KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (LVG) diimport yang dijual dalam talian, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jan 2024, bertujuan memberi kesaksamaan persaingan kepada perniagaan tempatan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
Katanya telah menjadi kelaziman di peringkat global untuk tidak mengenakan cukai jualan dan duti import ke atas barang import di bawah nilai ‘de minimis’ (minimum) dan di Malaysia, nilainya ditetapkan pada RM500 seunit barang bagi memudahkan urusan pelepasan kastam serta penghantaran melalui pos dan kurier.
“Kepesatan transaksi jualan dalam talian yang menjadi pilihan pengguna pada masa ini, telah mewujudkan layanan cukai yang tidak sama rata antara perniagaan dalam talian yang mengimport barang dari luar negara dan perniagaan yang beroperasi secara fizikal di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut MoF, terdapat ‘loophole’ dalam sistem cukai jualan sedia ada yang menyebabkan amalan pengelakan cukai jualan berlaku dalam kalangan penjual.
Katanya penggubalan akta berkaitan pengenaan cukai jualan ke atas LVG diimport ke Malaysia telah diumumkan dalam Belanjawan 2022.
Cukai jualan LVG diimport asalnya dijadual untuk dilaksanakan pada 1 April 2023 tetapi ditangguh bagi membolehkan kerajaan MADANI mengadakan sesi libat urus bersama-sama pemain industri untuk memperhalusi isu-isu pelaksanaan, katanya.
“Ini untuk memastikan pelaksanaan cukai ini dapat mencapai objektif, terutamanya untuk menangani isu ketidaksamarataan layanan cukai ke atas barang-barang bernilai rendah antara perniagaan tempatan yang beroperasi secara fizikal dan perniagaan dalam talian,” katanya.
Cukai jualan pada kadar 10 peratus dikenakan ke atas LVG bernilai RM500 ke bawah yang diimport ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara.
Cukai ini tidak dikenakan ke atas rokok, produk tembakau, minuman keras dan rokok paip kerana kesemua barang ini telah dikenakan duti import, duti eksais dan cukai jualan.
Menurut MoF, penjual dalam talian tempatan dan luar negara yang menjual LVG diimport ke Malaysia dengan nilai melebihi RM500,000 dalam tempoh 12 bulan boleh memohon untuk berdaftar di bawah Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2022 melalui mylvg.customs.gov.my/.
Negara-negara jiran telah menguatkuasakan cukai ke atas LVG, antaranya Singapura berkuat kuasa 1 Jan 2023 dan Indonesia (1 April 2023), katanya.
Bagi kebanyakan orang, musim e-Filing adalah musim kena keluarkan duit. Waktu inilah bermulanya episod memburu resit. Kita selongkar setiap laci dan emel, mencari segala resit buku, alatan sukan, SSPN, hinggalah ke caruman takaful semata-mata mahu memenuhkan setiap ruang pelepasan cukai yang ada. (situasi ini tidak lagi sesuai di zaman e-invois)
Persoalannya, adakah itu sahaja pelepasan cukai yang ada?
Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, membayar cukai adalah sumbangan kita untuk pembangunan negara. Namun, sebagai pembayar cukai yang bijak, kita pasti mahu memanfaatkan setiap insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk mengoptimumkan aliran tunai kita.
Sebenarnya, kerajaan melalui Akta Cukai Pendapatan 1967 telah menyediakan satu instrumen yang sangat istimewa namun jarang dimanfaatkan sepenuhnya: iaitu Wakaf Tunai. Di bawah Subseksyen 44(11D), sumbangan wakaf bukan sekadar satu ibadah harta, malah ia adalah instrumen perancangan cukai (tax planning) yang sangat efektif.
1. Kenapa Wakaf Lebih “Padu” Daripada Pelepasan Cukai Biasa?
Kebanyakan pelepasan cukai (relief) ada had yang kecil (RM2,500 – RM3,000). Tapi Wakaf di bawah Subseksyen 44(11D) membolehkan anda menolak sehingga 10% daripada pendapatan agregat. Makin tinggi pendapatan, makin “berbisa” kesan potongan Wakaf ni berbanding pelepasan (relief) biasa yang ada had. Jika pendapatan setahun anda RM100,000, pelepasan gaya hidup tetap terhad pada RM2,500. Tetapi melalui Wakaf, anda boleh memotong sehingga RM10,000 terus daripada pendapatan anda.
Pelepasan biasa: Mengurangkan pendapatan selepas dikira untung (kesannya kecil).
Wakaf: Mengurangkan pendapatan agregat (kesannya besar!). Ia boleh merendahkan tax bracket anda ke tahap yang jauh lebih rendah.
2. Simulasi
Bila anda sedang mengisi e-Filing, cari bahagian bertajuk DERMA / HADIAH / SUMBANGAN.
Anda perlu cari ayat: “Hadiah wang dalam bentuk wakaf kepada pihak berkuasa agama / badan agama / universiti awam…”. Masukkan JUMLAH (RM) sumbangan wakaf yang sepanjang tahun tersebut (berdasarkan resit rasmi yang anda terima).
Katakan pendapatan tahunan anda adalah RM60,000.
Tanpa Wakaf (RM)
Dengan Wakaf (RM)
Pendapatan Agregat
60,000
60,000
Sumbangan Wakaf
0
(6,000)
Baki Pendapatan Agregat
60,000
54,000
Tolak Pelepasan Diri/KWSP/Gaya Hidup
(15,000)
(15,000)
Pendapatan Bercukai (A)
45,000
39,000
Pengiraan Cukai
Sekarang kita kira cukai berdasarkan baki (A) tadi:
Kes 1: Tanpa Wakaf (RM45,000)
RM35,000 pertama = RM600
Baki RM10,000 seterusnya (x 6%) = RM600
JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM1,200
Kes 2: Dengan Wakaf (RM39,000)
RM35,000 pertama = RM600
Baki RM4,000 seterusnya (x 6%) = RM240
JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM840
Dengan berwakaf, cukai anda menjadi RM840 sahaja. Anda jimat RM360 dan pada masa yang sama, anda sudah ada RM6,000 pelaburan akhirat yang pahalanya mengalir sampai kiamat.
Kalau orang kata: “Aku bayar zakat pun dah cukup kot…”
“Betul bos, Zakat itu wajib. Dalam Islam, 2.5% daripada harta kita itu bukan milik kita. Ia adalah hak asnaf yang “menumpang” dalam harta kita. Jika kita tak bayar, kita seolah-olah “memegang” harta orang lain. Wakaf itu pula macam kita buat “simpanan tetap” (fixed deposit) yang bagi dividen pahala sampai kiamat. Kalau sedekah itu macam bagi orang ikan, wakaf itu macam kita buatkan kolam.
Kalau boleh buat dua-dua, kenapa nak pilih satu? LHDN bagi tolakan untuk kedua-duanya.
Perkara
Situasi A (Zakat Sahaja)
Situasi B (Zakat + Wakaf)
Pendapatan Agregat
RM100,000
RM100,000
Sumbangan Wakaf
RM0
(RM10,000)
Baki Pendapatan Agregat
RM100,000
RM90,000
Tolak Pelepasan Individu
(RM15,000)
(RM15,000)
Pendapatan Boleh Dicukai
RM85,000
RM75,000
Cukai Kasar (Anggaran)
RM8,200
RM6,100
Tolak Rebat Zakat
(RM2,500)
(RM2,500)
Cukai Perlu Bayar
RM5,700
RM3,600
Pengiraan ini adalah sekadar ilustrasi sahaja. Nilai sebenar bergantung kepada pelepasan individu dan kadar cukai semasa.
Resit digital biasanya akan dihantar terus ke emel.
2. Kaunter Zakat & Wakaf MAIWP/PPZ
Geng bisnes yang suka urusan face-to-face boleh terus ke kaunter PPZ-MAIWP yang berdekatan.
Cakap sahaja: “Saya nak buat Wakaf Tunai untuk potongan cukai.”
Dapat resit fizikal on-the-spot.
Semua negeri di Malaysia mempunyai institusi Wakaf masing-masing di bawah Majlis Agama Islam Negeri dan peraturan Subseksyen 44(11D) ini terpakai di seluruh Malaysia, bukan di Wilayah Persekutuan sahaja. Maksudnya, kalau anda duduk di Selangor, Johor atau Pulau Pinang anda tetap boleh guna strategi ini melalui institusi wakaf negeri masing-masing.