Projek Menyelamat Pembangunan Gajah Putih Berjaya Dilancarkan Oleh NCT Group

Pemaju hartanah ternama, NCT Platinum Sdn Bhd, anak syarikat kepada  NCT Group of Companies (NCT Group) telah melancarkan Ion Belian Garden, sebuah projek pembangunan gajah putihyang terletak di Batang Kali, Selangor.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari bersama Pengarah Urusan Kumpulan NCT Group, Dato’ Sri Yap Ngan Choy dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Dato’ Joe Yap Fook Choy. Turut hadir bersama ialah YB Tuan Ng Suee Lim, Speaker Dewan Negeri Selangor.

Projek ini terdahulunya dikenali sebagai projek Lembah Genting yang terdiri daripada 665 plot banglo yang melibatkan lima fasa. Projek tersebut telah terbengkalai hampir 17 tahun oleh pemaju asal. Lebih 200 mangsa telah mendapat peluang kedua melalui projek pemulihan ini.

Memandangkan rekod prestasi NCT yang luas dalam segmen pemulihan ditambah dengan pengalamannya dalam arena hartanah, NCT Group telah diamanahkan untuk membangunkan semula projek ini. Projek ini merupakan projek gajah putih berskala besar yang ketiga bagi NCT Group.

Sebelum ini, NCT Group telah menyempurnakan projek pembangunan perumahan terbengkalai terbesar di Malaysia di Bandar Baru Salak Tinggi dan projek terbengkalai terbesar di Pahang yang dikenali sebagai Billion Court, Genting Highlands.

Bakal menjadi perbandaran terbesar di bahagian Utara Selangor, pembangunan Ion Belian Garden dikonseptualisasikan sebagai sebuah kediaman dan pembangunan komersial yang terkemuka di bandar ini. Keseimbangan gaya hidup moden dikelilingi alam semulajadi merupakan daya tarikan utamanya.

Fasa pertama Ion Belian Garden terdiri daripada lima presint iaitu, Presint A,B,C,D dan E yang terdiri daripada 149 unit rumah teres satu tingkat, 1,009 unit rumah teres dua tingkat dan 9 unit  rumah kedai dua tingkat.

YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor berkata “Kami memuji usaha NCT Group dalam membangunkan projek terbengkalai ini kepada sebuah pembangunan yang bermanfaat. Selain menyumbang kepada pertumbuhan negeri, Ion Belian Garden bakal memberi nafas segar ke Batang Kali sambil mempromosikan kejiranan yang kondusif. Saya yakin Ion Belian Garden akan menerima maklum balas positif daripada pembeli rumah dan meningkatkan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan di sini.”

Pengarah Urusan NCT Group, Dato’ Sri Yap Ngan Choy berkata “Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada projek penting di Batang Kali. Pelantikan NCT untuk memulihkan tanah seluas 105 ekar menunjukkan kekuatan dan kehebatan kami dalam bidang ini, terutamanya dengan pengalaman langsung kami dalam memulihkan beberapa projek terbengkalai terbesar di Malaysia.

Kami telah menerima sambutan yang menggalakkan dengan kesemua 149 unit Rumah Selangorku habis dijual dalam masa 5 minit selepas pelancaran. Dengan nilai pembangunan kasar dalam akses RM 37 juta, ini menandakan permulaan yang sangat baik untuk Ion Belian Garden dan mengukuhkan nilai pembangunan kami.

Lokasi yang strategik dan harga yang berpatutan di samping akses mudah ke destinasi pelancongan seperti Genting Premium Outlet dan Genting SkyWorlds Theme Park adalah antara tarikan utama untuk pembeli rumah.”

Mengambil inspirasi daripada alam semula jadi, perbandaran ini merupakan yang pertama seumpamanya di Batang Kali. Menawarkan konsep kehidupan hijau yang komprehensif dengan ciri-ciri seperti taman tasik dan rumah pokok. Komuniti berpagar, kejiranan yang tenang dikelilingi oleh kehijauan yang subur, sesuai untuk gaya hidup yang selamat dan tenang.

Ion Belian Garden terletak berhampiran Batang Kali dan Rawang Bypass dan berhampiran dengan kemudahan seperti Stesen KTM Batang Kali, perkhidmatan penjagaan kesihatan, institusi pendidikan, kedai serbaneka, dan banyak lagi.

Ion Belian Garden kini dibuka untuk jualan. Harga setiap unit adalah antara RM442,000 hingga RM676,200 untuk Presint A, RM512,000 hingga RM691,700 untuk Presint B, RM562,000 hingga RM646,400 untuk Presint C, RM250,000 hingga RM296,700 dan RM758,700 000 hingga RM801,300 masing-masing untuk Presint D dan E.

Ion Belian Garden dijangka siap pada 2025 dengan nilai pembangunan kasar kira-kira RM 570 juta.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ion Belian Garden, sila layari www.nct.net.my atau hubungi 013 286 2288.

Tentang NCT Group of Companies

NCT Group of Companies bermula pada tahun 1985 sebagai NCT Tiling Sdn Bhd, sebuah syarikat pakar jubin. Pada tahun 1998, NCT melibatkan diri dalam sektor pembangunan, hartanah dan bahan binaan. Sedekad kemudian, NCT berkembang selaku syarikat pembangunan hartanah. Pada tahun 2012, setelah bertahun-tahun mengukir nama di industri pembangunan, NCT diberi kepercayaan bagi menyempurnakan projek perumahan terbiar terbesar di Malaysia. NCT melibatkan diri dalam industri hospitaliti pada tahun 2015 dengan penubuhan Grand Ion Delemen, di destinasi pelancongan terkemuka, Genting Higlands.

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.