7 Asas Dalam Kewangan Yang Perlu Anda Tahu

Macam mana kita nak istiqomah dalam membuat simpanan jika perkara asas dalam kewangan pun kita tidak pernah tahu?

Jika kita kenal asas-asas kewangan, InsyaAllah kita akan lebih mudah untuk membuat simpanan pada diri sendiri. Apakah asas-asas kewangan yang perlu kita ada?

Berikut adalah 8 asas dalam kewangan yang dapat membantu anda dalam urusan membuat simpanan.


1. Takaful

Persiapkan diri dengan pelan perlindungan takaful. Andai kata, tiba masa kita meninggal dunia dalam keadaan hutang yang banyak dan masih belum diselesaikan, takaful inilah yang akan menjadi medium untuk melangsaikan segala jenis hutang yang menjadi tanggungan kita sewaktu hidup dahulu.

Dengan cara ini, kita boleh menyelamatkan anak isteri daripada terpaksa menanggung bebanan hutang yang kita tinggalkan kepada mereka. Tapi anda perlu ingat, nilai perlindungan takaful yang kita pilih perlu selari dengan keperluan atau jumlah hutang yang ingin dilindungi.

2. Simpanan Secara Paksa

Buat simpanan secara paksa melalui ASBF. Anda boleh mendapatkan pelan FORCE SAVING ASBF untuk terus memastikan anda tetap membuat simpanan secara konsisten.

3. Hartanah

Berani untuk menceburi pelaburan hartanah. Tapi sebelum itu, pastikan wang tunai dan simpanan anda berada dalam keadaan yang stabil dan mantap. Pastikan anda berjaya mempunyai sebuah rumah.

4. Berani Untuk Melabur

Beranikan diri untuk membuat pelaburan. Ada banyak cara untuk buat pelaburan. Antaranya pelaburan unit trust. Salah satu cara untuk anda melabur tanpa mengeluarkan sebarang modal adalah dengan pelaburan unit trust menggunakan pengeluaran EPF akaun 1.

5. Simpanan Emas

Buat simpanan emas untuk menyelamatkan duit anda. Baca tentang inflasi kemudian anda akan faham betapa pentingnya simpanan emas.

6. Wasiat & Hibah

Persiapkan diri dengan wasiat dan hibah bagi memudahkan waris serta ahli keluarga anda membuat tuntutan harta setelah ketiadaan anda kelak.

Buat lelaki yang bergelar suami, persiapkan diri dengn mengambil hibah. Ini kerana, hibah adalah salah satu medium gantian pendapatan kepada keluarga setelah anda tiada kelak.


7. Pengurangan Cukai

Jika anda adalah individu yang layak untuk membayar cukai, pastikan anda menyimpan segala jenis resit seperti resit tol dan minyak untuk mendapatkan pengurangan bayaran cukai.

8. Perbelanjaan Berhemah

Dalam perbelanjaan harian, kita perlu membuat perancangan yang baik. Bukan semuanya beli, beli dan beli sahaja. Pilih keutamaan dalam dalam keperluan kita untuk hidup.

Dengan perbelanjaan yang berhemah dapat membantu kita menguruskan kewangan dengan lebih baik.


Kesimpulannya, setiap individu perlu memandang serius terhadap tahap kewangan untuk memudahkan kehidupan yang semakin mencabar dengan peningkatan kos sara hidup.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kantoi Beli Kereta dan Aset Tetapi Tidak Lapor Pendapatan Yang Betul

Merujuk kepada kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) bertarikh 20 Jun 2026, agensi tersebut mendedahkan bahawa seramai 52,540 pembayar cukai telah tampil mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun-tahun taksiran ke belakang.

Melalui pelaporan semula ini, jumlah keseluruhan pendapatan yang diisytiharkan adalah sebanyak RM4.07 bilion, dengan jumlah cukai kena dibayar mencecah RM1.009 bilion.

Persoalannya: Bagaimana LHDN boleh “hidu” golongan yang culas ni? Dah tak boleh lari ke sekarang?

Jawapannya ada pada e-Invois dan model analitik data milik HASiL.

3 “Lubang” Yang Berjaya Dikesan Sistem Baharu LHDN

Berdasarkan kenyataan media rasmi HASiL, mereka kini menggunakan analisis data e-invois. Hasilnya, mereka berjaya mengesan tiga corak utama “anomali” atau transaksi mencurigakan pembayar cukai:

  • 1. Transaksi Aktif Tapi Rekod Cukai Kosong: Sistem mengesan individu yang transaksi kewangannya sangat aktif, tetapi apabila disemak dengan profil cukai sedia ada, datanya langsung tidak sepadan.
  • 2. Beli Aset Mewah Melebihi RM100,000: Sesiapa yang membuat pembelian bernilai tinggi seperti kenderaan dan aset melebihi RM100k, automatik “lampu merah” akan menyala di sistem HASiL jika pelaporan pendapatan mereka sebelum ini mencurigakan.
  • 3. Buat Duit Melalui Ekonomi Digital: Aktiviti transaksi dalam talian (online) yang rancak tanpa pengisytiharan cukai yang sewajarnya juga kini berada dalam radar pemantauan rapat.

Kuasa Pendekatan “Nudging” (Cuitan Mesra)

Menariknya, 52,540 pembayar cukai ini bukanlah diseret terus ke mahkamah. HASiL menggunakan pendekatan “nudging” iaitu memberi teguran berasaskan bukti data, memberikan mereka peluang terakhir untuk tampil menyerah diri dan membetulkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun sebelum ini secara sukarela sebelum tindakan tegas diambil.

Perkembangan Terkini e-Invois di Malaysia

Sejak pelaksanaan e-Invois bermula pada 1 Ogos 2024, sistem percukian negara telah mengalami anjakan digital yang sangat besar:

Statistik Utama Pelaksanaan e-InvoisAngka
Jumlah Pembayar Cukai Mengemukakan e-InvoisLebih 230,000 pembayar cukai
Jumlah Pengeluaran e-Invois Secara Keseluruhan1.505 bilion e-Invois

Malah bermula 1 Januari 2026, ketelusan sistem diperketatkan lagi di mana semua pembayar cukai wajib mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi jualan barang atau perkhidmatan yang melebihi RM10,000. Pembeli pula perlu memberikan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau nombor kad pengenalan (IC) kepada penjual untuk pengesahan tepat.

Nota Penting: Walaupun sistem semakin ketat, HASiL mendedahkan masih ada segelintir pembayar cukai yang gagal mematuhi keperluan pelaksanaan e-Invois dan pemantauan berterusan sedang giat dijalankan.

Kesimpulan

Zaman untuk “sorok” pendapatan atau buat-buat lupa bayar cukai nampaknya sudah semakin berakhir. Pengajaran daripada angka RM4.07 bilion ini mudah: Sistem cukai Malaysia kini semakin pintar. Sebelum “dicuit” mesra oleh LHDN, ada baiknya kita semak semula pelaporan cukai masing-masing.