Kisah Seorang Jurutera Projek Yang Menjadi Fulltime Trader

Segala-galanya bermula pada tahun 2015, pada masa itu saya berada dalam tahun ketiga pengajian sebagai seorang mahasiswa di sebuah universiti swasta. Bermula dengan minat membaca buku-buku motivasi dan seterusnya buku Rich Dad Poor Dad karya Robert Kiyosaki telah membuka mata dan mengubah mindset saya mengenai kehidupan sebenar. Banyak ilmu yang saya dapat dengan membaca buku tersebut, namun yang paling menarik perhatian saya adalah penerangan mengenai ‘stock market’ ataupun paper assets.

Sejak daripada itu, saya mula membeli buku-buku mengenai pelaburan saham di Malaysia. Antaranya buku yang saya baca adalah karangan Datuk Haji Asri. Proses pembelajaran telah bermula. Pada waktu ini pelaburan yang saya terlibat hanyalah ASB-Financing. Pada awal tahun pengajian di universiti, saya mendapat tajaan biasiswa sepenuhnya. Oleh itu, saya mempunyai lebihan wang untuk membuat ASB-Financing

Setelah yakin dengan keputusan saya untuk terlibat secara serius dalam pelaburan saham, saya mengambil langkah drastik untuk terus belajar lebih mendalam di dalam kelas seminar. Saya masih ingat suasana kelas seminar yang saya sertai. Kebanyakan peserta adalah dari kalangan yang sudah bekerjaya. Saya mampu sertai seminar ini dengan duit dividen tahunan yang saya simpan sejak awal tahun pengajian.

Perjalanan Yang Sukar Digambarkan

Umum melihat dunia pelaburan saham indah dan mewah dengan pendapatan yang tidak ada hadnya. Pelabur dan pedagang mampu menjana 4 hingga 5 angka sehari. Bagi yang anda lihat pendapatan yang sebegini, pastinya pelabur dan pedagang tersebut sudah melalui fasa-fasa seorang pelabur. Perjalanan kisah saya sama seperti yang lain, tahun pertama dan kedua bukanlah sesuatu yang indah. Banyak kerugian terpaksa dilalui dan ianya sangat menyakitkan. 

Tahun ketiga bagi saya kembali menuntut ilmu untuk memantapkan lagi pemahaman mengenai pelaburan. Tahun ini juga adalah waktu untuk muhasabah diri dan juga check and balance apa yang telah berlaku sepanjang perjalanan seorang saya sebagai seorang pelabur.

Pembelajaran Membuahkan Hasil

Setelah berhempas pulas dalam tiga tahun pertama, saya mula faham bisnes dalam pelaburan saham. Apa yang saya fokuskan adalah hanya kepada beberapa kategori saham yang mempunyai asas fundamental. Tahun ke-4 ini adalah fasa untuk mendapatkan kembali modal yang hilang.

Walaupun tidak berjaya untuk mendapatkan kesemuanya, namun saya berjaya menunjukkan progress yang baik. Memasuki tahun ke-5, adalah satu kenangan terindah. Pada Mac 2020, berlaku pandemik di seluruh dunia. Pasaran saham jatuh merudum kerana ketakutan yang melampau para pelabur.

Pada waktu ini, saya berkesempatan untuk mengaut keuntungan. Segala-galanya telah ditetapkan. Pasaran saham ketika ini membuat U-turn apabila semua sektor berada dalam super bullish terutama sektor sarung tangan getah. 

Mencuba Sesuatu Yang Baru

Sumber :

Penghujung tahun 2020, saya mula terlibat dalam pasaran derivatif FCPO. Pasaran FCPO adalah satu pasaran yang lebih volatile dan mempunyai kecairan yang lebih tinggi daripada saham. Namun begitu, pasaran ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin membina karier sebagai pedagang sepenuh masa. Hal ini kerana, pasaran FCPO boleh berdagang dalam dua hala.

Awal tahun 2021, permulaan untuk saya dalam pasaran FCPO. Dengan pengalaman beberapa tahun dalam pasaran saham, saya lebih berhati-hati. Dalam masa yang sama, saya mempunyai pendapatan yang agak stabil pada ketika ini kerana saya mempunyai lebih dari 2 pendapatan. Setelah berdagang dalam pasaran FCPO, saya membuat keputusan untuk meninggalkan karier saya sebagai jurutera projek. Hal ini kerana walaupun dengan berdagang secara part time dalam pasaran FCPO, saya boleh mencapai pendapatan melebihi pendapatan tetap saya.

Pada November 2021, secara rasmi saya meninggalkan kerjaya sebagai seorang jurutera projek. Apa yang penting adalah mempunyai pelan masa hadapan yang terperinci. Walaupun berdagang secara sepenuh masa, saya masih mempunyai pendapatan lain yang stabil. Dalam kita berdagang, sangat penting untuk mempunyai beberapa pendapatan yang stabil. Hal ini kerana pasaran tidak selalu menyebelahi kita. Adat berniaga ada untung ada rugi. 

Bagi yang berhasrat untuk menjadi pedagang sepenuh masa, pastikan anda mempunyai pendapatan sampingan yang lain dan mampu untuk menyokong segala komitmen bulanan anda. Salam Hormat ! 

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.