Rahsia Holding Power Yang Kuat Dalam Saham

Holding power dalam pelaburan saham ini bermaksud kebolehan pelabur untuk memegang sesuatu saham dalam tempoh masa yang tertentu sehingga berjaya meraih keuntungan yang luar biasa. 

Ingat lagi kisah Hafiz Tokyo yang berjaya meraih keuntungan sehingga lebih daripada 1000%?

Baca: Hafiz Tokyo Wajar Digelar “King Of Peram Sampai Lebam”

Holding power dalam saham ini sebenarnya berkait rapat dengan emosi seseorang pelabur yang didorong oleh beberapa faktor tertentu. 

Berbeza dengan teknik harapan apabila pelabur memegang saham dengan ‘harapan’ harga saham tersebut akan naik semula selepas jatuh teruk. 

Jadi artikel kali ini akan mendedahkan antara faktor yang mempengaruhi seseorang pelabur untuk mempunyai holding power yang hebat. 

1. Modal Pelaburan Daripada Wang Lebihan

Apabila seseorang pelabur menggunakan modal pelaburan daripada wang lebihan ketika melabur saham, pelabur tersebut biasanya akan bertindak lebih rasional dalam  keputusan peleburan mereka.

Pelabur juga tidak akan begitu ghairah untuk mencari profit setiap hari jika beliau tahu dengan beli sekali pun boleh untung berkali ganda!

Berbeza dengan pelabur yang mahukan keuntungan harian untuk menampung perbelanjaan harian mereka, membeli dan menyimpan untuk satu tempoh tertentu adalah sangat lama untuk mereka tunggu. 

2. Beli Saham Syarikat Yang Bagus

Jika sesuatu syarikat itu mempunyai perniagaan yang kukuh dan pertumbuhan keuntungan yang jitu, sudah tentu sebagai pelabur kita akan yakin untuk melabur dalam saham syarikat tersebut.  

Ditambah dengan hala tuju syarikat yang jelas, tiada sebab kenapa seseorang pelabur yang telah menjadi sebahagian daripda syarikat tersebut untuk melepaskan pegangan saham mereka.

Melabur dalam syarikat yang mempunyai fundamental yang kukuh juga akan mempengaruhi emosi seseorang pelabur dan seterusnya menentukan holding power mereka ketika melabur.

Tetapi awas! Ingat lagi kisah Serba Dinamik yang dikaitkan dengan isu manipulasi penyata kewangan mereka sehingga menyebabkan saham syarikat tersebut digantung? 

Di sini datangnya faktor ketiga dan antara yang paling penting dalam menentukan holding power seseorang pelabur. Iaitu dari segi analisa teknikal saham tersebut. 

3. Cari Saham Yang Sedang Major Uptrend 

Apabila sesuatu saham sedang berada di fasa uptrend, potensi pelabur untuk meraih keuntungan adalah lebih besar berbanding fasa yang lain. 

Saham yang sedang berada di fasa major uptrend emosi pelabur biasanya akan lebih tenang dan pergerakan harga saham yang turun naik dalam tempoh masa sementara biasanya tidak  mempengaruhi emosi pelabur untuk terus memegang saham tersebut. 

4. Matlamat Pelaburan Yang Jelas

Seorang pelabur yang mempunyai matlamat pelaburan yang jelas akan mempengaruhi emosi tindakan pelaburan mereka. Matlamat pelaburan yang jelas ini juga menentukan holding power seseorang pelabur. 

Masih ramai pelabur hari ini masih gagal menetapkan matlamat pelaburan mereka dengan jelas. Hari ini nak jadi swing trader esok lusa nak jadi intraday trader dan bila tersangkut di puncak bahagia terus berniat nak jadi long term investor. 

Dengan matlamat pelaburan yang jelas, mereka tahu merancang pelaburan mereka dengan teliti dan tahu bila nak jual, berapa lama nak pegang dan berapa banyak kerugian yang perlukan tindakan daripada mereka. 

Berikut antara faktor yang memainkan peranan dan kesan kepada holding power seorang pelabur saham. 

Anda rasa apa lagi yang mempengaruhi holding power seorang pelabur? Boleh kongsikan kepada kami pendapat anda? 

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.