Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Januari 2025

Bulan Januari 2025 mencatatkan permulaan tahun yang mencabar bagi pelabur saham, khususnya mereka yang berfokus pada pelaburan patuh syariah. Dalam pasaran yang penuh ketidaktentuan akibat faktor-faktor global seperti ketegangan geopolitik, tekanan ekonomi, dan perubahan dasar monetari, terdapat beberapa saham patuh syariah yang mencatatkan prestasi mengecewakan.

Artikel ini akan menyenaraikan 10 saham patuh syariah yang mencatatkan kerugian tertinggi sepanjang Januari 2025, dengan meneliti punca utama penurunan, impak kepada pelabur, serta peluang pembelajaran daripada situasi ini. Senarai ini bukan sahaja bertujuan untuk mengenalpasti saham yang terjejas tetapi juga memberi panduan kepada pelabur untuk membuat keputusan yang lebih bijak pada masa hadapan.

Mari kita lihat 10 saham patuh syariah paling rugi untuk bulan Januari 2025.

Sumber: Webull Malaysia

1. Salutica Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Salutica Berhad menjadi saham patuh syariah paling rugi bagi bulan pertama 2025. Salutica rugi sebanyak 57.38%. Dalam tempoh sebulan, saham ini kehilangan sebanyak RM0.35. 

2. Nationgate Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Nationgate Holdings Berhad pula merupakan saham kedua paling rugi. Namun kejatuhannya tidak seteruk Salutica. Nationgate susut 28.97% pada bulan Januari 2025.

3. Majuperak Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Majuperak pula di kedudukan ketiga saham paling rugi. Kejatuhannya tidak jauh beza dengan saham sebelum ini. Majuperak susut 28.21%

Buka akaun dengan CGS International secara online dengan tutorial mudah ini. Klik Sini Untuk Tutorial

4. Sunway Construction Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Sunway Construction turut terkesan ketika saham-saham sektor pembinaan mengalami kejatuhan drastik pada Januari 2025. Sektor pembinaan mengalami kemerosotan setelah saham yang berkaitan dengan pusat data mula jatuh.

Syarikat ini turun 25.81% pada bulan Januari 2025.

5. P.I.E Industrial Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Antara kesemua 10 saham dalam senarai ini, P.I.E merupakan saham yang merekodkan kejatuhan terbesar dari segi nilai Ringgit. P.I.E Industrial kehilangan RM1.46 dalam tempoh sebulan. Namun dari segi peratusan, P.I.E susut 23.97%.

6. Omesti Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Omesti hanya turun 3 sen namun kerana harganya yang murah menyebabkannya jatuh dengan agak besar dari segi peratusan. Omesti susut 22.22% dan ditutup pada harga RM0.105 pada 31 Januari 2025.

7. TT Vision Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

TT Vision dibuka pada harga RM0.805 pada hari pertama Januari 2025 dan ditutup pada harga RM0.630 pada hari terakhir Januari 2025. TT Vision susut 21.74%.

8. IJM Corporation Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Sama seperti syarikat sektor pembinaan yang lain, IJM turut mengalami kejatuhan yang besar. Dalam tempoh sebulan, IJM kehilangan 21.64%.

9. HE Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

HE Group di kedudukan kesembilan dalam senarai ini, kehilangan sebanyak RM0.11 dalam tempoh sebulan. HE Group dibuka pada harga RM0.535 dan ditutup pada RM0.425 pada Januari 2025.

Jika melihat kepada prestasi kewangan HE Group bagi beberapa suku tahunan sebelumnya, rekod sebelum ini menunjukkan pendapatan serta keuntungan bersih yang direkodkan agak baik. Setakat ini, belum ada suku tahunan HE Group yang mencatatkan kerugian. 

Walaubagaimanapun, penurunan harga HE Group berkemungkinan berpunca daripada jangkaan lemah bagi suku keempat 2024 syarikat tersebut. Hal ini kerana, kebanyakan projek yang dijalankan HE Group telah hampir tamat. Selain itu, kebergantungan HE Group terhadap projek pusat data juga boleh menjadi salah satu penyumbang kejatuhan harga sahamnya.

Syarikat ini turun 20.56% pada bulan Januari 2025.

  1. Go Hub Capital Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Melengkapi senarai ini adalah Go Hub Capital Berhad. Saham Go Hub yang pada awalnya di atas RM1 iaitu RM1.22, kehilangan sebanyak RM0.24 dan menyebabkannya tutup pada harga RM0.980. Go Hub mencatatkan penurunan sebanyak 19.67%.

Kesimpulan

Januari 2025 mungkin bukan bulan terbaik untuk sebahagian saham patuh Syariah, seperti yang ditunjukkan dalam senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Januari 2025 ini. 

Namun, kerugian ini tidak semestinya petanda buruk sepenuhnya. Sebaliknya, ia memberikan peluang untuk para pelabur menganalisis semula strategi mereka, memahami faktor yang mempengaruhi prestasi pasaran, dan merancang langkah seterusnya dengan lebih bijak.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

5 Rutin Harian Yang Membantu Pelabur Membuat Keputusan Lebih Bijak

Ramai orang melihat hasil yang diperoleh oleh pelabur atau pedagang saham yang berjaya, tetapi tidak ramai yang melihat apa yang mereka lakukan setiap hari.

Ada yang menganggap kejayaan mereka datang kerana pandai memilih saham atau mempunyai “orang dalam” yang berkongsi maklumat. Hakikatnya, kebanyakan pelabur yang konsisten memperoleh keuntungan mempunyai satu persamaan, iaitu mereka mengamalkan rutin harian yang tersusun.

Mereka tidak membuat keputusan secara terburu-buru atau membeli saham hanya kerana melihat harga sedang meningkat. Sebaliknya, setiap keputusan dibuat selepas menilai keadaan pasaran, membaca laporan syarikat dan mengikuti perkembangan semasa.

Rutin ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi apabila diamalkan secara konsisten, ia membantu pelabur membuat keputusan yang lebih rasional dan mengurangkan risiko membuat kesilapan akibat emosi.

Mengapa Rutin Harian Penting?

Pasaran saham berubah setiap hari. Harga saham dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti keputusan kewangan syarikat, berita korporat, keadaan ekonomi, kadar faedah, harga komoditi dan sentimen global.

Jika pelabur hanya membuka aplikasi dagangan untuk melihat harga saham tanpa memahami apa yang berlaku di sebaliknya, mereka mudah membuat keputusan berdasarkan panik atau FOMO.

Rutin harian membantu pelabur untuk:

  • memahami keadaan pasaran sebelum berdagang,
  • mengenal pasti peluang lebih awal,
  • mengurus risiko dengan lebih baik,
  • dan mengelakkan keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa.

1. Semak Laporan Kewangan Syarikat

Selepas Bursa Malaysia ditutup, antara perkara pertama yang dilakukan oleh ramai pelabur ialah menyemak laporan kewangan syarikat yang baru diumumkan.

Semua syarikat tersenarai diwajibkan mengeluarkan laporan kewangan setiap suku tahun. Daripada laporan ini, pelabur boleh melihat sama ada prestasi syarikat semakin baik atau sebaliknya.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

  • pertumbuhan hasil (revenue),
  • keuntungan bersih,
  • margin keuntungan,
  • aliran tunai,
  • dan kedudukan hutang syarikat.

Contoh Situasi

Sebuah syarikat teknologi mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 35% berbanding suku tahun sebelumnya.

Keputusan ini mungkin menarik perhatian pelabur institusi dan seterusnya meningkatkan minat terhadap saham syarikat tersebut.

Namun, pelabur yang membaca laporan lebih awal mempunyai masa untuk membuat penilaian sebelum pasaran dibuka pada keesokan harinya.

2. Pantau Pengumuman Dividen

Selain prestasi kewangan, ramai pelabur turut memberi perhatian kepada pengumuman dividen. Dividen merupakan sebahagian daripada keuntungan syarikat yang diagihkan kepada pemegang saham.

Dalam pengumuman dividen, terdapat beberapa tarikh penting seperti:

  • Ex-Date – tarikh terakhir untuk membeli saham bagi melayakkan diri menerima dividen.
  • Entitlement Date – tarikh syarikat menentukan senarai pemegang saham yang layak menerima dividen.

Contoh

Jika sebuah syarikat mengumumkan dividen sebanyak 5 sen sesaham, pelabur yang memiliki 10,000 unit saham berpotensi menerima dividen sebanyak:

10,000 × RM0.05 = RM500

Walaupun dividen bukan satu-satunya sebab membeli saham, ia boleh menjadi petunjuk bahawa syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang baik.

3. Ikuti Pengumuman Bonus Issue dan Rights Issue

Selain dividen, syarikat juga kadangkala mengumumkan:

  • Bonus Issue
  • Rights Issue

Bonus Issue bermaksud syarikat memberikan saham tambahan kepada pemegang saham tanpa bayaran berdasarkan nisbah tertentu. Sebagai contoh, bonus 1:2 bermaksud bagi setiap dua saham yang dimiliki, pelabur akan menerima satu saham tambahan.

Rights Issue pula memberi peluang kepada pemegang saham sedia ada membeli saham baharu pada harga yang telah ditetapkan. Walaupun kedua-dua tindakan korporat ini tidak semestinya menjadikan saham lebih menarik, ia tetap penting untuk difahami kerana boleh memberi kesan kepada jumlah pegangan dan strategi pelaburan.

4. Ikuti Berita Korporat dan Pasaran

Pelabur yang berpengalaman tidak hanya melihat nombor. Mereka juga membaca berita. Berita korporat boleh memberi gambaran awal tentang perkara yang mungkin mempengaruhi harga saham.

Antaranya ialah:

  • kontrak baharu,
  • pengambilalihan syarikat,
  • perubahan pengurusan,
  • projek kerajaan,
  • perubahan dasar,
  • dan perkembangan ekonomi global.

Sebagai contoh, jika sebuah syarikat memperoleh kontrak bernilai ratusan juta ringgit, berita tersebut boleh meningkatkan keyakinan pelabur terhadap prospek syarikat.

Namun begitu, pelabur juga perlu berhati-hati kerana tidak semua berita akan memberi kesan jangka panjang terhadap harga saham.

5. Fahami Sentimen Pasaran Global

Bursa Malaysia tidak bergerak secara bersendirian. Prestasi pasaran luar negara turut mempengaruhi sentimen pelabur tempatan.

Sebab itu ramai pelabur akan melihat:

  • prestasi indeks utama Amerika Syarikat,
  • pergerakan pasaran Asia,
  • harga minyak mentah,
  • harga emas,
  • dan perkembangan geopolitik.

Jika kebanyakan pasaran global ditutup rendah akibat kebimbangan ekonomi, sentimen negatif tersebut mungkin turut memberi kesan kepada Bursa Malaysia pada keesokan harinya.

Namun begitu, ini bukan bermaksud semua saham akan jatuh. Ada kalanya saham yang mempunyai asas perniagaan kukuh masih mampu bertahan walaupun pasaran keseluruhan lemah.

Jangan Terlalu Taksub Mengejar Saham Yang Sedang Melonjak

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur baharu ialah membeli saham hanya kerana melihat kenaikan harga yang mendadak. Mereka takut terlepas peluang atau lebih dikenali sebagai Fear of Missing Out (FOMO).

Hakikatnya, saham yang naik terlalu cepat juga berpotensi mengalami pembetulan harga yang pantas. Sebab itu pelabur yang berpengalaman lebih mengutamakan pengurusan risiko. Mereka tidak terlalu tamak dan sentiasa mempunyai pelan untuk mengambil keuntungan apabila sasaran telah dicapai.

Seperti kata pelabur terkenal Warren Buffett:

“Be fearful when others are greedy, and be greedy when others are fearful.”

Prinsip ini mengingatkan kita supaya tidak mudah dipengaruhi emosi pasaran.

Contoh Rutin Harian Seorang Pelabur

Bayangkan Hafiz bekerja sepenuh masa sebagai jurutera. Beliau tidak mempunyai masa untuk melihat harga saham sepanjang hari.

Namun setiap malam selepas pulang bekerja, beliau memperuntukkan kira-kira 30 minit untuk:

  • membaca laporan kewangan yang baru diumumkan,
  • menyemak pengumuman dividen atau bonus,
  • membaca berita korporat,
  • melihat prestasi pasaran global,
  • dan mengemas kini senarai saham yang sedang dipantau.

Apabila pasaran dibuka keesokan harinya, beliau sudah mempunyai pelan tindakan. Ini jauh lebih baik daripada membeli saham secara spontan hanya kerana melihat harga sedang meningkat.

Rutin Yang Konsisten Lebih Penting Daripada Ramalan Yang Tepat

Ramai orang menghabiskan masa mencari “saham yang pasti naik”. Sedangkan pelabur yang berjaya lebih banyak menghabiskan masa membina disiplin.

Mereka memahami bahawa tiada siapa mampu meramal pasaran dengan tepat setiap masa. Apa yang boleh dikawal ialah proses membuat keputusan.

Semakin konsisten rutin yang diamalkan, semakin banyak maklumat yang dimiliki dan semakin baik keputusan yang boleh dibuat.

Kesimpulan

Kejayaan dalam pelaburan saham bukan hanya bergantung kepada kebolehan memilih saham yang berpotensi memberikan pulangan tinggi. Sebaliknya, ia bermula dengan disiplin membina rutin harian yang membantu pelabur memahami keadaan pasaran sebelum membuat sebarang keputusan.

Menyemak laporan kewangan, mengikuti pengumuman dividen dan tindakan korporat, membaca berita pasaran serta memantau sentimen global mungkin kelihatan seperti rutin yang kecil. Namun apabila dilakukan secara konsisten, semua ini membantu pelabur membuat keputusan yang lebih berasaskan fakta dan bukannya emosi.

Akhir sekali, ingatlah bahawa pelaburan bukan tentang siapa yang paling pantas membeli saham, tetapi siapa yang paling bersedia apabila peluang muncul. Dengan rutin yang betul, anda bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan dalam membuat keputusan, malah berpeluang menjadi pelabur yang lebih berdisiplin dan konsisten dalam jangka panjang.