Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Apabila menyebut tentang emas, pastinya terlintas di fikiran anda betapa sinonimnya kaum wanita dan emas sebagai perhiasan. Di Kelantan, kecenderungan dan minat wanita Kelantan terhadap emas sudah tidak perlu dibahaskan lagi.

Boleh dikatakan setiap wanita yang tinggal di Kelantan mempunyai barangan emas dalam simpanan mereka. Permintaan emas yang tinggi di Kelantan memberi ruang kepada ramai peniaga membuka lebih banyak kedai emas dan menjadi tukang emas.

Bahkan, tukang emas di Kelantan dikatakan antara mereka yang berkemahiran tinggi selain jenis emasnya yang lebih berkualiti. Menjelang tiba hari perayaan, sudah pasti rangkaian kedai emas yang ada di negeri Kelantan ini akan dipenuhi dengan kaum hawa yang ingin menambah koleksi atau berhias diri.

Kebanyakan wanita Kelantan suka mengumpul emas, dan tidak kurang juga menjual beli emas. Jika anda tiba di Kelantan, jangan hairan apabila anda melihat beberapa orang wanita berlegar di kawasan bank ataupun kedai-kedai emas di sekitar bandar atau pekan.

Baca: Boleh Beli Emas Dengan Modal Serendah RM5?

Walaupun mereka kelihatan seperti wanita biasa yang lain, mereka sebenarnya adalah peniaga emas atau lebih dikenali sebagai peraih emas yang kebanyakannya menjual beli emas lama.

Selain berlegar di kawasan bank dan kedai-kedai emas, ada di kalangan ‘wanita emas’ ini juga turut berkunjung dari rumah ke rumah untuk menjalankan kegiatan jual beli emas, terutamanya di kawasan kampung. Dengan kata lain, mereka adalah penjual emas bergerak yang kebanyakannya menjual emas secara ansuran.

Kebanyakan mereka juga mengamalkan sikap kepercayaan secara telus, di mana peniaga emas memberi sepenuh kepercayaan kepada pembeli untuk membuat bayaran secara ansuran. Tanpa mengambil kira berapa jumlah bayaran bulanan yang diperolehi, asalkan pembeli membuat bayaran setiap bulan.

Sikap peniaga yang terbuka ini membuatkan para pembeli berasa lebih dihargai dan berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh para peniaga emas ini.

Bagi penggemar emas, pembelian barang kemas tidak dianggap suatu pembaziran sebaliknya pelaburan. Kerana jika keadaan terdesak, barang kemas tersebut boleh dijual semula atau digadaikan terutama ketika harga emas meningkat.

Kita pun tahu bahawa sifat emas itu sendiri yang kalis inflasi, di mana satu dinar emas pada zaman Nabi Muhammad SAW 1400 tahun dulu boleh beli seekor kambing – hari ini satu dinar emas pun boleh beli seekor kambing.

Jadi, adalah penting untuk setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya satu barangan emas supaya ia dapat digunakan pada waktu-waktu tertentu yang lebih diperlukan.

Sumber Rujukan: Perniagaan Emas

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA