Rakyat Malaysia Berbelanja Untuk Barangan Keperluan Semasa Jualan Hari Gaji

Data Shopee Malaysia mendedahkan bahawa pengguna-pengguna Malaysia beralih ke platform e-dagang untuk mendapatkan barangan keperluan mereka secara berkala, terutamanya pelitup muka.

Kesimpulan ini terhasil apabila Shopee menganalisa trend membeli-belah pada hujung bulan untuk memahami bagaimana rakyat Malaysia membelanjakan gaji mereka dan ia menunjukkan rakyat Malaysia kini beralih ke Shopee untuk mendapatkan barangan keperluan.

Data ini yang didapati daripada tabiat perbelanjaan setiap akhir bulan dari Jun 2021 hingga Januari 2022 di seluruh platformnya, mendedahkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan gaji bulanan mereka untuk memenuhi keperluan isi rumah mereka. Ini kerana barangan keperluan seperti MILO, mi segera, biskut, sambal, bijirin, tisu tandas, lampin antara lain muncul secara konsisten dalam 20 barangan paling banyak dibeli oleh pembeli di seluruh Malaysia.

Data ini juga mendapati salah satu keperluan yang dicari oleh rakyat Malaysia adalah pelitup muka, yang merupakan produk paling popular di kalangan pembeli dari Kelantan, Pahang dan Putrajaya. Ini kerana pelitup muka pelbagai jenama merupakan 11 daripada 20 barangan yang paling banyak dibeli oleh pengguna di lokasi-lokasi tersebut.

Ini diikuti oleh pengguna dari Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu – pelitup muka pelbagai jenama adalah 50 peratus daripada 20 produk paling banyak dibeli oleh para pembeli ini.

Sebaliknya, pembelian pelitup muka mempunyai keutamaan lebih rendah di kalangan pengguna dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang – pelitup muka pelbagai jenama masing-masing menduduki tempat keempat dan ketiga untuk 20 produk paling banyak dibeli di kalangan pengguna ini.

Selain itu, baucar tambah nilai prabayar mudah alih dan minyak semakin popular di kalangan pengguna Shopee yang menikmati kemudahan yang ditawarkan oleh e-dagang. 

Para pembeli Malaysia juga mengambil peluang untuk mencari produk-produk lain semasa Jualan Hari Gaji Shopee. Kategori-kategori lain yang popular di platform termasuk Peralatan Rumah, Telefon Bimbit dan Aksesori, Kesihatan dan Kecantikan dan Pakaian Lelaki seperti yang dilihat dalam tabiat pembelian rakyat Malaysia. Item-item popular daripada kategori-kategori ini ialah penggoreng udara, pembersih vakum tanpa wayar, fon telinga Bluetooth, fon kepala permainan, oksimeter, produk penjagaan kulit seperti serum dan mask muka, kit membentuk kening, seluar trek dan tali pinggang kulit.

Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia mengulas, “Ia amat menarik untuk mengetahui trend membeli-belah atas talian di kalangan pengguna Malaysia menjelang akhir bulan. Pemerhatian ini menunjukkan bahawa tabiat membeli-belah hari gaji Malaysia didorong oleh keperluan lebih daripada barangan lain – yang berbeza berbanding dengan hari lain. Dengan pemahaman ini, kami dapat menganjurkan kempen yang akan menyokong penggunaan dan gaya hidup rakyat Malaysia dengan lebih baik supaya kami boleh terus menawarkan tawaran yang lebih menarik serta penjimatan yang relevan kepada pengguna tempatan kami.”

Beliau menambah bahawa Shopee Feb 25 Jualan Hari Gaji tahun ini akan berlangsung hingga 25 Februari dan menawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM5. Para pengguna boleh temui telefon bimbit dan gajet, aksesori fesyen, barangan keperluan dan banyak lagi dengan harga RM25 semasa sesi Shocking Sale setiap hari.

Untuk menyambut peningkatan permintaan untuk tambah nilai prabayar mudah alih, kempen ini menawarkan 25% Pulangan Tunai untuk tambah nilai mudah alih, pembayaran bil serta pembayaran balik Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui ShopeePay. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Shopee Prizes menawarkan peluang kepada para pengguna untuk memenangi hingga 10 juta Syiling Shopee dan hadiah-hadiah menarik seperti Samsung Note 20, baucar Pizza Peribadi Domino’s dan banyak lagi. Main Shopee Farm, Spin & Win, Shopee Bubble, Shopee Candy, Shopee Claw, Shopee Go, Shopee Pets dan Shopee Shake untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

Rakyat Malaysia juga boleh menantikan tawaran dan diskaun menarik daripada jenama – jenama seperti Dr Cardin, Enfagrow, Gabor, Pediasure, Tefal dan vivo semasa Shopee Feb 25 Jualan Hari Gaji. Untuk maklumat lanjut mengenai Feb 25 Jualan Hari Gaji, sila layari https://shopee.com.my/m/PaydaySale. 

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.