Mahukan Pendapatan Biasa-Biasa atau Lebih Dari Biasa?

Ini impian hampir semua orang : Nak kehidupan yang senang, tenang, dan tidak tersepit dengan masalah ekonomi yang makin hari makin seram.

Anak muda, makan gaji masuk pagi balik petang itu mulia. Kalau tak buat kerja, maka kita tak akan dapat duit. Basically we are trading our time with money. Ada peluang cari side income, mantapkan simpanan.

Gaji sebagai satu-satunya income stream adalah BERBAHAYA.

Ya, zaman sekarang memang ramai buat dua atau tiga kerja. Tidak semua orang larat buat dua atau tiga kerja sampai tua.

Setiap orang berbeza cara mereka menambahkan pendapatan. Baca juga 24 Idea Bisnes Yang Berpotensi Tinggi dan Lumayan.

Ada yang memerah keringat dari pagi sampai tengah malam. Ada juga yang memilih untuk menambah pendapatan dengan hanya duduk di rumah.

Dalam keadaan serba canggih hari ini, ada banyak perkara yang telah dimudahkan. Sudah tidak mustahil bagi mereka yang bekerja sepenuh masa untuk dapatkan pendapatan tambahan.

A. Income Makan Gaji

Makan gaji atau dengan mempunyai pendapatan tetap sudah pasti menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia. Tak perlu risau atau fikir akan pendapatan pada bulan hadapan. Cukup bulan, gaji masuk dan berbelanja seperti biasa.

Namun, dengan peningkatan kos sara hidup (peningkatan harga barang, servis dan lain-lain) menyebabkan ramai orang bertindak untuk menambah pendapatan.

Orang muda yang bekerja makan gaji, gunakan kelebihan yang ada ini untuk menyimpan secara tetap dan kemudian cipta aset lain atau belajar menambahkan pendapatan lain daripada pelbagai instrumen pelaburan.

B. Income Makan Gaji Dan Terlibat Dengan Saham

Tapi bagaimana nak tambah pendapatan sebab sekarang masih makan gaji? Nak tambah pendapatan tetapi tidak mahu mengorbankan masa bersama keluarga tercinta?

Percayalah, pelaburan saham adalah alternatif yang sesuai. Lagi pun ianya instrumen yang sah dan patuh syariah.

10 tahun lepas pendedahan tentang perkara sebegini agak terhad namun dengan adanya teknologi, kita boleh mendapatkan ilmu di hujung jari saja. Lagipun kita tak perlu tengok saham tu hari-hari.

Menggunakan wang lebihan, pelaburan saham dapat membantu meningkatkan pendapatan. Jika setiap bulan sasarkan untuk mendapat pulangan minima 10%, itu pun sudah sangat baik!

Nampak macam sedikit tetapi jika menggunakan teknik compunding, pulangan yang dijana akan menjadi lebih besar. Baca juga Bro, Biasa Dengar Tak ‘Compounding Interest’? Ini Ada Contoh Kiraan.

Bila cashflow dah cantik, simpanan cukup, takaful pun dah ada, cepat-cepat melabur saham.

Bak kata Warren Buffet, “Risk comes from not knowing what you’re doing”..

Belajarlah dulu sebelum melabur saham. Tak perlu ikut cakap kawan, tak perlu try and error.

Peluang Sentiasa Ada Untuk Mereka Yang Berilmu


Artikel ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda betul-betul ZERO dalam pelaburan saham, anda boleh mendaftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy bersama Bursa Malaysia di sini.

Tak perlu tunggu duit dalam bank ada RM100,000 baru nak mula melabur saham. Ada RM1,000 pun dah boleh mula melabur. Eh, RM100 pun boleh la bro…

Asri Ahmad Acadmey akan tunjukkan STEP-BY-STEP dalam bahasa mudah difahami bagaimana menambah pendapatan ekstra melalui pelaburan saham yang SAH, MUDAH dan PATUH SYARIAH di Bursa Malaysia.

Pembelajaran yang santai, bahasa yang mudah faham.

Tapi program ini bukan sembarangan.
Ianya diiktiraf oleh pihak Bursa Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.