Boleh Ke Halau Penyewa Rumah? Ini Ulasannya

Tidak boleh, sama sekali. 

Menghalau penyewa rumah bukan bidang kuasa anda, sekalipun rumah itu adalah milik anda sepenuhnya. 

Sungguhpun ada klausa dalam perjanjian sewa rumah antara anda dan penyewa, anda tetap tidak berhak menghalau penyewa dari rumah hatta ada tunggakan bil utiliti seperti air dan elektrik. 

Sebelum kita pergi kepada undang-undang yang menghalang anda menghalau penyewa rumah, ada baiknya kita fahami terlebih dahulu punca kenapa ramai pemilik rumah berusaha untuk menghalau penyewa rumah mereka. 

Puncanya agak subjektif, tetapi dapat disimpulkan ada 5 sebab utama :- 

  • Bil utiliti tertunggak – Mendatangkan kerugian pada pemilik rumah 
  • Penyewa bermasalah – Terpalit dengan masalah sosial dan jenayah 
  • Buat renovasi tanpa kebenaran – Risiko pemilik rumah disaman PBT 
  • Tak bayar sewa rumah – Melebihi tempoh yang diberikan pemilik rumah 
  • Rumah tak dijaga dengan baik – Barang & dalaman rumah yang kotor/rosak 

Di bawah peruntukan undang – undang, pemilik hartanah tidak mempunyai hak untuk menghalau penyewa keluar dari premis sewaan. 

Ini termasuk hartanah jenis kediaman, komersial dan lain – lain. 

Seksyen 7(2) Akta Relief Spesifik 1950 jelas mengatakan bahawa jika hartanah telah disewakan dan tempoh penyewaan itu ditamatkan lebih awal atau telah berakhir, penyewa masih boleh menduduki hartanah tersebut. 

Dan, pemilik hartanah hanya boleh mendapatkan semula hartanah itu dengan prosiding mahkamah. 

Maksud lainnya, pemilik rumah tak boleh suka-suka halau penyewa rumah selagi tidak mendapat kebenaran dan perintah mahkamah. 

Jika penyewa dihalau secara paksa oleh pemilik hartanah, maka penyewa rumah itu berhak membawa kes ini ke mahkamah. 

Keadaan boleh menjadi lebih buruk apabila penyewa rumah menuntut ganti rugi jika pemilik rumah :-

  • Mengunci hartanah 
  • Masuk tanpa kebenaran 
  • Keluarkan barang penyewa rumah

Semua tindakan di atas yang dilakukan pemilik hartanah, boleh dicabar oleh penyewa rumah di mahkamah kerana berisiko mendatangkan kerosakan dan kerugian harta benda, kematian dan kes pencerobohan yang lebih serius!

Ada apa dengan Akta Relief Spesifik 1950 ini? Ini huraiannya. 

Akta Kontrak 1950 merupakan peruntukan undang-undang yang dikhususkan untuk konflik perjanjian sewa hartanah.

Manakala, Akta Bantuan Khas (Spesific Relief Act) 1950 pula melarang tuan rumah mengusir penyewa atau menghalang penyewa memasuki hartanah tanpa perintah mahkamah.

Di bawah Akta Sewaan Kediaman, ada 3 hak penyewa rumah yang dilindungi iaitu :- 

1. Kenaikan kadar sewa  – Memastikan golongan rentan mendapat hak mereka untuk menyewa kediaman.

2. Pengusiran dari rumah sewa – Pemilik tidak boleh menukar kunci rumah & mengusir penyewa secara paksa.

3. Diskriminasi langsung & tak langsung – Diskriminasi penyewa berdasarkan agama, bangsa, kaum, jantina, dll.

Prosedur yang betul untuk pemilik rumah halau penyewa rumah adalah :- 

1. Saman Pemula – Berfungsi untuk mendapatkan Milikan Kosong Hartanah 

2. Writ Milikan – Dapatkan temujanji Bailif Mahkamah 

3. Penyewa Keluar Rumah – Penyewa diberi 7 hari untuk keluar dari premis 

4. Harta Penyewa Sedia Ada – Pemilik perlu kosongkan 

Jika anda ingin halau penyewa rumah dengan cara yang sah tanpa melanggar undang-undang, sila cakna tentang Akta Relief Spesifik 1950 ini. 

Walaupun pemilik hartanah perlu menanggung kos ini pada awalnya, anda boleh boleh minta penyewa rumah untuk membayar kos guaman dan kos mengeluarkan harta benda penyewa itu. 

Anggaran kosnya adalah sekitar RM10,000 dan sebagai pemilik rumah, anda juga boleh membuat tuntutan di mahkamah sivil sekiranya berlaku sebarang damage seperti :- 

  • Kos guaman
  • Kerugian masa, tenaga 
  • Lain-lain kerugian yang signifikan 
  • Kelewatan membayar ansuran bank 

Apapun, selesaikanlah apa jua masalah ini dengan diplomasi kerana sebagai pemilik rumah, anda adalah manusia dan penyewa rumah juga adalah manusia. 

Menggunakan medium mahkamah adalah solusi terakhir sekiranya jalan diplomasi tidak mendatangkan sebarang hasil.

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka selepas ini susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman daripada pihak bank.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

Axis REIT: Pengambilalihan Kedua Tahun Ini

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR2.42 dikekalkan, potensi kenaikan harga saham sekitar 20%, dengan kadar hasil dividen 5.2% untuk FY26F

Axis REIT telah mengumumkan pengambilalihan keduanya untuk tahun 2026, iaitu sebuah perjanjian jualan dan pajakan semula bernilai MYR128j dengan City-Link Express (M) untuk sebuah pusat pengedaran di Bandar Saujana Putra, Selangor. Kami memandang agak positif akan perkara ini kerana ia masih menepati strategi REIT ini untuk memperoleh aset-aset perindustrian yang memberikan kenaikan hasil sambil menyokong sasaran pengambilalihan pihak pengurusan sebanyak kira-kira MYR350j sepanjang FY26-27.

Butiran mengenai pengambilalihan

Axis REIT mengambil alih hartanah ini dengan bayaran tunai sebanyak MYR128j (kira-kira 2% daripada jumlah aset), yang dibiayai menerusi pembiayaan bank sedia ada. Hartanah ini sekarang dihuni 100% oleh pemilik dan akan dipajak semula kepada City-Link Express untuk tempoh tetap selama 15 tahun, dengan kenaikan sewaan yang dipersetujui semasa tempoh pajakan. Pengambilalihan ini menawarkan pendapatan berulang yang stabil, dengan sokongan daripada struktur pajakan semula yang panjang dan kadar hasil kasar awal yang baik sebanyak 6.2%.

Pengambilalihan ini dijangka selesai pada 4Q26. Selepas perjanjian selesai dimeterai, paras hutang Axis REIT dijangka meningkat kepada kira-kira 35.1%, dengan ruang untuk mengambil pinjaman sekitar MYR840j lagi (berdasarkan penyata kewangan 1Q26 yang terkini).

Butiran mengenai hartanah

Aset ini terdiri daripada dua tanah komersial bersambung dengan status pegangan pajakan selama 99 tahun (baki tempoh pajakan lebih kurang 68 tahun), di samping bangunan-bangunan pusat pengedaran, blok pejabat dan fasiliti sokongan. Hartanah ini mempunyai jumlah kawasan boleh disewakan sebanyak kira-kira 355 ribu kps (sekitar 2% daripada jumlah NLA) dan terletak di Bandar Saujana Putra dengan akses kepada Rangkaian Pusat Lebuh Raya Utara Selatan E6 atau ELITE, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuh Raya Pesisir Barat (WCE), dan Lebuh Raya Shah Alam atau KESAS. Hal ini menyokong kegunaannya sebagai hab logistik dan pengedaran.

Pandangan kami

Kami memandang agak positif akan perjanjian ini, dan setelah ia selesai, kami menjangka ia akan memberikan sumbangan positif mulai FY27, dengan pendapatan sewaan tahunan sekitar MYR7.9j (kira-kira 2% daripada hasil FY27). Perkara ini diterjemahkan kepada kadar hasil kasar sebanyak 6.2% sebelum mengambil kira kos pembiayaan yang berkaitan dengan pinjaman baru. Kami menjangka pengambilalihan ini secara bersihnya akan menaikkan kadar hasil semasa Axis REIT untuk FY27F sebanyak 5.3%.

Sementara itu, tempoh pajakan semula selama 15 tahun kepada pengendali sedia ada, di samping kenaikan sewaan yang termasuk dalam perjanjian, menawarkan prospek jelas untuk pendapatan dalam jangka sederhana. Walaupun ia dibiayai sepenuhnya menggunakan hutang, paras hutang Axis REIT selepas memeterai perjanjian ini masih dalam keadaan terkawal, dengan adanya kapasiti kunci kira-kira yang mencukupi untuk langkah pengambilalihan lain.

Ramalan dan penilaian

Sementara menunggu selesainya pengambilalihan ini dan bayangan lanjut daripada pihak pengurusan, kami kekalkan ramalan perolehan dan TP MYR2.42 yang diperoleh melalui kaedah DDM (dengan kiraan premium ESG 2% kerana markah REIT ini ialah 3.1), iaitu kadar dividen kira-kira 5% untuk FY26F mengikut TP. Risiko negatif: Tiada pembaharuan bagi pajakan-pajakan REIT yang tamat tempoh, kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah daripada jangkaan, dan cadangan pengambilalihan aset terbatal.

Asas Penilaian

Model diskaun dividen (DDM)

Faktor Pemacu Utama

Permintaan lebih tinggi untuk hartanah perindustrian yang disokong oleh penembusan pasaran e-dagang yang berterusan, penstrukturan semula rantai bekalan dan kemasukan pelaburan asing langsung yang kukuh dalam segmen pembuatan.

Risiko Utama

i. Pajakan yang tamat tempoh tidak diperbaharui
ii. Kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah berbanding jangkaan
iii. Cadangan pengambilalihan aset dibatalkan

Profil Syarikat

Axis REIT sebuah REIT yang mempunyai portfolio perniagaan pelbagai, dan berpengkhususan dalam hartanah komersial dan perindustrian.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.