Tutorial Buka Akaun Trading Dengan Webull, Beli Saham Bursa Malaysia, AS & Derivatif

Ramai yang bertanya bagaimana cara yang murah dan pantas untuk membeli saham-saham di pasaran NYSE, NASDAQ di USA dan pada masa yang sama, memilih saham yang punyai status Patuh Shariah.

Rakyat Malaysia kini ada banyak pilihan. Dan untuk melabur, kita boleh mempunyai lebih daripada satu akaun pelaburan (trading account). Masing-masing punya kelebihan tersendiri. Terpulang kepada kita nak pilih mana yang sesuai dan berbaloi dengan servis dan kelebihan yang ditawarkan.

Yang paling penting, pastikan broker tersebut mempunyai lesen untuk beroperasi di Malaysia dan bagi umat Islam pastikan akaun tersebut patuh syariah dan tidak terlibat dengan unsur riba’. Malangnya, tak semua broker luar ini menawarkan pilihan untuk deposit ke akaun yang patuh syariah.

Atas sebab permintaan ramai, Webull kini telah menawarkan pilihan deposit ke akaun Islamik untuk kemudahan pengguna Muslim di Malaysia.

Sebelum ini, semua deposit akan diletakkan dalam bank; JP Morgan Malaysia. Dengan pilihan perbankan Islam, deposit pengguna akan diletakkan dalam HSBC Amanah.

Webull ialah platform pelaburan digital terkemuka dari Amerika Syarikat (AS). Webull Malaysia telah mendapat lesen untuk operasi daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan dilancarkan pada bulan Mei yang lalu. Webull menawarkan perdagangan saham di Bursa Malaysia, kontrak derivatif seperti FCPO dan FKLI, serta saham dan dana dagangan bursa (ETF) tersenarai di AS.

Webull Malaysia juga bekerjasama dengan Elzar Shariah Solutions & Advisory untuk menyediakan saringan saham patuh syariah. Saham dan ETF patuh syariah mempunyai ikon bulan sabit berwarna ungu.

Selain itu, antara kelebihan lain yang ada ialah:

  • Boleh beli pecahan saham (fractional shares) di Amerika Syarikat. Contohnya, harga saham NVIDIA sekitar USD120 seunit. Jika anda hanya ada USD20, anda tetap boleh melabur dengan membeli 1/6 bahagian saham.
  • Akses berdagang 24 jam. Ini bermakna pelabur boleh beli & jual selepas waktu dagangan.

Berapa Caj Brokeraj?

Kadar brokeraj Webull Malaysia agak berdaya saing dalam industri dengan tiada / 0 caj brokeraj dikenakan untuk 180 hari pertama (**tertakluk kepada terma & syarat).

Selepas 180 hari, kadar brokeraj yang dikenakan adalah 0.08% daripada jumlah harga saham atau minimum serendah RM5.

Untuk pasaran Malaysia:

Untuk pasaran AS pula, selepas 180 hari, kadar brokeraj yang dikenakan adalah 0.08% daripada jumlah harga saham atau minimum AS$ 0.99.

Caj bagi pasaran AS:

Selain kadar brokeraj, sudah tentu terdapat caj lain yang dikenakan seperti setem duti yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia dan fi lain yang dikenakan oleh badan dari Amerika Syarikat. Boleh rujuk gambar di atas untuk caj yang lain-lain.

Tutorial Buka Akaun Dengan Webull

Sila ikut langkah mudah seperti di bawah.

1) Klik sini dan kemudian klik ‘REGISTER NOW’. Masukkan nombor telefon, klik (√) dan klik ‘Send code’. Masukkan kod yang diterima untuk teruskan proses.

2) Isi semua maklumat yang diperlukan seperti yang tertera. Setelah selesai, klik ‘Next’.

Jika alamat surat menyurat tidak sama seperti dalam kad pengenalan, anda mungkin dikehendaki untuk memuat naik dokumen sokongan lain.

3) Isi juga maklumat pekerjaan dan pengalaman pelaburan seperti yang tertera. Setelah selesai, klik ‘Next’.

4) Seterusnya, isi maklumat aset. Kemudian tanda pada ‘Cash Account’ dan pilih produk pelaburan yang diingikan. Setelah selesai, klik ‘Next’.

5) Baca deklarasi BNM FEA dan pilih yang berkenaan. Kemudian, baca juga terma dan syarat yang tertera.

6) Klik (√) pada deklarasi yang berkenaan dan klik ‘Confirm’. Kemudian, anda akan dibawa ke halaman pengesahan identiti. Sediakan kad pengenalan dan klik ‘Click to Verify’. Setelah pengesahan berjaya, klik ‘Next’.

7) Sila tandatangan pada ruang berkenaan dan klik ‘Submit’. Selepas itu, sila semak dan pastikan maklumat dalam borang W-8BEN adalah tepat. Klik ‘Modify’ jika anda ingin membetulkan maklumat atau klik ‘Confirm’ jika semua maklumat adalah betul.

8) Permohonan anda siap dihantar! Proses pengesahan akan mengambil masa 1-3 hari bekerja. Semak e-mel atau terus muat turun aplikasi Webull Malaysia untuk dapatkan notifikasi.

Muat turun di Apple AppStore atau di Google Playstore.

9) Tahniah! Akaun Webull anda telah siap. Pergi ke aplikasi untuk tetapkan kata kunci ‘Set Trading Password’ dan yang paling penting, sila pilih akaun ‘Islamic Bank‘ sebelum nak depositkan duit. Selepas itu, dah boleh mula melabur!

Berdasarkan pengalaman kami, tempoh kelulusan akaun mengambil masa dalam 2-3 jam sahaja.

Buka Akaun Sekarang Untuk Nikmati 0% Caj

Khas untuk pembaca setia kami, jika anda buka akaun bersama Webull Malaysia anda akan dapat menikmati promosi RM0 komisen dan RM0 yuran komisen untuk dagangan saham Malaysia dan AS selama 180 hari. MajalahLabur mungkin menerima manfaat apabila pembaca mendaftar menggunakan pautan tersebut. Terima kasih!

Baca lagi : Nak Buka Akaun Saham (Bursa Malaysia & Global) Online Dengan Webull? Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran

Webull Malaysia kini telah menawarkan pilihan deposit ke akaun Islamik untuk kemudahan pengguna Muslim di Malaysia. Sebelum ini, semua deposit akan diletakkan dalam bank JP Morgan Malaysia. Dengan pilihan perbankan Islam, deposit pengguna akan diletakkan dalam HSBC Amanah. Promosi terkini: Depositkan RM1,000 dan kekalkan selama 60 hari dan dapat saham NVIDIA percuma bernilai RM200!

MajalahLabur mungkin menerima manfaat apabila pembaca mendaftar menggunakan pautan tersebut. Terima kasih!

Jika ada masalah berkaitan pembukaan akaun, boleh hubungi kami di Telegram.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Bursa Malaysia Umum Pengarah Baharu Pasaran Modal Islam

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) hari ini mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz (“Azizan”) sebagai Pengarah Pasaran Modal Islam (ICM), berkuat kuasa 1 Mei 2026.

Azizan akan memegang peranan baharu ini selain jawatan semasanya sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia. Pelantikan ini mencerminkan fokus berterusan Bursa Malaysia dalam memperkukuh penawaran pasaran modal Islamnya seiring dengan keutamaan strategik yang lebih luas.

Dato’ Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, berkata, “Pelantikan Azizan memperkukuh fokus kepimpinan Bursa Malaysia terhadap Pasaran Modal Islam pada waktu pertumbuhan pasaran yang berterusan dan penyertaan antarabangsa yang semakin berkembang. Pengalaman, kepakaran kewangan dan pemahaman institusi beliau meletakkannya pada kedudukan yang baik untuk memberikan hala tuju strategik bagi keutamaan pasaran Islam kami, di samping terus memastikan pengurusan kewangan yang kukuh sebagai CFO.”

Pasaran modal Islam Malaysia kekal sebagai tonggak utama pasaran modal domestik, berkembang daripada RM2.2 trilion pada 2020 kepada RM2.7 trilion menjelang akhir 2025, dengan ekuiti patuh Syariah dan sukuk masing-masing menyumbang RM1.3 trilion dan RM1.4 trilion. Mencerminkan kedalaman pelaburan Syariah di peringkat tempatan, syarikat patuh Syariah merangkumi lebih daripada 80% syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.

Dalam kapasiti beliau sebagai Pengarah ICM, Azizan akan menyediakan pengawasan dan hala tuju strategik bagi keutamaan berkaitan pasaran modal Islam Bursa Malaysia, dengan bekerjasama rapat bersama pihak berkepentingan dalaman dan peserta pasaran untuk menyokong pembangunan berterusan ekosistem ICM. Sebagai CFO, beliau akan terus menyelia fungsi kewangan keseluruhan Bursa Malaysia, termasuk pelaporan kewangan dan pengurusan, perancangan korporat serta penganggaran bajet.

Azizan membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, perakaunan, kewangan korporat dan nasihat. Sebelum menyertai Bursa Malaysia, Azizan berkhidmat sebagai CFO Kumpulan bagi Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan Rakan Kongsi Penggabungan dan Pengambilalihan di Deloitte Southeast Asia Ltd., serta pernah memegang jawatan kanan di KPMG Financial Services Advisory di United Kingdom dan Malaysia, antara lain. Beliau memiliki ijazah dalam Perakaunan & Kewangan dari University of Plymouth, UK, dan merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta felo Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).