Kenali Industri-Industri Dalam Pasaran Saham Bursa Malaysia

Anda baru berjinak-jinak dalam pelaburan saham? Tahu tak ada 600+ saham syarikat patuh syariah yang boleh kita jual beli? Setiap syarikat ini pula terlibat dalam pelbagai jenis industri seperti F & B, hartanah, minyak dan gas, perladangan, industri berasaskan kayu dan lain-lain.

Di sini kami senaraikan syarikat-syarikat yang famous mengikut industri perniagaan masing-masing sebagai panduan.

A. Sarung Tangan

  1. Top Glove Corporation Berhad
  2. Kossan Rubber Industries Berhad
  3. Hartalega Holdings Berhad
  4. Supermax Corporation Berhad
  5. Comfort Glove Berhad
  6. Rubberex Corporation (M) Berhad
  7. Careplus Group Berhad
  8. OCR (O & C Resources)

B. Logistik

  1. Tiong Nam Logistics Holdings Berhad (TNLogis)
  2. Century Logistics Holdings Berhad
  3. Yinson Holdings Berhad

C. Ayam

  1. QL Resources Berhad
  2. Three-A Resources Berhad (3A)
  3. Teo Seng Capital Berhad
  4. Lay Hong Berhad
  5. CAB Cakaran Corporation Berhad (CAB)
  6. CCK Consolidated Holdings Berhad (CCK)

D. Biskut

 

  1. Hup Seng Industries Berhad
  2. Khee San Berhad
  3. London Biscuit Berhad (LonBis)
  4. Hwa Tai Industries Berhad

E. Air

  1. Salcon Berhad
  2. Puncak Niaga Holdings Berhad
  3. JAKS Resources Berhad
  4. KPS (Kumpulan Perangsang Selangor)

F. Shipping

  1. MISC Berhad
  2. Malaysian Bulk Carriers Berhad (Maybulk)
  3. Destini Berhad
  4. Dialog Group

G. Baju & Fesyen

  1. Padini Holdings
  2. Bonia Corporation
  3. Prolexus Berhad

H. Perabot

  1. Poh Huat Resources Holdings Berhad
  2. HeveaBoard Berhad
  3. Evergreen Fibreboard Berhad
  4. Mieco Chipboard Berhad (Mieco)
  5. Homeritz Corporation Berhad
  6. SYF Resources Berhad (SYF)

I. Syed Mokhtar

  1. Pos Malaysia Berhad
  2. DRB-Hicom
  3. MMC Corporation Berhad

J. Pilihanraya

Rujuk artikel 28 Kaunter Saham Patuh Syariah Yang Berpotensi Menjelang Pilihanraya

K. Teknologi

 

  1. KESM Industries
  2. Malaysian Pacific Industries (MPI)
  3. Globetronic Technology (Gtronic)
  4. Vitrox Corporation
  5. Unisem (M) Berhad
  6. Datasonic Group
  7. Inari Amertron
  8. MY E.G. Services
  9. GHL Systems
  10. Elsoft Research
  11. Pentamaster Corporation
  12. JCY International
  13. IFCA MSC
  14. Privasia Technology (Priva)
  15. Nova MSC
  16. Systech Berhad
  17. Censof Holdings
  18. Dagang NeXchange (DNEX) + AppAsia
  19. Green Packet
  20. Cuscapi
  21. Key Asic
  22. Industronics Berhad
  23. Trive Property

Baca juga Semikonduktor: Asas Kepada Teknologi Moden

Harga saham ni biasanya (walaupun bukan sepanjang masa) bergerak berjemaah, kalau satu saham naik, saham lain dalam industri yang sama juga berpotensi untuk naik. Terutama sekali apabila industri tersebut ada catalyst masing-masing. Boleh rujuk artikel Amerika Syarikat Dibadai Taufan, Syarikat Malaysia Raih Keuntungan, di mana disebabkan bencana taufan di Amerika Syarikat, syarikat-syarikat perabot di Malaysia yang banyak mengeksport ke AS bakal beroleh keuntungan

Yang malangnya, kalau ada berita buruk tentang sesuatu industri; tempiasnya turut dirasai semua yang berada di dalam industri yang sama.

Dalam dunia pelaburan saham ada macam-macam perangai. Ada orang suka beli mengikut jenis industri, ada juga yang suka beli bila syarikat nak umum dividen. Walau apa pun, carilah syarikat yang kukuh kedudukan kewangannya kerana itu pastinya lebih baik. jual beli saham ni biarlah mengikut kefahaman anda, bukan ikut orang atau tips dari group!

Akhir kata sebagai ingatan buat diri, pelaburan tanpa ilmu ibarat berjudi, boleh jadi berjaya atau tak menjadi.

Sumber rujukan : Puan Roslinah Laikoi, surirumah sepenuh masa

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

  • Apa itu Leader?
  • Apa itu Laggard?
  • Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
  • Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
  • Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
  • Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Previous ArticleNext Article

Selain Saham, Apa Lagi Yang Anda Boleh Laburkan Di Bursa Malaysia?

Apabila bercakap mengenai Bursa Malaysia, kebanyakan orang akan terus membayangkan aktiviti membeli dan menjual saham.

Tidak dinafikan, saham merupakan produk yang paling popular dan menjadi pintu masuk kepada ramai pelabur untuk membina kekayaan. Namun hakikatnya, Bursa Malaysia menawarkan jauh lebih banyak pilihan daripada sekadar saham biasa. Selain saham, terdapat pelbagai instrumen pelaburan yang direka untuk memenuhi objektif pelaburan yang berbeza, sama ada untuk menjana pendapatan pasif, mempelbagaikan portfolio atau mengurus risiko.

Memahami setiap produk ini penting kerana tidak semua pelabur mempunyai matlamat dan toleransi risiko yang sama. Ada yang lebih selesa dengan pelaburan jangka panjang, ada yang gemar berdagang secara aktif, manakala ada juga yang mencari pendapatan dividen yang konsisten.

Jadi, apakah sebenarnya produk-produk yang boleh didagangkan di Bursa Malaysia?

1. Saham (Equities)

Saham ialah instrumen yang memberikan hak pemilikan terhadap sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham Nestle, Tenaga Nasional atau Petronas, anda sebenarnya memiliki sebahagian kecil daripada syarikat tersebut.

Sebagai pemegang saham, anda berpotensi memperoleh keuntungan melalui dua sumber utama:

  • Kenaikan harga saham (capital gain)
  • Pembayaran dividen

Sebagai contoh, jika anda membeli saham pada harga RM2.50 sesaham dan menjualnya pada harga RM3.20, anda memperoleh keuntungan modal sebanyak RM0.70 sesaham.

Jika syarikat turut mengisytiharkan dividen sebanyak 15 sen sesaham, anda juga akan menerima pendapatan tersebut selagi masih memegang saham pada tarikh kelayakan. Namun begitu, saham juga mempunyai risiko. Harga boleh naik dan turun setiap hari bergantung kepada prestasi syarikat, keadaan ekonomi, kadar faedah, sentimen pelabur dan pelbagai faktor lain.

Saham sesuai untuk mereka yang ingin membina kekayaan dalam jangka panjang dan sanggup menerima turun naik harga.

2. Waran Syarikat (Company Warrants)

Ramai pelabur baru keliru antara saham dan waran. Waran syarikat ialah hak yang diberikan kepada pemegangnya untuk membeli saham syarikat pada harga yang telah ditetapkan dalam tempoh tertentu.

Ia bukan saham sebenar tetapi instrumen yang berkait rapat dengan saham induknya. Sebagai contoh, jika sesebuah syarikat menerbitkan waran dengan harga pelaksanaan RM1.50, pemegang waran berhak membeli saham syarikat tersebut pada harga itu sebelum tempoh matang berakhir.

Oleh sebab harga waran lazimnya lebih murah berbanding saham induk, ramai pelabur tertarik kerana modal yang diperlukan lebih kecil. Namun, waran mempunyai tempoh luput. Jika tempoh tersebut tamat dan waran tidak digunakan atau tidak lagi bernilai, pelabur boleh kehilangan keseluruhan modal yang dilaburkan.

Oleh itu, waran lebih sesuai untuk pelabur yang memahami cara ia berfungsi dan sanggup menerima risiko yang lebih tinggi.

3. Waran Berstruktur (Structured Warrants)

Walaupun namanya hampir sama, waran berstruktur berbeza daripada waran syarikat. Waran berstruktur diterbitkan oleh institusi kewangan seperti bank pelaburan, bukannya oleh syarikat yang menjadi aset asas.

Instrumen ini memberikan pendedahan kepada pergerakan harga sesuatu aset seperti:

  • Saham
  • Indeks
  • ETF

Terdapat dua jenis utama:

  • Call Warrant

Memberikan peluang kepada pelabur mendapat manfaat jika harga aset asas meningkat.

  • Put Warrant

Memberikan peluang apabila harga aset asas menurun.

Disebabkan waran berstruktur mempunyai kesan leverage, perubahan kecil pada harga saham asas boleh menyebabkan perubahan harga waran yang jauh lebih besar. Sebagai contoh, saham asas meningkat 5%, tetapi harga waran mungkin meningkat 15% hingga 25%.

Sebaliknya, jika saham asas jatuh, kerugian juga boleh berlaku dengan lebih pantas. Atas sebab itu, waran berstruktur biasanya digunakan oleh pedagang aktif dan bukannya pelabur jangka panjang.

4. Exchange Traded Fund (ETF)

ETF atau Dana Dagangan Bursa ialah dana pelaburan yang didagangkan di Bursa Malaysia seperti saham biasa. Bezanya, apabila membeli ETF, anda tidak melabur dalam satu syarikat sahaja. Sebaliknya, anda memiliki sekumpulan aset yang telah dipilih mengikut objektif tertentu.

Sebagai contoh:

  • ETF yang menjejaki FBM KLCI.
  • ETF emas.
  • ETF bon.
  • ETF patuh syariah.

Kelebihan utama ETF ialah kepelbagaian (diversification). Jika salah satu saham dalam ETF mengalami penurunan, kesannya terhadap keseluruhan dana biasanya lebih kecil berbanding jika anda hanya memiliki satu saham sahaja. ETF sangat sesuai untuk pelabur yang mahu membina portfolio secara mudah tanpa perlu memilih banyak saham secara individu.

5. Amanah Pelaburan Hartanah (REIT)

Tidak semua orang mempunyai modal untuk membeli bangunan pejabat, pusat beli-belah atau hotel. Namun melalui Real Estate Investment Trust (REIT), pelabur boleh memiliki sebahagian daripada aset hartanah tersebut.

REIT mengumpulkan dana daripada ramai pelabur untuk membeli dan mengurus hartanah yang menjana pendapatan seperti:

  • Pusat beli-belah
  • Bangunan pejabat
  • Gudang logistik
  • Hospital
  • Hotel
  • Pusat data

Pendapatan sewaan yang diterima kemudiannya diagihkan kepada pemegang unit dalam bentuk dividen. REIT sering menjadi pilihan pelabur yang mencari pendapatan pasif kerana kebanyakannya mempunyai rekod pembayaran dividen yang konsisten. Walau bagaimanapun, prestasi REIT juga dipengaruhi oleh faktor seperti kadar penghunian, kadar faedah dan keadaan ekonomi.

6. Derivatif (Futures)

Selain pasaran saham, Bursa Malaysia turut mengendalikan pasaran derivatif melalui Bursa Malaysia Derivatives. Derivatif ialah kontrak kewangan yang nilainya bergantung kepada aset lain.

Antara kontrak yang paling terkenal ialah:

  • FCPO (Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah)
  • FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures
  • Kontrak emas

Sebagai contoh, syarikat perladangan boleh menggunakan kontrak FCPO untuk mengunci harga jualan minyak sawit pada masa hadapan bagi mengurangkan risiko turun naik harga komoditi. Dalam kalangan pedagang pula, derivatif sering digunakan untuk tujuan lindung nilai (hedging) atau perdagangan jangka pendek. Namun produk ini memerlukan modal margin dan mempunyai kesan leverage yang tinggi. Oleh itu, ia lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai pengalaman dan memahami risiko yang terlibat.

Produk Patuh Syariah Di Bursa Malaysia

Salah satu kelebihan Bursa Malaysia ialah pilihan produk patuh syariah yang agak luas.

Pelabur Muslim boleh memilih daripada pelbagai instrumen seperti:

  • Saham patuh syariah.
  • ETF patuh syariah.
  • REIT patuh syariah.
  • Derivatif Islam tertentu yang memenuhi garis panduan syariah.

Status patuh syariah disemak secara berkala berdasarkan aktiviti perniagaan dan kedudukan kewangan syarikat. Ini memberi keyakinan kepada pelabur Muslim untuk membina portfolio yang selaras dengan prinsip syariah.

Produk Mana Yang Sesuai Untuk Anda?

Tiada satu produk yang boleh dianggap terbaik untuk semua orang. Sebaliknya, pemilihan bergantung kepada beberapa faktor.

Jika Mahu Membina Kekayaan Jangka Panjang

Saham dan ETF lazimnya menjadi pilihan kerana mempunyai potensi pertumbuhan modal yang lebih tinggi.

Jika Mahu Pendapatan Pasif

REIT dan saham dividen mungkin lebih sesuai kerana berpotensi memberikan agihan dividen secara berkala.

Jika Gemar Berdagang Secara Aktif

Waran berstruktur dan derivatif menawarkan peluang keuntungan dalam tempoh yang lebih singkat, tetapi risikonya juga jauh lebih tinggi.

Jika Baru Bermula

Pelabur baru disarankan untuk memahami saham terlebih dahulu sebelum meneroka produk yang lebih kompleks seperti waran atau derivatif. Membina asas ilmu yang kukuh akan membantu anda membuat keputusan pelaburan dengan lebih yakin.

Jangan Terlalu Cepat Mencuba Semua Produk

Ramai pelabur baru teruja apabila mengetahui terdapat begitu banyak instrumen pelaburan di Bursa Malaysia. Namun, jangan jadikan kepelbagaian ini sebagai alasan untuk mencuba semuanya dalam masa yang singkat.

Setiap produk mempunyai mekanisme, risiko dan strategi yang berbeza. Sebagai contoh, strategi yang digunakan untuk melabur dalam saham tidak semestinya sesuai digunakan ketika berdagang waran atau kontrak niaga hadapan. Lebih baik menjadi mahir dalam satu produk terlebih dahulu sebelum menambah instrumen lain ke dalam portfolio.

Kesimpulan

Bursa Malaysia bukan sekadar tempat untuk membeli dan menjual saham. Ia merupakan sebuah pasaran yang menawarkan pelbagai produk pelaburan seperti saham, waran syarikat, waran berstruktur, ETF, REIT dan derivatif, masing-masing dengan fungsi serta tahap risiko yang berbeza.

Sebagai pelabur, matlamat utama bukanlah untuk mencuba semua produk yang ada, tetapi memilih instrumen yang paling sesuai dengan objektif kewangan, tahap pengetahuan dan toleransi risiko anda.

Pelaburan yang baik bukan bergantung kepada produk yang paling canggih atau paling popular. Sebaliknya, ia bermula dengan memahami bagaimana sesuatu produk berfungsi, mengenali risikonya dan membina strategi yang konsisten. Dengan ilmu yang mencukupi, anda bukan sahaja dapat membuat keputusan yang lebih bijak, malah mampu membina portfolio yang lebih kukuh untuk jangka panjang.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!