FCPO: Melanjutkan Momentum Penurunan

Kekalkan pegangan jualan.

FCPO melanjutkan perubahan harganya pada hari Isnin apabila ia jatuh RM65 untuk ditutup pada RM3,910. Komoditi ini memulakan sesi dagangan hari Isnin pada harga RM3,965. Selepas mencecah paras tertinggi intrahari pada RM3,973, ia menurun ke paras terendah iaitu RM3,898 sebelum ditutup pada RM3,910. Paras harga penutup “bawah yang lebih rendah” ini, di samping RSI yang mencatat corak menurun, menunjukkan bahawa momentum negatif semakin rancak.

Perubahan harga ini akan diteruskan sehingga komoditi ini dapat membentuk semula corak lilin menaik. Sementara itu, paras rintangan terdekat telah terbentuk pada RM4,000. Dalam keadaan pasaran menurun, kami menjangka rintangan akan kuat. Memandangkan keadaan pasaran masih menurun, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif. Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada RM4,328 (penutupan 4 Apr).

Untuk mengurus risiko-risiko dagangan:

  • Paras henti rugi dipinda kepada RM4,200 daripada MYR4,300.
  • Paras sokongan terdekat ditetapkan pada RM3,800, diikuti oleh MYR3,650.
  • Paras rintangan pertama ditambat pada RM4,000, disusuli oleh MYR4,100.

Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Sesi PERCUMA kini dibuka!!
⏳ Tempat TERHAD Kepada 50 Peserta Sahaja!
Daftar Sekarang Sebelum Penuh!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO

Previous ArticleNext Article

FCPO: Menurun Sekali Lagi

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO melanjutkan fasa mendatarnya pada hari Isnin apabila ia menurun MYR63 untuk ditutup pada paras MYR4,534. Ia membuka sesi dagangan pada harga MYR4,620 dan tindakan pengambilan untung mengheretnya ke paras terendah intrahari pada MYR4,531. Komoditi ini kemudiannya ditutup pada harga MYR4,534, dengan menyasarkan paras sokongan MYR4,500 selepas menembusi paras sokongan sebelumnya pada MYR4,550. Meskipun penurunan berlaku, struktur trend kenaikan secara meluasnya masih bertahan, dengan garisan SMA 50 hari masih bergerak ke atas.

RSI pula terus bergerak lebih rendah, sekali gus mencerminkan rentak kenaikan yang mereda. Paras sokongan terdekat sekarang adalah pada MYR4,500, yang mungkin membataskan pergerakan menurun lanjut dan membuka ruang untuk lantunan teknikal ke arah paras rintangan MYR4,680. Melainkan FCPO jatuh bawah paras sokongan MYR4,400, penurunan yang berlaku baru-baru ini akan dianggap sebagai fasa koreksi yang baik dalam kerangka kenaikan. Pada ketika ini, kami tetap berpegang pada bias dagangan positif.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac (MYR4,367). Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan awal kini berada pada MYR4,500 dan diikuti oleh paras MYR4,400. Bagi pergerakan menaik, paras rintangan terdekat ialah MYR4,680 dan diikuti oleh paras ambang MYR4,800