Ada Apa Dalam CCRIS Dan 3 Kesan Jika Rekod CCRIS Buruk

Permohonan pinjaman pasti akan berkait rapat dengan CCRIS, tak dapat dinafikan. Tetapi adakah benar bahawa rekod CCRIS akan menentukan kelulusan pinjaman tersebut?

Jika rekod CCRIS baik, maka peluang untuk mendapat kelulusan pinjaman yang diinginkan amat tinggi. 

Apa pula kesannya jika rekod CCRIS buruk?

Bagi anda yang ingin membuat pinjaman, anda sememangnya tidak boleh mengabaikan rekod CCRIS milik anda. Sekiranya rekod CCRIS anda buruk, anda mestilah memperbaiki rekod tersebut terlebih dahulu sebelum memohon pinjaman. Dalam entri ini, jom kami kongsikan kepada anda apa itu CCRIS dan kesan jika rekod CCRIS buruk.

Apa Itu CCRIS?

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) atau Credit Reference Information System adalah sistem yang direka khas oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM). Ianya direka khas untuk mengeluarkan laporan kredit bagi individu yang ingin membuat sesuatu pinjaman. Ringkasnya, CCRIS adalah merupakan pangkalan data yang menyimpan semua rekod dan gambaran penuh kewangan anda.

Setiap bulan, institusi berkaitan seperti bank, broker insurans dan syarikat utiliti akan mengemas kini maklumat kewangan anda kepada BNM. Semua maklumat tersebut akan dikumpulkan dalam bentuk laporan CCRIS standard. Laporan tersebut boleh disemak oleh anda, institusi kewangan mahu pun agensi kredit berdaftar.

Kategori Maklumat Yang Terkandung Dalam Laporan CCRIS

Terdapat 3 kategori maklumat yang terkandung dalam laporan CCRIS. Antaranya:

  1. Pinjaman Terkumpul

Biasanya dalam pinjaman terkumpul ini melibatkan pinjaman perumahan, sewa beli, kad kredit, pinjaman peribadi, overdraf dan sebagainya. Selain itu, ianya turut mengandungi maklumat tentang jumlah baki, had, tingkah laku pembayaran dan status undang-undang milik anda.

  1. Akaun Perhatian Khas

Akaun perhatian khas pula melibatkan akaun yang dianggap sebagai Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) atau di bawah jadual pengurusan hutang khas.

  1. Permohonan Pinjaman Yang Dibuat Pada Satu Tahun Yang Lalu

Akhir sekali, maklumat yang terkandung dalam laporan CCRIS adalah permohonan pinjaman yang dibuat pada satu tahun yang lalu. Jadi, sebarang rekod kelulusan pinjaman tersebut juga akan direkodkan.

Maklumat Tambahan

Jom tengok contoh laporan kredit dari Experian:

Kesan Jika Rekod CCRIS Buruk

Rekod kewangan yang tak cantik pula, ada pelbagai nombor, contonhya 1,2,3,4 dan sebagainya.

Penting untuk pastikan rekod CCRIS kita baik dan lancar. Sekiranya rekod CCRIS anda buruk, kesan yang terpaksa ditanggung oleh anda adalah seperti berikut:

  1. Akan Diisytiharkan Muflis

Sekiranya rekod CCRIS buruk, anda akan diisytiharkan muflis. Ia berikutan apabila anda tidak mampu untuk membayar semua tunggakan pinjaman anda dan terlampau banyak tunggakan yang belum dijelaskan. 

Setelah diisytiharkan muflis, akaun bank anda akan dinyahaktifkan dan anda tidak boleh membuka mana-mana akaun bank daripada mana-mana bank.

  1. Tidak Boleh Bekerja Dalam Bidang-Bidang Tertentu

Apa yang lebih teruk jika anda diisytiharkan muflis, tidak semua syarikat boleh menerima anda bekerja. Pasti amat sukar untuk anda mencari rezeki. Selain itu, jika anda sudah muflis, anda tidak boleh dilantik sebagai pengarah syarikat dan tidak boleh memiliki perniagaan sendiri.

3. Tidak Boleh Ke Luar Negara

Ekoran rekod CCRIS buruk, anda tidak akan dibenarkan meninggalkan negara atas sebarang sebab dan anda juga akan berada dalam rekod imigresen sebagai orang yang tidak boleh meninggalkan negara. Jadi, sebelum anda meninggalkan negara, pastikan anda tidak mempunyai sebarang rekod yang buruk dengan pihak bank.

Jaga Rekod CCRIS

Kesimpulannya, rekod CCRIS ini amat penting untuk kita semua dan kita haruslah menjaga rekod tersebut agar tidak menjadi buruk. Paling penting sekali, jangan biarkan bayaran pinjaman anda menjadi tertunggak sehingga menyusahkan hidup anda sendiri kelak. Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna bayaran dibuat on-time setiap bulan.

Ingatlah, dengan rekod CCRIS yang buruk, pasti akan membuatkan hidup anda menjadi sengsara. Elakkan dari sekarang!

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan atau Tidak? Semak Laporan CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapakah harga untuk Laporan CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan CCRIS secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM 19.50 RM 15.60.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred (i-Score) 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.