

Kekalkan pegangan jualan.
FCPO melanjutkan perubahan harganya pada hari Jumaat dengan menyusut RM53 untuk ditutup pada harga RM3,815. Ia asalnya memulakan sesi dagangan hari Jumaat pada harga RM3,845 dan mencapai paras tertinggi sebanyak RM3,870. Namun begitu, momentum jualan muncul, lantas mengheret komoditi ini ke arah paras terendah intrahari pada RM3,793 sebelum ia ditutup pada harga atas sedikit daripada paras terendah.
Corak lilin menurun terbaharu ini mengesahkan momentum penurunan yang terus berlaku bawah paras rintangan RM4,000, sekali gus mengukuhkan lagi struktur pasaran menurun yang wujud. Melihat pada kedua-dua garis SMA 50 dan 200 hari yang mencatat trend lebih rendah dan tindakan harga yang kekal bawah garis-garis purata bergerak ini, keadaan teknikal dilihat memihak pada pedagang yang menjangkakan penurunan pasaran.
Selagi FCPO diniagakan bawah paras RM4,000, penyusutan lanjut ke aras paras sokongan RM3,700 dilihat berkemungkinan berlaku. Oleh sebab keadaan menurun masih berlaku, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif. Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada RM4,328 atau penutupan 4 Apr.
Bagi melindungi daripada risiko-risiko dagangan:
- Paras ambang henti rugi ditetapkan pada RM4,000
- Paras sokongan segera dikenal pasti pada harga RM3,700, diikuti oleh RM3,500
- Bagi pergerakan menaik, paras rintangan segera ditetapkan pada RM4,000, disusuli oleh RM4,100
Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?
Belajar dulu.
Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.
Sesi PERCUMA kini dibuka!!
⏳ Tempat TERHAD Kepada 50 Peserta Sahaja!
Daftar Sekarang Sebelum Penuh!
Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO












