MBA: Biodiesel Sawit Berdepan Sekatan Disebabkan EU RED III, Peraturan EPA AS

PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) — Biodiesel sawit terus berdepan sekatan di bawah Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui Kesatuan Eropah (EU RED III) dan garis panduan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) AS, kata Persatuan Biodiesel Malaysia (MBA) hari ini. 

Presiden MBA UR Unnithan berkata garis panduan RED III dan EPA AS masih memberi tumpuan kepada bahan api biodiesel berbanding biodiesel sumber lain dan ia sumber pengeluaran yang tidak mampan.

“Ini adalah tidak adil dan saya ingin menggunakan platform ini untuk menggesa kita semua, termasuk kerajaan Malaysia dan juga mereka di seluruh dunia, bagi membina konsensus global walaupun wujudnya masalah yang jelas, tetapi tiada sesiapa yang mahu membincangkan, iaitu perubahan kegunaan tanah secara tidak langsung (ILUC). ILUC adalah salah satu sebab minyak sawit telah disisihkan dan diharamkan untuk dieksport.

“Sehubungan itu, saya menggesa kita semua untuk bekerja dalam konsensus global dan menggunakan metrik untuk membuktikan bahawa kita tidak menyebabkan penebangan hutan dan benar-benar menggunakan sumber yang mampan,” katanya berucap di Persidangan Biodiesel Sawit Keempat di sini hari ini.

Bertemakan “Mengimbangi Pengecualian Karbon, Sekuriti Tenaga dan Impak Sosial”, persidangan yang dihoskan MBA pada 2-4 Oktober telah menarik lebih daripada 100 perwakilan.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

FCPO: Penurunan Harga Kian Menguat

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan mendadak pada hari Jumaat apabila menyusut MYR76 untuk ditutup pada harga MYR4,475. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras MYR4,560. Ia mencecah paras tertinggi intrahari pada MYR4,577 sebelum kegiatan jualan yang besar mengheretnya ke arah paras terendah sesi tersebut pada MYR4,455. Ia kemudiannya menutup dagangan berhampiran paras terendah sesi hari itu dengan corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan ini menyaksikan FCPO menurun ke arah paras sokongan terdekat bernilai MYR4,390. RSI berada dalam zon menurun, lalu memberikan isyarat bahawa momentum menurun adalah kukuh dan mungkin akan berlarutan. Komoditi ini sekarang diramalkan untuk menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana sentimen menurun jelas menguasai pasaran.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurangkan risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih dikekalkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya ialah MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi sebanyak MYR4,600.