FCPO mengalami arah aliran menurun yang kuat pada hari Jumaat apabila menjunam sebanyak RM161 untuk ditutup lebih rendah pada RM4,328. Komoditi ini memulakan sesi dagangan dengan Jurang Susut yang membuka harga dagangan dengan lebih rendah pada RM4,460. Selepas mengalami sesi pembukaan dagangan lemah, ia semakin menurun sepanjang sesi sehingga mencecah paras terendah intrahari RM4,324 dan menutup dagangan pada RM4,328 dengan corak lilin menurun memanjang.
Komoditi ini diniagakan di bawah garisan SMA 50 hari, sekali gus menunjukkan sentimen menurun menguasai pasaran sekarang. Selepas menembusi paras sokongan RM4,350, FCPO mungkin terus menurun sehingga mencecah paras RM4,250. Garisan SMA 200 hari bertindak sebagai paras sokongan jika harga menurun. Walau bagaimanapun, dalam keadaan harga yang menurun, paras sokongan lazimnya lemah. Penembusan paras sokongan mungkin akan dilanjutkan sehingga paras RM4,000.
Memandangkan komoditi ini sudah ditutup di bawah paras henti rugi RM4,350, kami menukar pendirian kami kepada bias dagangan negatif. Kami menghentikan pegangan belian (yang dimulakan pada RM4,517 atau penutupan 2 Apr) selepas harga mencecah paras henti rugi pada RM4,350. Sebaliknya, kami memulakan pegangan jualan pada penutupan 4 Apr, iaitu pada harga RM4,328.
Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada:
Paras ambang henti rugi awal ditetapkan pada RM4,500.
Selepas harga menurun menembusi paras sokongan, paras sokongan terdekat disemak kepada RM4,250, diikuti oleh RM4,000.
Paras rintangan terdekat sebaliknya ditetapkan kepada RM4,500 disusuli oleh rintangan lebih tinggi pada RM4,700.
Penganalisis: Joseph Chai TEL : +(603) 2302 8113 E-MEL : [email protected]
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.
Nak Mula Trade FCPO?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?
Belajar dulu.
Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.
Sesi PERCUMA kini dibuka!! ⏳ Tempat TERHAD Kepada 50 Peserta Sahaja! Daftar Sekarang Sebelum Penuh!
FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.
Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.
Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.
Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.