YBhg. Datuk Abu Tariq Bin Jamaluddin Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Berkuat Kuasa 17 Disember 2023

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin mengumumkan pelantikan YBhg. Datuk Abu Tariq bin Jamaluddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif HASiL yang baharu berkuat kuasa 17 Disember 2023. Beliau menggantikan YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom bin Sairi yang telah tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 16 Disember 2023.

YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom bin Sairi, 61 tahun, telah berkhidmat selama 38 tahun di HASiL dan telah menyumbang kepada kecemerlangan organisasi ini selama bergelar Hasilian. Antara sumbangan signifikan beliau adalah memperkenalkan konsep AES (awareness, education and services) bagi memperkasa penyampaian perkhidmatan di HASiL. Ia bertujuan untuk membina kembali kepercayaan masyakarat terhadap sistem percukaian langsung negara.

Selain itu, di bawah kepimpinan YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom bin Sairi, HASiL telah merekodkan pencapaian kutipan cukai langsung tertinggi dalam sejarah negara pada tahun 2022, iaitu pada angka RM175.4 bilion. HASiL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom bin Sairi atas sumbangan bakti selama beliau berkhidmat di HASiL.

HASiL turut mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan YBhg. Datuk Abu Tariq bin Jamaluddin sebagai KPE HASiL yang baharu. Beliau yang memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian (LLB. Hons) daripada Universiti Malaya, mula berkhidmat di HASiL pada 15 Mac 1995 dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang percukaian langsung merangkumi perundangan dan pematuhan cukai.

Sebelum menjawat portfolio Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), YBhg. Datuk Abu Tariq bin Jamaluddin juga pernah memegang beberapa jawatan penting di HASiL merangkumi jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) dan Pengarah Jabatan Undang-Undang.

Dengan pengalaman luas YBhg. Datuk Abu Tariq bin Jamaluddin ini sudah pastinya akan membolehkan HASiL mencapai visi untuk menjadi Pentadbir Cukai Terunggul selari dengan aspirasi membina Malaysia MADANI demi kesejahteraan rakyat.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.