ShopeeFood Kini di Johor Bahru

Selepas pelancaran di Lembah Klang pada 2021, ShopeeFood Malaysia memperluaskan perkhidmatannya ke Johor Bahru. Pengguna Shopee kini boleh mula memesan makanan menerusi ShopeeFood pada aplikasi Shopee mulai 24 Februari. Penghantaran akan meliputi kawasan utama di Johor seperti Johor Bahru, Tampoi, Setia Tropika, Setia Indah dan Skudai.

Perkhidmatan baharu ini akan menampilkan pelbagai jenama makanan antarabangsa dan tempatan yang terdapat di Johor Bahru. Ini termasuklah Mcdonalds, Shake Shake, Old Town, ZUS Coffee, Johnnys, Kenny Rogers, Oven & Fried Chicken, Soon Cafe, Banafee Village, Gatao Fried Chicken dan Anmour Cafe.

Wong Chee Mun, Ketua Pembangunan Perniagaan, ShopeeFood Malaysia berkata, “Kami gembira dengan sambutan menggalakkan yang diterima di Lembah Klang dan ingin membawa kemudahan yang sama kepada pengguna Shopee di Johor Bahru.”

“Kami berharap perkhidmatan baharu ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna dengan menawarkan lebih banyak pilihan, tetapi juga menggalakkan lebih ramai peniaga makanan dan minuman untuk mendaftar kedai mereka ke atas talian untuk mencapai lebih ramai pelanggan, sekaligus memacu pertumbuhan jangka panjang dalam era digital.”

Bersempena dengan pelancaran ini, mulai hari ini sehingga 28 Februari, ShopeeFood akan menawarkan penghantaran percuma dan diskaun sehingga 40% untuk makanan dan minuman dengan perbelanjaan minimum RM5 apabila membayar dengan ShopeePay pada aplikasi.

Selain itu dari 24 sehingga 28 Februari, pengguna Johor boleh menyertai peraduan eksklusif Order & Win. Dengan hanya perbelanjaan minimum RM20 untuk pesanan makanan, pengguna berpeluang untuk memenangi produk eksklusif KitchenAid dan baucar ShopeeFood bernilai sehingga RM8,000.

ShopeeFood turut memberikan tawaran istimewa selama dua hari kepada pengguna Johor pada 24 dan 25 Februari dengan potongan 30% untuk barangan terpilih daripada peniaga seperti ZUS Coffee, Shake Shake dan Kenny Rogers.

Dari 26 hingga 28 Februari, ShopeeFood akan menawarkan diskaun 60% baucar masa terhad pada jam 3 petang dengan perbelanjaan minimum RM15 untuk makanan dan minuman.

Pengguna juga akan berpeluang untuk mendapat tawaran dan promosi bagi Jualan Hari Gaji 25 Februari Shopee, yang berlangsung dari 20 hingga 25 Februari 2022. Menerusi jualan bulanan ini, pengguna akan menerima penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM5, tawaran RM25 untuk item terpilih daripada peniaga dan Pulangan Tunai Syiling Shopee 25% apabila mereka menambah nilai prabayar, membayar bil serta membuat pembayaran PTPTN mereka menerusi ShopeePay.

Untuk maklumat lanjut tentang ShopeeFood, layari https://shopee.com.my/m/shopeefood.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Previous ArticleNext Article

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.