7 Tabiat Buruk Kewangan Perlu Elak

Sama ada menguruskan wang sendiri atau wang perniagaan, pasti ramai antara kita yang mempunyai tabiat buruk dalam menguruskan kewangan. Tahukah anda, tabiat buruk dalam kewangan ini sebenarnya akan memberi kesan terhadap keadaan kewangan diri untuk menjadi tidak kukuh dan ada juga menjadi muflis disebabkannya. 

Walaupun dengan hanya satu tabiat buruk, kemungkinan kesannya sangat teruk pada masa akan datang. Bagi membantu mengukuhkan kewangan kita semua, mari kami kongsikan 7 tabiat buruk kewangan yang perlu kita elakkan.

1. Sentiasa Berhutang

​​

Mungkin bagi anda, berhutang adalah suatu perkara yang biasa dan ia sudah menjadi lumrah kehidupan buat masyarakat kita. Namun tahukah anda, sentiasa berhutang merupakan tabiat buruk kewangan yang perlu dielakkan. 

Sekiranya berhutang untuk dijadikan modal perniagaan, ia juga haruslah diteliti secara masak-masak sama ada jumlah tersebut relevan ataupun tidak dengan kemampuan kita untuk membayarnya.

2. Sifat Boros Berbelanja

Selain itu, tidak dinafikan lagi bahawa ramai dalam kalangan kita yang mempunyai sikap boros apabila berbelanja.  Tabiat ini juga perlu dikawal dan dielakkan agar tidak menjejaskan sumber kewangan kita. Rata-rata masyarakat kita amat cenderung boros berbelanja apabila terdapat jualan murah dan hadiah percuma.

3. Mahukan Barangan Mahal

Ada segolongan individu yang pasti mempunyai tabiat mahukan semua jenis barangan mahal. Tabiat ini juga perlu dielakkan kerana ia adalah tabiat buruk kewangan yang juga akan menjadikannya satu pembaziran besar sekiranya barangan tersebut mempunyai fungsi yang sama dengan barangan murah.

Oleh itu, sebelum membeli sesuatu barangan yang mahal, buat survey secara mendalam mengenai barangan tersebut sama ada berbaloi ataupun tidak.

4. Sentiasa Buat Majlis Besar-Besaran

Masyarakat negara kita sememangnya amat gemarkan majlis perayaan, perkahwinan ataupun hari jadi. Untuk pengetahuan anda, membuat majlis sememangnya tidak salah tetapi sekiranya majlis tersebut adalah secara besar-besaran, ia bakal memberi kesan yang buruk kepada keadaan kewangan kita. 

Ia adalah tabiat buruk yang perlu kita elakkan kerana akan mendatangkan pembaziran.

5. Mempunyai Sikap Tamak

Dalam perniagaan juga, kita semua sememangnya tidak boleh lari daripada mempunyai sikap tamak untuk memperolehi kekayaan. Tabiat ini perlu dielakkan agar tidak memberikan impak yang buruk dan dapat memberi kesan kepada perniagaan kita. Jadi, uruskan kewangan secara bijak dan jangan sesekali mempunyai sikap tamak.

6. Tidak Mempunyai Wang Simpanan

Wang simpanan akan diambil sedikit dari gaji, yang pastinya semua menunggu gaji setiap bulan untuk berbelanja dan bercuti. Akhirnya tiada wang simpanan untuk disimpan. Jadi, wang tersebut habis begitu sahaja dan ada juga yang terpaksa berhutang kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi. 

Tabiat ini juga perlu dielakkan. Sebagai alternatif, seseorang perlu mendapatkan wang sampingan, kerja lebih masa, buat 2 kerja dalam sehari atau lakukan pelaburan simpanan supaya wang boleh bertambah.

7. Tidak Mempunyai Senarai Perbelanjaan

Tabiat buruk kewangan yang perlu kita elakkan adalah tidak mempunyai senarai perbelanjaan. Perbelanjaan kewangan dapat dikawal sepenuhnya sekiranya anda menyediakan senarai perbelanjaan untuk rujukan.

Akhir kata, dengan mengelakkan tabiat buruk tersebut,  kita akan dapat menyimpan wang atau menjana lebih banyak wang. Semoga tiada lagi tabiat buruk kewangan kita, kita dapat kecapi bebas kewangan dan mempunyai banyak simpanan wang kelak.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.