Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Januari 2025

Dalam dunia pelaburan, saham patuh Syariah menjadi pilihan utama bagi pelabur Muslim yang ingin mengimbangi keuntungan kewangan dengan prinsip-prinsip Syariah. Tahun 2025 membuka tirai dengan pelbagai peluang menarik dalam pasaran saham, dan Januari telah menunjukkan prestasi cemerlang bagi beberapa saham patuh Syariah. 

Artikel ini akan mengupas Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Januari 2025. Sama ada anda seorang pelabur baru yang ingin mula melabur secara halal atau seorang pelabur berpengalaman yang mencari idea untuk menyusun semula portfolio, senarai ini bakal membantu anda memahami trend terkini dan membuat keputusan yang lebih bijak.

Mari kita selami saham-saham terbaik bulan ini!

Sumber: Webull Malaysia

1. Kamdar Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Hari raya belum lagi tiba, namun Kamdar telah mula menarik minat para pelabur. Kamdar yang lebih dikenali dengan perniagaan tekstilnya menjadi saham paling untung pada Januari 2025. Kamdar berjaya mencatatkan kenaikan sebanyak 64.91%.

Walaubagaimanapun, prestasi kewangan Kamdar agak membimbangkan. Kamdar telah merekodkan kerugian untuk enam suku berturut-turut.

2. Paragon Globe Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Paragon Globe Berhad di kedudukan kedua dengan kenaikan sebanyak 55.41%. Hanya Paragon dan Kamdar sahaja yang mencatatkan kenaikan di atas 50% pada bulan Januari 2025.

Paragon Globe telah menandatangani tiga perjanjian hak pembangunan dengan Iskandar Capital Sdn Bhd untuk membangunkan tiga plot tanah pegangan bebas seluas 63.61 ekar di Johor Bahru. Projek ini merangkumi pembangunan perumahan sebanyak 340 unit pada dua plot tanah, dan diunjurkan untuk menghasilkan keuntungan anggaran sebanyak RM188.09 juta apabila pembangunan siap.

Memandangkan projek Johor dan Singapura semakin rancak, Paragon bakal mendapat manfaat dengan projek pembinaan perumahan ini.

3. XOX Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

XOX di tempat ketiga dengan kenaikan sebanyak 39.29%. Setakat ini, XOX membuat kenaikan uptrend dan trend tersebut dilihat masih berpotensi untuk berterusan.  

Buka akaun dengan CGS International secara online dengan tutorial mudah ini. Klik Sini Untuk Tutorial

4. Silver Ridge Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Silver Ridge Holdings Berhad dibuka pada harga RMM0.45 pada 2 Januari 2025 dan ditutup pada harga RM0.575 pada 31 Januari 2025. Kenaikan sebanyak RM0.125 ini membantu saham dengan simbol Sridge ini kenaikan sebanyak 27.78%.

Namun daripada carta, syarikat ini cenderung mempunyai ciri-ciri saham yang digoreng sindiket kerana saham ini mempunyai pattern kejatuhan mendadak selepas membuat kenaikan untuk satu tempoh.

5. PTT Synergy Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

PTT Synergy di kedudukan kelima saham paling untung pada Januari 2025. Pada hari pertama dagangan PTT Synergy, harganya adalah RM1.12 dan pada 31 Januari 2025 harganya ditutup pada RM1.410.

Syarikat ini mencatatkan kenaikan 25.89% pada bulan Januari 2025.

6. Eurospan Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Eurospan membuat kenaikan sebanyak 23.14% pada Januari 2025.

Jika dilihat pada carta, Eurospan merupakan saham yang tidak mempunyai volume harian yang banyak sekaligus menyebabkan candlesticknya tidak terbentuk dengan sempurna. 

Ia juga memberi petanda yang tidak ramai pelabur yang berminat terhadap saham ini.

7. Velesto Energy Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Velesto dibuka pada harga RM0.155 dan ditutup pada harga RM0.190. Meskipun sektor minyak dan gas belum lagi membuat comeback, namun Velesto membuat kenaikan berbanding syarikat dari sektor yang sama.

Dalam tempoh sebulan, Velesto naik 22.58%.

8. Ajiya Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Ajiya Berhad membuat kenaikan yang banyak di penghujung bulan. Kenaikan tersebut juga membuat 52-Week Breakout. Kenaikan tersebut membolehkan Ajiya naik 21.83%.

9. Mpire Global Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Mpire Global Berhad di kedudukan kesembilan naik 15%. Mpire Global ini merupakan saham penny kerana harganya yang murah. Mpire ditutup pada harga RM0.115.

10. Ramssol Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Melengkapi senarai saham paling untung Januari 2025 ini ialah Ramssol. Harga saham Ramssol dibuka pada RM0.730 dan harga penutup pada 31 Januari 2025 ialah RM0.835.

Syarikat ini mencatatkan kenaikan 14.38% pada bulan Januari 2025.

Kesimpulan

Januari 2025 telah membuktikan bahawa pelaburan dalam saham patuh Syariah mampu memberikan pulangan yang kompetitif, sambil kekal sejajar dengan prinsip etika dan kewangan Islam. Senarai ini bukan sahaja mencerminkan peluang yang ada, tetapi juga menjadi bukti bahawa pelaburan halal boleh menjadi pilihan yang strategik dan menguntungkan.

Sebagai pelabur, penting untuk sentiasa melakukan penyelidikan terperinci dan mendapatkan nasihat profesional sebelum membuat keputusan pelaburan. Dengan perancangan yang teliti dan komitmen untuk memahami pasaran, anda boleh memanfaatkan peluang seperti ini untuk membina kekayaan secara konsisten dan bertanggungjawab.

Semoga senarai ini memberi inspirasi kepada anda untuk terus melangkah maju dalam dunia pelaburan patuh Syariah. Selamat melabur dan semoga berjaya!

Mula melabur di pasaran Bursa Malaysia, Amerika Syarikat dan produk derivatif Malaysia.


Buka akaun dengan Webull, dapat antara caj brokeraj terendah di pasaran dan pilihan deposit ke perbankan Islam! Kami ada sediakan tutorial, boleh klik sini.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.