10 Cara Menabung Untuk Melabur (Siri 1)

Ramai orang nak melabur. Tapi tidak ramai orang mempunyai modal yang cukup untuk melabur. Kalau ada baki duit sepuluh ringgit, lebih baik pendamkan dulu niat nak melabur.

Penting untuk diingat bahawa hanya gunakan wang lebihan untuk melabur. Bukan wang simpanan mahupun dana kecemasan. Sebab apa? Supaya hidup kekal tenang dan tak serabut bila duit modal tak untung.

Jadi bila anda dah berniat nak melabur saham, pastikan buat siap-siap tabung khas. Tabung khas ini digunakan untuk menyimpan modal untuk anda melabur.

Nak menyimpan, perlu disiplin. Nak pupuk tabiat ni kena ulang-ulang buat.

Contohnya tabiat gosok gigi, bila bangun pagi, automatik kita akan gosok gigi. Jika tak gosok gigi maka kita akan rasa tak selesa. Ini kerana sudah menjadi tabiat kita gosok gigi bila bangun pagi.

Jadi, bagaimana nak menabung untuk melabur?

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

1. Renung Panjang Sebelum Check Out

Berbelanja dengan berhemah. Tanam dalam diri anda bahawa anda perlu menyimpan untuk pelaburan anda nanti. Salah satu cara mudah adalah dengan sentiasa melihat semula barang-barang yang anda beli, adakah perlu pembelian tersebut?

Jika di Shopee, renung dan fikirkan semula semua item yang anda dah add to cart sebelum check out.

2. Cekap Berbelanja

Ada perkara yang anda perlukan sekarang. Ada perkara yang hanya akan digunakan pada bulan hadapan.

Jadi, anda perlu bijak untuk prioritise barang-barang yang menjadi keperluan. Elakkan daripada membeli barang yang hanya menjadi kehendak dan bukan keperluan.

3. Jauhi hutang

Hutang ada baik dan buruknya. Kadangkala dengan berhutang dapat membantu anda mempunyai aliran tunai yang aktif.

Uruskan hutang dengan betul. Jika perlu, baru lah anda berhutang. Kad kredit pula jangan lupa untuk bayar on-time. Ini untuk mengelakkan daripada anda perlu keluarkan kos-kos tambahan yang lain.

4. Buang Tabiat Buruk

Ada yang merokok? Cuba bayangkan jika dalam masa satu minggu anda menggunakan 2 kotak rokok berharga RM15.00. Dalam tempoh sebulan, anda telah membelanjakan sebanyak RM120.00.

Bayangkan jika anda berhenti merokok, wang ini dapat disimpan dan dalam hanya 10 bulan, anda telah menabung sebanyak RM1200.00. Dengan RM1200.00, anda sudah boleh jadikan modal untuk mula melabur.

5. Jaga Kesihatan

Dengan berhenti merokok, anda juga dapat mengurangkan kos perubatan anda. Merokok membahayakan kesihatan. Dewasa ini, kos perubatan semakin meningkat.

Jaga kesihatan diri anda dengan bersenam, makan makanan yang sihat serta amalkan gaya hidup sihat. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Ini dapat mengurangkan perbelanjaan anda untuk perubatan sekiranya anda sakit seterusnya dapat membantu anda mempunyai wang lebihan untuk menabung

Semoga info ini dapat membantu para pelabur untuk bersedia dalam pelaburan suatu hari nanti. Ingat, untung itu rezeki, rugi itu pasti.

Artikel ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda betul-betul ZERO dalam pelaburan saham, anda boleh mendaftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy & Bursa Malaysia di sini.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.