Boost Menyambut Tahun Harimau dengan 18 Juta Boost Stars Bertuah dan Ganjaran Menarik untuk Rakyat Malaysia

Menjelang Tahun Baru Cina, Boost menghadiahkan 18 juta Boost Stars serta ganjaran dan tawaran hebat yang takkan ingin dilepaskan pada kempen ‘Roar into 2022, Hu Wants More Huat?’*. Berlangsung dari 8hb Januari sehingga 15hb Februari, mereka yang meraikan Tahun Baru Cina boleh mulakan persiapan untuk sambutan meriah di Tahun Harimau, dan menyambut kesihatan dan kemakmuran sepanjang 2022.

“Tahun Baru Cina adalah antara musim perayaan paling dinantikan di Malaysia, kerana melambangkan saat harapan disemai dan aspirasi diperbaharui. Ketika Malaysia menjangka musim pemulihan daripada segala cabaran yang melanda tahun lalu, kami menawarkan pelbagai tawaran menarik dari peniaga dalam dan luar talian, supaya para pengguna dapat menjimat ketika berbelanja. Kami juga berharap tawaran ini boleh membuka lembaran baharu di tahun baharu,” kata Sheyantha Abeykoon, Ketua Pegawai Eksekutif Boost.

Tambah “huat”>anda dengan penjimatan lebih daripada RM230,000 dan Ang Pow RM8 percuma

Untuk berkongsi keceriaan musim perayaan dan menyebarkan “huat” di musim menjelang Tahun Baru Cina, Boost menyediakan penjimatan bernilai lebih daripada RM230,000 melalui Ang Pow RM8 percuma.

Ang Pow RM8 boleh ditebus di Katalog BoostUP pada 8hb Januari, 18hb Januari, 28hb Januari serta 8hb Februari. Pengguna boleh menebus RM8 Ang Pow di Partner Wallet, untuk membeli-belah di dalam dan luar talian, membayar bil, dan banyak lagi. Jangan lupa untuk singgah pada tarikh tersebut untuk mendapat jimatan apabila membeli-belah di musim Tahun Baru Cina! 

Selain itu, Boost menambah keriangan kepada sambutan Tahun Baru Cina, dengan cashback sebanyak RM130,000 apabila membeli daripada peniaga tertentu:

  • Belanja minimum RM20 untuk menerima RM3 cashback
  • Membeli-belah dengan perbelanjaan minimum RM80 untuk menerima RM8 cashback
  • Terima RM18 cashback apabila berbelanja RM180

Terima Boost Stars bertuah dengan penjimatan bernilai lebih daripada RM168,000

Memahami pengguna pasti mempunyai senarai barang pembelian yang panjang ketika bersiap untuk hari perayaan, Boost akan memberi Boost Star tambahan apabila anda membeli-belah di peniaga tertentu.

Sama ada membeli barangan dapur, membeli pakaian Tahun Baru Cina yang sudah lama dihasratkan atau bersiap untuk perjalanan balik kampung, pastikan keperluan anda lengkap tersedia dengan Lazada, Taobao, Christy Ng, Doublewoot, Watsons Online, Estee Lauder, Malaysia Airlines, dan banyak lagi untuk menerima Boost Stars yang membawa tuah:

  • Untuk memulakan musim perayaan, pada 8hb Januari, Boost akan menganjurkan Online Boost Day bulanan, di mana anda boleh membeli-belah di rakan niaga dalam talian untuk menikmati 888 Boost Stars dengan perbelanjaan minimum RM38.
  • Bermula dari 10hb Januari sehingga 15hb Februari, nikmati 8X Boost Stars dengan perbelanjaan minimum dalam talian sebanyak RM88.
  • Tidak lupa juga, belanja minimum RM88 di kedai peniaga luar talian Boost seperti Eu Yan Sang, Bake with Yen dan Hai Di Lao, dan terima ganjaran 8,888 Boost Stars dari 4hb Februari sehingga 15hb Februari.
  • Menggandakan keceriaan, setiap transaksi yang dilakukan dari 8hb Januari sehingga 15hb Februari akan melayakkan anda untuk satu cabutan bagi peluang memenangi 188,888 Boost Stars. 88 pemenang bertuah akan dipilih di seluruh negara sepanjang kempen, jadi lekas sediakan senarai membeli-belah anda!

Selain itu, Boost Stars yang dikumpul boleh digunakan untuk menebus baucar di Katalog BoostUP dan memberi penjimatan dan menyertai BoostUP Pick & Win untuk peluang membawa pulang hadiah eksklusif.

Sebarkan tuah virtual dengan eAng Pow

Memandangkan banyak keluarga mungkin tidak dapat bertemu di musim Tahun Baru Cina ini, Boost memperkenalkan semula ciri popular eAng Pow, bagi memastikan tradisi pertemuan keluarga tidak pudar. Dengan eAng Pow, pengguna boleh menyebarkan tuah dan ucapan virtual kepada keluarga dan kawan tersayang di mana-mana sahaja di Malaysia.

Pengguna boleh memilih daripada corak paket eAng Pow yang ceria, dan menulis salam khusus untuk rakan dan sanak saudara. Musim perayaan juga masa untuk berbakti kepada komuniti yang memerlukan. Pengguna boleh memilih untuk menyampaikan eAng Pow sebagai eDerma kepada senarai NGO dan badan kebajikan yang terdapat di aplikasi Boost, bagi membantu mereka yang mengalami kesukaran untuk membina semula kelangsungan hidup berikutan 2021 yang penuh cabaran.

“Perayaan Tahun Baru Cina ialah masa mengeratkan hubungan dan membuka lembaran baharu dengan iltizam di tahun baharu. Kita semua tahu yang perayaan takkan lengkap tanpa Ang Pow, dan kami berharap mereka yang jauh dari kawan dan keluarga di musim ini dapat memanfaatkan ciri eAng Pow kami dan berkongsi kebahagiaan dan rezeki melimpah-ruah dengan harapan tahun mendatang akan lebih sejahtera,” tambah Sheyantha.

Dalam kesibukan bersiap untuk merayakan Tahun Baru Cina, Boost ingin juga mengingatkan semua rakyat Malaysia untuk terus mengamalkan penjarakan sosial dan memilih bayaran tanpa tunai, demi pengalaman membeli-belah yang lebih selamat ketika kita masih berdepan ancaman COVID-19.

Dengan tawaran dan ganjaran menarik yang bermula 8hb Jan, para pengguna boleh membeli semua keperluan Tahun Baru Cina dengan selesa dari rumah. Lebih banyak tawaran hebat akan diperkenalkan sepanjang musim Tahun Baru Cina, jadi jangan lupa untuk mengikuti laman sosial kami di Facebook (facebook.com/myboostapp) dan Instagram (instagram.com/myboostapp). Sebagai alternatif, sila layari www.myboost.com.my.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Mengenai Boost

Boost merupakan pegangan teknologi kewangan (fintech) milik Axiata yang menyatukan semua perkhidmatan kewangan merangkumi pembayaran, pinjaman alternatif berasaskan kecerdasan buatan (AI), insurans digital, perkhidmatan kandungan rentas sempadan dan solusi perniagaan. Kami menggabungkan teknologi kewangan (fintech), data dalaman dan AI untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat dan berkembang di seluruh rantau, dengan matlamat untuk menjadi penggerak spektrum penuh teknologi kewangan di Asia Tenggara. Perniagaan Boost diselaraskan kepada empat jenama utama:

Boost LifePerniagaan e-dompet Boost yang dilancarkan pada tahun 2017, memfokuskan kepada penawaran gaya hidup pengguna seperti pembayaran runcit dalam dan luar talian, pembayaran bil, insurans dan pengangkutan & kes penggunaan transit dengan ciri-ciri baharu yang selalu diperkenalkan dari semasa ke semasa.  
Boost BizSegmen untuk para peniaga yang menawarkan platform pembayaran untuk perusahaan pelbagai saiz, alat perniagaan dan solusi digitalisasi.  
Boost CreditSebelum ini dikenali sebagai Aspirasi, ia menempatkan perniagaan pembiayaan mikro & insurans mikro dan merupakan perintis pembiayaan Alternatif Digital di Malaysia dan Indonesia.  
Boost ConnectSebelum ini dikenali sebagai Apigate, ia merupakan perniagaan pengewangan digital dan penyedia ekosistem pelantar pembayaran pertumbuhan pelanggan yang menawarkan produk dan perkhidmatan inovatif. 

Pengguna boleh memuat turun Boost di Google Play Store, App Store atau HUAWEI AppGallery.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myboost.com.my atau ikut Boost di Facebook (www.facebook.com/myboostapp/) ataupun Instagram (www.instagram.com/myboostapp/).

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.