Tambahan RM15 Bilion Untuk RMK12 Daripada Pertumbuhan Ekonomi Lebih Baik, Penjimatan Dalaman – Rafizi

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) — Tambahan siling perbelanjaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebanyak RM15 bilion bukan peruntukan yang berkonsepkan ‘pinjam dan belanja’ tetapi adalah hasil daripada pertumbuhan negara yang dijangka lebih baik pada 2024-2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata kerajaan juga akan melaksanakan penjimatan dalaman negara dengan mengadaptasi tatakelola yang lebih baik.

“Siling RM415 bilion telah dipersetujui setelah mengambil kira jangkaan bahawa Malaysia akan kekal dalam sasaran defisit 3.5 peratus menjelang 2025.

“Ini bermakna, kita yakin boleh berbelanja lebih, dengan peruntukan yang lebih tanpa perlu berhutang lebih,” katanya pada sidang media selepas sesi pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 di Parlimen hari ini. 

KSP RMK12 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau turut mengumumkan jumlah siling perbelanjaan RMK12 akan ditambah sebanyak RM15 bilion, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan kepada RM415 bilion.

Rafizi berkata meskipun RM15 bilion merupakan satu jumlah tambahan, ia adalah hasil penjimatan daripada pelbagai perbelanjaan sedia ada negara yang boleh dialihkan kepada perbelanjaan pembangunan untuk tempoh dua tahun akan datang. 

Katanya semasa RMK12 dibangunkan pada 2020-2021, had peruntukan ditetapkan kepada RM400 bilion tanpa mengambil kira banyak perkara yang mengesani rakyat termasuk sifar-sekolah daif, pembaikan jalan yang lebih baik dan sifar-klinik daif.

“Ini bukanlah penekanan (kerajaan) terdahulu tetapi sekarang ini, ia menjadi satu sasaran penting kepada kerajaan (Perpaduan). Sudah tentu, ini memerlukan peruntukan tambahan,” katanya.

Beliau juga berkata KSP RMK12 merupakan satu pembentangan dasar yang menyeluruh yang pertama oleh kerajaan Perpaduan.

Mengenai pendapatan negara, Rafizi berkata kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan dan pelancaran Cukai Keuntungan Modal (CGT) pada 2024.

“Sudah tentu, kerajaan akan mengekalkan strategi itu (CGT) tetapi kami akan terbuka kepada apa sahaja cara yang boleh untuk mencapai kemampanan fiskal melalui asas hasil yang lebih luas, sama ada ia akan menjadi CGT, cukai barangan dan perkhidmatan atau sebarang bentuk cukai langsung atau tidak langsung.

“Saya lebih suka untuk memastikan strategi tersebut terbuka dan kami akan memutuskan berdasarkan kes demi kes dan tahun ke tahun,” katanya.

RMK12 akan dijajarkan semula dengan visi Ekonomi MADANI, yang menyasarkan pemerkasaan dan merancakkan ekonomi negara untuk tempoh 10 tahun. 

Sekurang-kurangnya RM90 bilion akan dibelanjakan setahun bagi tahun 2023 hingga 2025.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Malaysia Harungi 100 Hari Krisis Global, Bekalan Kekal Stabil

PUTRAJAYA, 14Jun (Bernama) –Malaysia kekal dalam kedudukan yang relatifnya kukuh dengan jumlah bekalan bahan apt, makanan serta ubat-ubatan penting masih mencukupi susulan pelaksanaan langkah intervensi awal dan pengurusan krisis yang diselaraskan, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Pasukan Petugas Pengurusan Krisis Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berkata keutamaan segera kerajaan sejak krists global tubermula adalah memastikan bekalan barangan serta perkhidmatan penting tidak terjejas.

“Perkara pertama (keutamaan kata) adalah memastikan ada bekalan yang mencukupi. Dari segi bekalan bahan apt, kita mempunyai stok yang mencukupi sehingga Julai, malah sedang membuat persiapan untuk Ogos

“Bagi makanan pula, bekalan lebih daripada mencukupi dalam semua kategori utama termasuk beras, ayam, telur, makanan laut, sayur-sayuran serta buah-buahan” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sebagat mengulas krisis di Asia Barat itu yang kini memasuki hart ke-100.

Menjelaskan selanjutnya, Nurhisham berkata kebimbangan mengenal keterjaminan makanan juga kekal terkawal pada masa ini dengan sebarang impak ketara daripada gangguan bekalan global hanya dijangka berlaku pada tempoh yang lebih lewat.

“Bagi produk seperti ayam dan telur, kitaran pengeluaran adalah lebih pantas laitu sekitar 40 hari dan kita masih menerima bekalan makanan ternakan mencukupi pada harga yang berpatutan. Setakat ini misalnya, tiada sebarang kebimbangan ketara membabitkan aspek bekalan” katanya.

Bekalan tenaga, penjagaan kesihatan kekal terjamin

Dari segi tenaga, Nurhisham berkata kapasiti perjanaan tenaga elektrik Malaysia masih mencukupi meskipun pasaran tenaga global masih tidak menentu.

Jelas beliau, kira-kira satu pertiga usaha perjanaan tenaga elektrik Malaysia adalah gas asli cecair (LNG) dengan sebahagian besarnya dihasilkan dalam negara manakala jaminan import arang batu adalah menerusa kontrak jangka panjang.

“Pada masa ini, perjanaan tenaga bukan isubagi kita. Cabarannya adalah dari segi mengurus permintaan, terutamanya tahun ini yang dijangka menjadi tahun yang lebih panas,” katanya.

Kenyataan beliau itu menyusui peringatan Jabatan Meteorologi Malaysia atau MetMalaysia dan agensi cuaca global mengenal kemungkinan berlakunya fenomena El Nino lewat tahun ini yang menyebabkan cuaca lebih panas dan kering.

MetMalaysia memaklumkan model iklim global menunjukkan kebarangkalian 62 peratus El Nino terbentuk pada tempohJun hingga Ogos 2026 manakala Pertubuhan Meteorologi Dunia menganggarkan kebarangkalian 80 peratus fenomena ituberlaku dalam tempoh sama

Merujuk sektor penjagaan kesihatan, Nurhisham berkata lebih 70 peratus bekalan ubat-ubatan dalam sistem kesihatan awam pada masa ini adalah di paras melebihi tiga bulan dan pihak berkuasa sedang memantau rapat sebilangan kecil item yang mempunyal Inventort lebih rendah

“Kebanyakan ubat yang dikategorikan sebagai kritikal mempunyai rawatan alternatif. Bagi peralatan perubatan, terdapat beberapa bahan habis pakat dengan stok agak rendah namun kita mempunyai pelbagai pembekal dan keadaan masih terkawal” katanya.

Beliau turut memun tindakbalas pantas Kementerian Kesihatan memanfaatkan sistem yang dibangunkan sewaktu pandemik COVID-19 dan membolehkan pihak berkuasa menilai tahap stok dengan cepat serta merentasi sektor kesihatan awam dan swasta

Kerajaan komited terhadap keutamaan pembangunan

Selain itu, sambil mengakui krisis itu turut memberi tekanan ke atas sektor tertentu, terutama pembinaan, Nurhisham berkata Impak secara menyeluruh terhadap ekonomi Malaysia setakat ini adalah terhad.

Sektor seperti pembinaan pada awalnya terjejas akibat kenalkan harga bahan api diesel dan kosbahan binaan, namun keadaan sudahberansur stabil apabila harga mereda dalam beberapa bulan lepas.

Beliau turut menyangkal kebimbanganbahawa krisis itu akan mendorong peningkatan ketara bagi pinjaman kerajaan dan menegaskan kerangka fiskal Malaysia tidak membenarkan tindakan meminjam untuk tujuan pembiayaan subsidi.

“Subsidi perlu dibiayai menerusi hasil kerajaan, bukannya pinjaman. Sebarang peningkatan defisit fiskal akan sebahagian besarnya mencerminkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih perlahan, bukannya pinjaman yang lebih tinggi,” katanya.

Di sebalik tekanan fiskal tambahan susulan pelaksanaan subsidi bahan api, bellauberkata kerajaan kekal komited terhadap keutamaan pembangunan yang penting.

Ini membabitkan projek seperti tebatan banjir, bekalan air, penjanaan tenaga elektrik, jalan raya, sekolah dan hospital yang akan diteruskan sebagaimana dirancang.

“Projek-projek ini tidak boleh ditangguhkan. Keutamaan pembangunan kerajaan kekal tidak berubah kerana kritikal terhadap data tahan serta pertumbuhan negara bagi jangka panjang,” katanya.

Usaha pemuliharaan teras urus krisis

Bagi prospek masa depan, Nurhisham menekankan aspek pengurusan permintaan dan pengurangan sisa adalah kritikal dalam memastikan Malaysia kekal berdaya tahan sekiranya krisis ituberpanjangan.

Antara pendekatan yang digalakkan adalah pengaturan bekerja dari rumah yang praktikal, pengurangan penggunaan elektrik oleh sektor kerajaan, menge had kan perjalanan tidak penting serta meninjau waktu pembukaan sekolah secara berperingkat bagi mengurangkan kesesakan trafik dan penggunaan bahan apt.

Pada masa sama, behau menekankan bahawa pembaziran makanan sebagai antara isu utama yang memerlukan perhatian segera.

“Kita membuang makanan dalam jumlah besar setiap tahun. Jika kita dapat mengurangkan pembaziran merentasi rantalan bekalan dan pada peringkat isi rumah, kita juga dapat mengurangkan kos serta membolehkan bekalan dapat bertahan lebih lama,” katanya.

Persediaan lebih baik berbanding 100 hari lepas

Mengulas keadaan sewaktu 100 hari pertama berlakunya krisis bekalan global, Nurhisham berkata kerajaan kini pada kedudukan lebih baik berbanding peringkat awal apabila jurang maklumat mencetuskan ketidaktentuan dalam kalangan penggubal dasar serta penggiat industri.

“Pada masa ini, kita mempunyai gambaran lebih jelas. Kita juga ada mekanisme sesuat dan pihak industri juga sedia maklum untuk mendapatkan sumberbekalan, termasuk alternatif domestik.

“Kitaberada dalam kedudukan yang jauh lebih selesa berbanding dua bulan lepas,” katanya

Nurhisham juga menegaskan walaupun situasi semasa masih terkawal, usaha dalam bentuk kerjasama berterusan daripada kalangan perniagaan dan pengguna adalah penting dalam memastikan Malaysia dapat mengharungi krisis ini dengan gangguan terhad ke atas pekerjaan pendapatan serta aktiviti ekonomi.

— BERNAMA