FCPO: Bergelut Untuk Kekal Di Atas Garisan SMA 50 Hari [19 Feb 2025]

Kekalkan pegangan belian

FCPO meneruskan penurunan harga pada hari Selasa untuk ditutup dengan harga lebih rendah sebanyak MYR4,504 – iaitu di bawah garisan SMA 50 hari. Komoditi ini mula didagangkan pada harga MYR4,531 dan pada satu tahap, ia jatuh ke paras terendah sesi dagangan sebanyak MYR4,487 sebelum menutup dagangan pada MYR4,504 dengan corak “bayang bawah panjang”.

Tindakan harga terkini ini menunjukkan penurunan harga sedang berlaku memandangkan komoditi ini didagangkan di bawah garisan SMA 50 hari (MYR4,511). Sekiranya tekanan jualan meningkat, ia mungkin menurun semula ke paras sokongan MYR4,400. Jika komoditi ini melepasi paras rintangan MYR4,600, ia akan menarik tekanan membeli baharu dan menyambung semula pergerakan menaik.

Buat masa ini, komoditi ini akan bergerak mendatar di bawah paras rintangan MYR4,600. Kami tetap berpegang pada bias dagangan positif melainkan ia jatuh bawah paras sokongan MYR4,400.

Para pedagang disaran untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan perdagangan pada 12 Feb (MYR4,621). Bagi mengawal risiko-risiko dagangan:

  • Paras henti rugi ditetapkan pada MYR4,400
  • Paras sokongan terdekat ditetapkan pada MYR4,400, diikuti oleh MYR4,300.
  • Bagi pergerakan menaik, paras rintangan serta merta dilihat pada MYR4,600, diikuti oleh MYR4,800.

Penganalisis:

Joseph Chai
TEL : +(603) 2302 8113
E-MEL : [email protected]

Previous ArticleNext Article

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.