
Sub Topik
Pandemik COVID-19 sudah berlarutan sehingga ke 2022. Mula mengganas pada tahun 2020 di Malaysia, namun pandemik ini masih belum berakhir. Bermula 1 April 2022, Malaysia mula memasuki Fasa Endemik. Sempadan negara mula dibuka, perniagaan boleh beroperasi 24 jam, saf solat jemaah boleh dirapatkan dan lain-lain lagi.
Realitinya, rata-rata rakyat masih terkesan dengan pandemik yang melanda negara. Tekanan emosi, kehilangan pekerjaan, kekurangan sumber pendapatan juga pelbagai masalah lain termasuklah masalah kewangan. Selepas beberapa kali kebenaran pengeluaran wang simpanan hari tua daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti i-Citra dan i-Lestari, kerajaan pada 16 Mac 2022 telah mengumumkan kebenaran Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000.00.
Permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh dilakukan secara atas talian. Mudah, cepat dan boleh diakses dimana-mana. Nak tahu bagaimana anda boleh memohon Pengeluaran Khas KWSP ini?
Jom kita lihat cara-caranya.
1. Masuk Ke Laman Web Pengeluaran Khas KWSP

Anda boleh mengakses laman web permohonan Pengeluaran Khas KWSP melalui pautan pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Kemudian, anda perlu mengikut arahan mudah yang telah disediakan.
2. Pilih Permohonan

Anda akan dibawa ke satu paparan muka baru. Pilih Permohonan dan anda akan dibawa ke halaman seterusnya. Sebelum itu, satu paparan Nota Penting akan keluar. Baca dan fahami Nota Penting tersebut.

3. Masukkan OTP Yang Diberikan

Masukkan OTP sepertimana yang telah dihantar ke nombor telefon anda.
4. Pilih Amaun Yang Ingin Dikeluarkan

Selepas memasukkan OTP, anda perlu memilih amaun yang dikeluarkan. Dalam paparan tersebut, amaun kelayakan pengeluaran juga akan dipaparkan. Anda perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun.

Kemudian, pilih Teruskan.
5. Buat Semakan Maklumat Diri Anda


Selesai memilih amaun untuk dikeluarkan, anda akan dibawa ke paparan seterusnya iaitu Maklumat Permohonan. Sekiranya perlu, anda hendaklah membuat kemaskini terhadap butiran yang diberikan.
6. Maklumat Akaun Bank Pengeluaran

Anda juga akan diminta untuk membuat kemaskini akaun bank. Gunakan akaun bank sendiri yang masih aktif dan bukan akaun bank bersama/syarikat.
7. Pengesahan Permohonan

Selepas selesai membuat kemaskini, satu paparan baru akan muncul dengan maklumat terkini yang telah anda berikan. Pilih Hantar sebagai pengesahan kepada permohonan anda.
8. Baca & Fahami Perakuan Pemohon
Satu Perakuan Pemohon perlu dibaca dan difahami terlebih dahulu sebelum penghantaran Permohonan Pengeluaran Khas KWSP anda dilakukan.
9. Bukti Permohonan

Simpan bukti Permohonan Pengeluaran Khas KWSP sebagai rujukan. Anda juga boleh memuat turun Rekod Permohonan dan disimpan dalam smartphone atau PC anda.
Keputusan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh disemak mulai 9 April 2022. Sekiranya Permohonan Pengeluaran Khas KWSP anda diluluskan, bayaran akan dibuat mulai 20 April 2022.
Ingat! Gunakan kemudahan ini sekiranya perlu atau anda sudah mempunya perancangan rapi pengurusan wang yang ingin dikeluarkan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.
Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.
Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.
















