Asri Ahmad Academy Scammer?

Scammer semakin rancak. Mereka tidak pernah berputus asa.

Kita sering mendengar berita tentang berita-berita scammer kewangan yang menyebabkan kerugian besar kepada rakyat Malaysia, termasuk warga emas yang hilang sehingga jutaan ringgit.

Tahun lepas, seramai 10 individu berputih mata apabila mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM3 juta akibat terpedaya dengan tawaran pelaburan saham dalam talian.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga melaporkan Telegram menjadi medium yang paling banyak digunakan bagi penipuan pelaburan melibatkan 1,346 kes dalam masa lapan bulan. Antara ayat-ayat iklan yang selalu kita nampak di Facebook, Whatsapp dan Telegram ialah seperti:

Melabur RM5,000 dalam masa 3 jam dan dapat RM50,000!!!

Itu semua penipuan tuan-tuan dan puan-puan! Hati-hati.

Walaupun kita sudah mendengar dan membaca banyak cerita mengenainya, masih terdapat ramai orang lagi yang kehilangan jumlah besar wang hasil titik peluh mereka kepada penipuan ini.

Kewujudan scammer ini menakutkan orang ramai dan lebih mengejutkan lagi, ia melibatkan penyamaran sebagai pihak berkuasa tempatan atau menggunakan nama orang berpengaruh bagi mengaburi mangsa. Datuk Haji Mohd Asri Ahmad juga tidak terkecuali dikaitkan dengan sindiket tersebut sehingga menyebabkan orang ramai keliru dan tertipu. Page Facebook original mereka yang memiliki setengah juta follower juga digantung oleh Facebook, gara-gara laporan pengguna yang ingat itu page scammer.

@hj.mohdasri

Tiada pelaburan yang sah melalui platform media sosial ❗️ Setiap hari saya menerima maklumat dan aduan penipuan oleh scammer yang berleluasa di media sosial. Ramai yang ingin mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan cepat dari pelaburan sedangkan ilmu masih cetek. Rujuklah pihak berkepentingan sebelum terlibat dengan mana-mana pelaburan. #saham #belajarsaham #tradingsaham #tiktoksaham #sahampemula #kewangan #scammeralert

♬ original sound – Mohd Asri | Investment Coach – MohdAsri | LaburSaham.com

Justeru itu, orang ramai diminta berhati-hati agar tidak terjerat dengan perangkap scammer dan segera laporkan kepada polis atau hubungi 997 (Hotline Pusat Respons Scam Kebangsaan) sekiranya ditipu oleh scammer.

Tips penting untuk elak ditipu scammer:

  • Semak profil rasmi dari sumber yang sah!
  • Tidak memindahkan duit anda ke dalam akaun bank individu atau entiti yang tidak dikenali terutamanya menerusi Telegram dan WhatsApp. Kalau melibatkan jual beli saham, kita buat sendiri gunakan bank pelaburan. Semak senarai bank pelaburan yang betul di sini.
  • Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis pulangan pelaburan yang tidak masuk akal.
  • Mereka add kita dalam Telegram, lepas itu acah-acah macam orang lain masuk pelaburan tu dan kasi gambar transaksi bank macam dia dapat duit. Jangan percaya semua tu!
  • Ingatlah agar sentiasa berwaspada dan semoga kita semua dilindungi dari perkara tidak elok. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa seterusnya.


Previous ArticleNext Article

CIMB Securities Kekal Saranan ‘Neutral’ Ke Atas Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saran an ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, terutamanya di Johor, susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memandangkan keputusan itu memberikan mandat yang jelas kepada pentadbiran baharu untuk memastikan kesinambungan pembangunan.

CIMB Securities dalam nota penyelidikannya hari ini memaklumkan bahawa ia termasuk pengumuman rasmi pelan tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada suku keempat 2026, dengan sokongan daripada kerajaan perpaduan persekutuan.

Bank pelaburan itu juga menjangkakan pelancaran projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor Bahru bernilai RM7 bilion pada separuh kedua 2026, berikutan pemberian surat hasrat kepada konsortium DOM Industries-MMC Engineering-Nylex- BTS Group Holdings.

Bagaimanapun, projek infrastruktur rentas sempadan yang lain, termasuk cadangan Laluan Link 2 Sistem Transit Rapid (RTS) Tuas-Iskandar Puteri dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, masih menunggu kejelasan dasar yang lebih lanjut.

“Walaupun kami mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, pelan tindakan JS-SEZ yang akan datang dan permulaan Laluan Link RTS pada suku pertama 2027 akan menyokong permintaan bagi hartanah kediaman bertanah dan perindustrian di Johor, dengan kesan limpahan faedah kepada aset komersial dan runcit di koridor pertumbuhan utama,” menurut nota penyelidikan itu.

Nilai tanah industri utama dilaporkan telah meningkat dua kali ganda kepada RM150 bagi setiap kaki persegi daripada RM 70-RM80 bagi setiap kaki persegi pada 2024, didorong oleh permintaan berterusan berkaitan pusat data, dengan pencarian tanah semakin beralih ke luar Johor Bahru disebabkan oleh kekangan bekalan tenaga dan air.

Namun, CIMB Securities memberi amaran mengenai segmen kediaman bertingkat tinggi di Johor Bahru, di mana data suku pertama 2026 daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) menunjukkan stok sedia ada sebanyak 108,863 unit pangsapuri perkhidmatan, serta bekalan masuk dan dalam perancangan masing-masing sebanyak 41,832 dan 18,712 unit sehingga 2030/2031.

Ia meningkatkan risiko lambakan bekalan sekiranya permintaan gagal seiring dengan bekalan tambahan tersebut.

Dalam senarai analisisnya, UEM Sunrise kekal sebagai pilihan utama bagi peningkatan semula nilai tanah Johor, memandangkan simpanan tanah Iskandar Puteri yang luas dan pelan induk perindustrian Gerbang Nusajaya yang akan datang pada suku pertama
2027.

Pemaju lain yang mempunyai pendedahan ketara kepada kawasan sekitar Laluan Link R’TS termasuk Eco World, Mah Sing Sunway, SP Setia dan KSL Holdings.

Sementara itu, Perkhidmatan Tren Elektrik Kuala Lumpur-JB Sentral yang baharu telah meningkatkan ketersambungan dalam negeri dan membuka peluang pembangunan di daerah sekitar, sekali gus memberi manfaat kepada Matrix Concepts menerusi perbandaran Bandar Seri Impian miliknya di Kluang.

Dalam PRN diadakan pada 11 Julai, 2026, Barisan Nasional mengekalkan penguasaan di Johor dengan majoriti dua pertiga yang besar, selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi dipertandingkan.

BERNAMA