Nak Mulakan Perniagaan? Ketahui 3 Cara Uruskan Kewangan Terlebih Dahulu

Tahniah. Memulakan perniagaan kecil adalah satu pencapaian yang besar, tetapi pembentukan kewangan atau pembiayaan syarikat anda adalah penting untuk menentukan samada perusahaan tersebut berjaya atau gagal.

Persoalan seperti “Sekiranya saya membiayai dengan ekuiti atau hutang?” merupakan persoalan yang sering berlegar di kepala usahwan muda.

Percaya atau tidak, faktor utama kegagalan adalah strategi yang tidak betul dan disokong oleh keyakinan bahawa perancangan kewangan tersebut boleh menjana perniagaan. Tetapi hakikatnya, kegagalan utama syarikat kecundang di tengah jalan adalah berpunca daripada kekurangan dana.

Jom kita tengok 3 cara nak urusan kewangan bagi membantu anda memulakan perniagaan

1. Kad Debit

Wang disimpan dalam bank dan dibelanjakan menerusi pengunaan kad debit yang berhemah. Ini juga penting kerana setiap perbelanjaan telah direkodkan, jadi anda tahu ke mana wang tersebut dibelanjakan.

Bagus untuk book-keeping syarikat, kerana ada rekod transaksi. Ia memudahkan anda membuat analisa dan perbaiki kelemahan serta mengurangkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya.

2. Gunakan Simpanan dan Aset Sedia Ada

Pemilik perniagaan haruslah bermula dengan apa yang mereka ada, sebelum mula berhutang. Simpanan perlu dipertimbangkan terlebih dahulu kerana simpanan tidak perlu dibayar balik serta anda tidak akan rungsing dengan hutang.

Seterusnya, anda juga mencagarkan rumah anda atau refinance rumah anda untuk dijadikan sebagai sumber modal. Pertimbangan utama untuk mencagarkan aset milik sendiri adalah bagaimana anda akan membayar pinjaman jika perniagaan mengambil masa yang lama untuk peroleh keuntungan.

Di sini anda harus bijak untuk mengenalpasti Return On Investment (ROI) dan Breakeven dalam perniagaan anda.

3. Kawan dan Keluarga

Mungkin ada yang malu dengan kawan dan keluarga sendiri, tetapi zaman sekarang telah berubah. Kita tidak lagi boleh bergantung dengan pendapatan daripada gaji bulanan semata-mata.

Sebab itulah anda harus mula dengan bercerita dengan kawan dan keluarga anda sendiri, selain daripada meminta sokongan dalam bentuk kata-kata semangat dan juga kewangan. Ahli keluarga dan sahabat handai yang dekat biasanya mempunyai kesabaran yang lebih, sekiranya anda mengambil masa yang lebih untuk membayar balik pinjaman tersebut.

Malahan, ada yang sanggup memberikan pinjaman ‘zero-interest‘, asalkan dapat membantu anda berjaya.

Tanya Balik ‘Big Why’ Anda

Pengurusan kewangan yang bijak adalah asas kepada kejayaan anda dan perniagaan yang anda ceburi. Kesemua di atas adalah cara untuk membantu anda mengurus kewangan dengan baik agar perniagaan anda dapat dimulakan di landasan yang betul.

Tetapi cuba tanya diri sendiri, apakah ‘big why’ anda untuk berniaga.

Nak jadi orang kaya? Nak ada masa yang lebih untuk keluarga? Nak bantu ramai orang susah?

Dengan azam dan semangat yang kuat, pastinya anda akan berusaha bersungguh-sungguh dan hasilnya pasti luar biasa.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tiga Firma Semikonduktor Mahu Labur US$100 Juta Di Pulau Pinang – Chow

GEORGE TOWN, 27 April (Bernama) — Tiga syarikat semikonduktor baharu berminat untuk melabur di Pulau Pinang membabitkan jumlah pelaburan sebanyak US$100 juta (US$1=RM4.76), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).

Chow berkata pelaburan US$100 juta itu sebagaimana dinyatakan oleh Blue Chip Venture Capital (BCVC), berperanan penting dalam menarik pelaburan strategik ke Pulau Pinang dan dijangka merancakkan segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) negeri itu yang kian berkembang dengan ekosistem pembungkusan serba maju.

“WLCSP merevolusikan industri semikonduktor dengan bertindak membangunkan teknologi inovatif selain membantu pelanggan melaksanakan pembuatan pakej semikonduktor dengan volum tinggi.

“SJE pula berpengalaman luas dalam bahan, peralatan serta keupayaan penyelidikan dan pembangunan hebat manakala AMTE adalah penyedia utama radas pembuatan semikonduktor dihasilkan di China dengan produk utama tertumpu kepada peralatan ‘etching’ atau pengetsaan dan pemproses filem yang digunakan di bahagian hadapan pemprosesan semikonduktor,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Chow berkata pemeteraian memorandum persefahaman dengan syarikat semikonduktor itu dilaksanakan sewaktu berlangsungnya Sidang Kemuncak KL20 pada minggu lepas yang menjadi asas bagi hasrat itu.

Selain itu, menjawab gesaan bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng supaya negeri itu menjalankan pascanilai bagi meneliti bagaimana Pulau Pinang terlepas peluang hab atau taman reka bentuk IC kepada Selangor, Chow menegaskan bahawa Pulau Pinang masih kekal menarik kepada pelabur.

Malah, beliau juga menyambut baik sebarang pertemuan dengan Lim untuk membincangkan perkara itu.

Dalam pada itu, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Blue Chip VC Tim Chen menyifatkan kerjasama dengan Pulau Pinang sebagai satu perkembangan penting dalam industri semikonduktor negeri itu dan akan memakan masa beberapa bulan sebelum dapat dilaksanakan.

“Usaha bersama ini dapat mewujudkan ratusan peluang pekerjaan,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Urusan Oriza PE Yao Hua, Pengasas Gallizul Capital Steven Hsieh dan Ketua Pegawai Eksekutif Rigol Technologies Wang Ning.

— BERNAMA