Fuh, Terbeliak Mata Lihat Prestasi Saham Syarikat Semikonduktor

Jangan memandang rendah saham-saham di Malaysia ya, kerana prestasi yang cukup mengagumkan telah ditunjukkan oleh banyak saham-saham semikonduktor sepanjang tahun 2017.

Setakat tahun ini, Indeks Teknologi Bursa Malaysia telah meningkat 84% kepada 40.63 mata iaitu paras tertinggi sejak tahun 2005.  Kebanyakan saham-saham yang berkaitan dengan semikondutor telah naik sekurang-kurangnya 50%, dan ada juga yang naik sehingga 247%.

Permintaan Tinggi Semikonduktor Penyebabnya

Biasa dengar istilah kereta berhubung (connected cars) dan rumah pintar (smart homes)? Ya, itulah masa hadapan di mana kebanyakan benda berhubung di antara satu sama lain. Ia juga lebih dikenali dengan nama IoT atau Internet of things, di mana peranti fizikal, kenderaan, perkakasan rumah dan lain-lain; yang terdapat di dalam elektronik, perisian, sensor dan bermacam-macam lagi yang membolehkan objek-objek ini berhubung dan bertukar data di antara satu sama lain.

Contoh lain produk semikonduktor ini adalah RAM untuk komputer dan smartphone.

Apabila permintaan yang tinggi terhadap produk semikonduktor, agak-agak apa yang akan terjadi kepada syarikat-syarikat yang terlibat di dalam industri ini? Sudah pastinya jualan syarikat meningkat, keuntungan meningkat, dan para pelabur berminat untuk membeli saham-saham ini.

Prestasi Syarikat-syarikat Outsourced Semiconductor Assembly and Test (OSAT)

Prestasi Syarikat-syarikat Automatic Test Equipment (ATE)

Prestasi Syarikat-syarikat Pembekal Lain

Harga-harga saham ni pada kebiasaannya naik atau turun secara berjemaah. Maksudnya jika sektor tersebut berkembang maju dan mempunyai permintaan yang tinggi, secara lumrahnya majoriti saham syarikat lain dalam industri tersebut akan terkena tempiasnya.

Jika baca betul-betul senarai pemegang saham syarikat-syarikat ini, anda akan dapat melihat antara jerung yang turut melabur adalah KWSP & PNB.

Maklumat lanjut tentang industri semikonduktor secara global, boleh dapatkan info di laman web World Semiconductor Trade Statistics (WSTS).

Persoalannya sekarang, nak mulakan langkah untuk membeli saham atau tunggu tahun depan dan tengok dulu prestasi syarikat-syarikat ini bagi 2018 pula?

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.