ko Yus!!

Apakah kandungan Modul 7?

Financial Statement Analysis and Asset Valuation. Argghhhhh … dengar jer pun dah nak putus urat kencing.

Sape takde background akaun dan finance masa kat sekolah dulu memang masak. Nak kena faham konsep pasal Income Statement, Balance Sheet, Cash Flow bagai.

Fuhhhh meleleh hingus beb …

Kandungan Modul 7 ni korang kena faham konsep. Kena hafal formula, baru boleh jawab. Kalau tak paham konsep, tak hafal formula memang keras lah dalam dewan periksa.

Itu lah sebab 4 kali saya tak lepas. Markah LULUS kena 36 dari 60 soalan. Kali pertama saya dapat 25/60, kali ke-2 teruk dapat 18/60, kali ke-3 dapat 28/60, kali ke-4 pecah resistance dapat 32/60.

Dan kali ke-5 dapat 40/60. Breakouttttttt!!!!

Semua soalan objektif berkomputer. Ada 2 sesi pagi n petang. Boleh pilih nak sesi mana. Sesi pagi start kul 9.30 sampai 11 pagi. Sesi petang start kul 2.30 sampai kul 4 petang. Result akan dapat sejurus lepas habis korang jawab. Kalu tak lulus, terus pilih next date untuk repeat.

Penantian sejak Februari 2018, akhirnya LULUS 18 Oktober 2018. 8 bulan struggle tanpa give up.

Modul 7 ni sama juga, kena daftar kat Library SC yuran RM200. Setiap kali repeat kena yuran RM100. So korang boleh kira 5 kali repeat RM400 + RM200. Ini lah pelaburan exam saya.

So dah setel azab Modul 6 & 7, lepas ni kena apply lesen kat SC dan park lesen kat mana-mana broker yang sah kat Malaysia. Tengok list broker kat sini ; http://www.bursamalaysia.com/market/securities/equities/brokers/list-of-participating-organisations

Buat masa ni, saya belum decide lagi broker mana. Tengok lah nanti broker yang offer baik punya.

Once start never stop.

Selagi kita berusaha, selagi itu kita akan rasai nikmat berjaya. Tidak ada yang boleh menghalang kejayaan.

Moga posting ini memberi inspirasi buat anda yang nak berjaya dalam pelaburan saham. Perjalanan masih jauh, dan kita baru saja bermula.

Saya doakan anda terus berjaya hingga akhirnya.

Pssstttt … sekarang Momentum Trader dah boleh explain pasal Fundamental Analysis beb!

Sumber: FB Master Yus

Gaya Momentum Trader Tetap Ada

Memang terbaik perjalanan hidup beliau. Jatuh bangun dalam kehidupan, apatah lagi sebagai seorang pelabur atau pedangan di Bursa Malaysia adalah biasa. Tetapi apa yang luar biasa adalah sikap tidak berputus asa dan tidak mengaku kalah. Bangkit semula lepas jatuh tersungkur, itu merupakan sikap seorang pemenang.

Nak jadi berjaya seperti beliau sebagai seorang momentum trader?

Carilah beliau di FB dan PM beliau cepat-cepat.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.