Sokong Pemulihan Malaysia, Traveloka Memperkenalkan Kempen Promosi 12.12 yang Mengujakan

Teguh pada komitmennya untuk memainkan peranan aktif dalam usaha pemulihan ekonomi yang diterajui kerajaan, khususnya terhadap sektor pelancongan, Traveloka iaitu superapp pelancongan Asia Tenggara melancarkan kempen promosi 12.12. Bermula dari 29 November hingga 12 Disember 2021, kempen ini menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk semua produk Traveloka, sambil mempromosikan pelancongan selamat supaya pelancong mematuhi langkah keselamatan yang telah ditetapkan semasa meneroka negara ini.

Pengurus Pasaran Traveloka Malaysia, Angelica Chan berkata sektor pelancongan telah mengalami impak yang besar akibat pandemik dan sebagai superapp pelancongan, Traveloka amat teruja memperkenalkan tawaran nilai-untuk-wang yang menarik, bukan sahaja untuk membolehkan rakyat Malaysia menikmati musim perayaan ini selepas pemansuhan sekatan perjalanan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, tetapi juga untuk melonjakkan pelancongan domestik.

“Kempen 12.12 adalah salah satu manifestasi kami untuk memberi sokongan kepada rakan seperjuangan dalam industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik. Pada masa yang sama, kami juga berharap tawaran dan promosi untuk penerbangan, hotel, tempat menarik, serta produk kecantikan dan spa dapat membantu rakyat Malaysia untuk berehat dan bersantai pada Disember ini sambil mengamalkan pelancongan selamat dengan mematuhi protokol kesihatan yang ketat,” ujar Chan.

Tawaran Menarik Untuk Seisi Keluarga

Menyajikan hanya yang terbaik untuk menawan hati pelanggan, Traveloka memberi peluang kepada pelanggan untuk mengambil bahagian dalam Tempah dan Menang Cuti Inap PERCUMA apabila mereka menjadi pembelanja tertinggi Traveloka semasa kempen berlangsung. Tiga pemenang bertuah berpeluang memenangi percutian menarik. Selain itu, Traveloka Nom Nom, pengalaman permainan realiti terimbuh (AR), menandakan penerokaan pertama Traveloka dalam produk gamifikasi AR, menggunakan teknologi inovatif yang pastinya mengujakan pelanggan di samping memberi ganjaran kepada mereka.

Untuk mengambil bahagian, pelanggan hanya perlu melakukan perkara berikut:

  • Log masuk ke akaun anda pada aplikasi Traveloka
  • Klik pada grafik Traveloka Nom Nom. Halaman permainan akan muncul untuk anda mula bermain
  • Usaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin makanan tempatan dengan mulut terbuka
  • Kutip 100 mata atau lebih untuk memenangi hingga lima kupon gabungan!
  • Anda hanya boleh mengumpul satu kupon sehari. Main setiap hari untuk mengumpul hingga lima kupon gabungan bagi penjimatan yang lebih besar!

Jadi pengumpul mata harian tertinggi Traveloka dari 1 hingga 12 Disember untuk memenangi hadiah menarik daripada rakan kongsi jenama Traveloka seperti American Touristers, Vettons, Huawei, Pelangi Beach Resort, Hard Rock Penang Hotel dan banyak lagi!

Traveloka Mengajak Rakyat Malaysia Membuat Kebaikan Pada Musim Perayaan Ini

Sebagai sebahagian daripada kempen 12.12, Traveloka juga bekerjasama dengan Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, iaitu seorang aktivis sosial Malaysia yang terkenal dengan visi jenamanya “Together for a kinder Malaysia” untuk inisiatif sosial beliau, dalam mengukuhkan komitmen Traveloka bagi membantu masyarakat pada masa yang mencabar ini. Menerusi inisiatif ini, Traveloka menggalakkan pelanggannya untuk turut serta dalam aktiviti sosial sambil menikmati pelbagai ganjaran menarik.

Pelanggan yang menggunakan kod kupon gabungan “KENTANG5” dapat menikmati diskaun RM5 daripada pembelian mereka dan Traveloka akan menyalurkan sepenuhnya jumlah terkumpul daripada setiap pembelian yang menggunakan kod kupon tersebut kepada inisiatif kebajikan wanita yang diusahakan oleh Uncle Kentang.

“Memberi adalah lebih baik daripada menerima dan sifat tersebut telah sebati dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia untuk membantu mereka yang memerlukan. Saya berbesar hati dapat berganding bahu dengan Traveloka yang memperjuangkan matlamat yang sama dengan visi jenama kami iaitu membantu wanita yang memerlukan untuk membeli keperluan penting demi kesejahteraan fizikal dan mental mereka, terutamanya pada masa sekarang. Tahniah kepada Traveloka kerana peka akan keperluan mereka yang terjejas dan turut memainkan peranan untuk menjadikan negara ini lebih baik serta prihatin untuk semua,” kata Kuan/Uncle Kentang.

Menurut Chan, musim perayaan berkisar mengenai meringankan beban golongan yang amat terkesan ekoran pandemik dan Traveloka berhasrat untuk membantu mereka yang memerlukan pada saat sukar ini. “Kami bersyukur dapat bekerjasama dengan Uncle Kentang dalam menjayakan program inisiatif sosial Traveloka kerana kami percaya setiap tindakan kecil mampu memberi impak yang besar terhadap masyarakat. Oleh itu, bersama-sama pelanggan kami, kami berharap dapat membawakan perubahan dengan membantu mereka yang memerlukan mengharungi masa yang mencabar ini,” kata Chan.

Beribu pejabat di Indonesia, Traveloka yang diasaskan pada 2012 berpegang pada misi untuk memenuhi keperluan pelancongan dan gaya hidup serta aspirasi pelanggan. Sebagai jenama pilihan untuk pelancongan di Asia Tenggara, Traveloka dipercayai oleh pengguna untuk menyediakan perkhidmatan penting seperti memproses transaksi bernilai tinggi. Disokong oleh teknologi inovatif yang berorientasikan kemampuan manusia; daripada pengesyoran oleh kecerdasan buatan (AI) kepada bot sembang yang diperibadikan dan model risiko kredit dalaman, Traveloka menawarkan salah satu pengalaman pelanggan yang paling komprehensif, lancar dan diperibadikan dalam industri.

Traveloka menembusi pasaran Malaysia pada 2015 dengan memperkenalkan kemudahan tempahan penerbangan dan hotel melalui platform dalam talian dan aplikasi. Seterusnya, Traveloka mengembangkan portfolio produknya di negara ini dengan menawarkan tempat tarikan dan aktiviti untuk membolehkan pelanggan memenuhi keperluan pelancongan mereka dalam satu platform yang holistik. Kini, Traveloka merupakan aplikasi super pelancongan dengan misi memenuhi aspirasi pelancongan dan gaya hidup pelanggan, selain menawarkan sembilan produk serta perkhidmatan kepada rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen 12.12 Traveloka, layari https://www.traveloka.com/en-my/promotion/twelve-twelve-sale-my.

Petikan Kenyataan Daripada Rakan Industri ETIKAN KENYATAAN DARIPADA RAKAN INDUSTRI

Timbalan Presiden Kebangsaan Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MYBHA), Dr.Sri Ganesh Michiel

“MYBHA, sebagai persatuan hotel terkemuka untuk hotel kategori perniagaan dan bajet di Malaysia, gembira dapat bekerjasama dengan Traveloka yang mengambil inisiatif untuk memulihkan industri pelancongan di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, industri ini, termasuklah penginapan, telah terjejas teruk akibat pandemik yang melanda. Justeru itu, kempen 12.12 Traveloka memberi nafas baharu kepada pemain dalam sektor ini untuk mengekalkan perniagaan mereka. Di samping it, usaha ini juga membantu rakyat Malaysia dalam mencari percutian yang bersesuaian dengan mereka serta berpatutan dengan mudah dan kami berharap kempen ini berjaya memperkenalkan satu mekanisme yang memberi kesamarataan keuntungan untuk Traveloka, ahli dan pelanggan kami.”

Jason Law, Ketua Pegawai Eksekutif iBeli

“Sebagai salah satu peruncit elektronik dalam talian yang terbesar, iBeli menyokong penuh inisiatif Traveloka untuk membina ekonomi Malaysia bukan sahaja dalam industri pelancongan tetapi juga isu sosial. Kami menggalakkan jutaan pelanggan, rakan kongsi serta pelawat kami untuk menyumbang kepada kempen Traveloka 12.12 Lifestyle Sale kerana di samping menikmati percutian, anda juga menderma kepada Pusat Kebajikan Wanita melalui Uncle Kentang.”

Mengenai Traveloka

Traveloka, superapp gaya hidup Asia Tenggara, menyediakan akses kepada pengguna untuk mencari dan membeli pelbagai produk pelancongan, perkhidmatan tempatan dan perkhidmatan kewangan. Portfolio produk Traveloka yang komprehensif termasuklah perkhidmatan tempahan pengangkutan seperti tiket penerbangan, bas, kereta api, kereta sewa, pengangkutan pergi balik dari lapangan terbang, dan akses terhadap inventori penginapan terbesar di Asia Tenggara antaranya hotel, pangsapuri, rumah tamu, inap desa, tempat peranginan serta vila, sekaligus menjadikan Traveloka sebagai platform tempahan dengan pilihan penginapan dan pakej yang paling meluas.

Traveloka juga merupakan pemain utama dalam kategori perkhidmatan tempatan yang menawarkan tempahan untuk pelbagai tarikan tempatan, aktiviti, klinik kesihatan dan kecantikan, direktori masakan serta penghantaran makanan. Traveloka juga menawarkan produk pembiayaan, pembayaran dan insurans untuk membantu pengguna Asia Tenggara memenuhi aspirasi gaya hidup mereka. Traveloka menyediakan perkhidmatan pelanggan setiap masa dalam bahasa tempatan serta lebih daripada 40 kaedah pembayaran tempatan yang berbeza. Superapp gaya hidup Traveloka telah dimuat turun lebih daripada 60 juta kali, menjadikannya aplikasi tempahan pelancongan dan gaya hidup paling popular di rantau Asia Tenggara.

Previous ArticleNext Article

Pusat Perubatan Sunway Velocity Dan Institut Sukan Negara Meterai Kerjasama Strategik Bagi Memperkukuh Penjagaan Dan Pemulihan Atlet Negara

KUALA LUMPUR – Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) dan Institut Sukan Negara (ISN) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi merasmikan kerjasama strategik yang bertujuan untuk memperkukuh penjagaan kesihatan atlet dan ahli profesional sukan melalui penjagaan yang lebih lancar, selaras dan khusus.

MoU ini mencerminkan komitmen bersama kedua-dua institusi untuk menyokong atlet dan kakitangan ISN, dan merangkumi keperluan perubatan yang menyeluruh, dengan penekanan khusus kepada intervensi pembedahan, rehabilitasi dan pemulihan pasca pembedahan untuk memastikan mereka dapat kembali bersukan dengan selamat. Ia turut mewujudkan satu rangka kerja bagi kerjasama klinikal yang lebih erat, rujukan dua hala serta perkongsian ilmu yang berterusan di antara doktor pakar SMCV dan pasukan sains sukan serta perubatan ISN.

Majlis MoU ini telah disempurnakan oleh Puan Susan Cheow, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMCV, dan Dr Wee Tong Ming, Pengarah Perubatan merangkap Pakar Perunding Perubatan Kecemasan di SMCV. Mereka turut disertai oleh delegasi Pakar Perunding Bedah Ortopedik dan Trauma SMCV, iaitu Dr Chang Kok Chun, Dr Ng Swee Soon dan Dr Yuen Jin Chuan, dengan dua nama terakhir juga merupakan Pakar Bedah Artroplasti. Turut hadir ialah Pakar Bedah Sukan SMCV, Dr Aminudin Mohamed Shamsudin dan Dr Raymond Yeak Dieu Kiat, serta Pakar Perunding Dermatologi, Datin Dr Nur Ashikin Ahmad.

Mewakili ISN ialah Dr Vellapandian A/L Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Mohamad Fajar Bin Mohamed Kasim; Pengarah Bahagian Sains Sukan, Dr Ahmad Munawwar Helmi Bin Salim; Ketua Jabatan Penjagaan Sukan, Dr Amir Azwan Bin Azman; Ketua Jabatan Perubatan Sukan, Encik Muhd Noorfaizalazrul Bin Muhammad Azalai; Ketua Jabatan Rehabilitasi, dan Puan Nor Azian Binti Khalid @ Abd Malek; Ketua Pusat Pengurusan Perubatan Sukan.

Rangkaian Penjagaan Kesihatan Menyeluruh yang Direka Mengikut Keperluan Atlet

Teras utama kerjasama ini adalah matlamat bersama untuk menyediakan pengalaman penjagaan kesihatan yang holistik kepada atlet serta kakitangan ISN, dan memastikan mereka mendapat akses kepada rawatan, rehabilitasi dan sokongan pemulihan yang diperlukan yang tepat pada masanya.

Melalui kerjasama ini, atlet dan kakitangan ISN yang layak akan mendapat manfaat daripada pelbagai perkhidmatan utama di SMCV, termasuk rawatan pesakit luar dan kemasukan ke hospital, pemulihan pasca pembedahan, perkhidmatan radiologi seperti ujian MRI, imbasan CT dan sinar-X, penjagaan ortopedik bagi masalah tulang, kecederaan sukan, sendi dan otot, serta perkhidmatan dermatologi untuk penyakit kulit yang berkaitan sukan.

Bagi menyokong akses yang lancar kepada perkhidmatan ini, MoU ini mewujudkan sistem rujukan yang dipermudah antara SMCV dan ISN, membolehkan atlet dan kakitangan mendapat akses kepada kemudahan serta kepakaran daripada gabungan kedua-dua institusi sepanjang rawatan mereka.

Menurut Puan Susan Cheow, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMCV,“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan ISN dalam kolaborasi yang mencerminkan komitmen bersama untuk menyokong kesihatan dan pemulihan atlet negara serta ahli profesional sukan Malaysia. Apa yang lebih penting, ini bukanlah kerjasama sekali sahaja, tetapi merupakan sebuah permulaan kepada kerjasama berterusan yang menggabungkan kepakaran daripada kedua-dua institusi bagi memberikan manfaat yang berterusan dan dapat membuahkan hasil positif kepada atlet negara.”

Dengan intervensi pembedahan dan pemulihan pasca pembedahan sebagai fokus utama kerjasama ini, kedua-dua institusi ini berusaha memastikan pelan rawatan bukan sahaja tertumpu kepada pemulihan, tetapi juga disesuaikan dengan keperluan perubatan dan pembedahan khusus mengikut jenis sukan atau disiplin setiap atlet. Ini termasuk penekanan terhadap protokol kembali ke sukan yang berasaskan bukti bagi membantu atlet kembali bertanding dengan selamat, yakin dan pada tahap prestasi optimum.

Dr. Vellapandian A/L Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ISN berkata, “Atlet negara adalah kebanggaan kita, dan memastikan mereka mendapat akses kepada kepakaran perubatan bertaraf tinggi adalah teras kepada misi ISN. Kerjasama dengan SMCV ini meningkatkan keupayaan kami untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang komprehensif, khususnya apabila intervensi pembedahan khusus atau pengimejan diagnostik lanjutan diperlukan. Dengan merapatkan jurang antara kecemerlangan sukan dan klinikal, kami berharap untuk memberikan sokongan terbaik kepada atlet negara untuk pulih daripada kecederaan dan kembali ke podium.”

Memacu Perkongsian Ilmu dan Impak Jangka Panjang

MoU ini turut menyokong pertukaran berterusan ilmu perubatan dan kepakaran klinikal antara SMCV dan ISN. Melalui usaha ini, kedua-dua institusi ini berhasrat untuk meningkatkan kualiti rawatan, memperbaiki hasil pemulihan serta memperkukuh piawaian penjagaan menyeluruh untuk komuniti sukan Malaysia.

Selain itu, MoU ini memperkenalkan rangka kerja rujukan silang dua hala (mutual cross-referral network), yang membolehkan atlet dan kakitangan ISN mendapat manfaat daripada gabungan kepakaran serta fasiliti daripada kedua-dua institusi. Pendekatan bersepadu ini bertujuan menyediakan sokongan yang lebih menyeluruh dan merangkumi perubatan sukan, pemulihan, pembedahan serta kepakaran perubatan lain yang berkaitan.

Melalui kerjasama ini, SMCV dan ISN menegaskan komitmen mereka dalam membina ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih kukuh bagi atlet dan profesional sukan negara, bukan sahaja dari aspek rawatan dan pemulihan, malah turut memastikan tahap kesihatan optimum, ketahanan fizikal serta prestasi sukan yang berterusan untuk jangka panjang.

Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Untuk pertanyaan, sila hubungi +603 9772 9191 atau e-mel [email protected]. Untuk maklumat lanjut atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sunway Medical Centre Velocity, layari www.sunwaymedicalvelocity.com.my (Facebook: Sunway Medical Centre Velocity).