Nak Tahu Hukum Urusniaga Saham Guna Kontra? Ada Harus, Dan Ada Juga Haram

Dalam pasaran Bursa Malaysia, setiap kali anda membuat pembelian saham, bayaran perlu dilunaskan dalam tempoh 3 hari bekerja. Jika pihak broker tidak menerima sebarang bayaran maka pada hari ke-4 (juga dikenali dengan T-4), akan berlaku jualan secara paksa atau juga dikenali sebagai ‘force sell’.

Urusniaga telah termeterai pada hari pembelian berlaku, cuma proses pertukaran dan pembayaran sahaja yang belum dibuat. Peraturan settlement ini dikenali sebagai T+3. Bagi para trader, mereka akan mengambil kesempatan ke atas kelebihan settlement ini untuk membuat keuntungan berlipat kali ganda melalui transaksi kontra.

Namun begitu bagi yang tidak cekap, transaksi kontra ini juga boleh mendatangkan kerugian dalam masa yang singkat. Ini berlaku apabila harga saham semasa jatuh lebih rendah daripada harga belian yang telah berlaku.

Mengikut pandangan Dr Zaharuddin Abd Rahman yang merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam, terdapat dua hukum transaksi kontra bergantung kepada keadaan.

Harus Jika Pembeli Punya Wang Secukupnya Dari Awal

Apabila pembeli membeli sebuah saham patuh syariah dengan kontra dengan cara pembayaran T-3, dan beliau sememangnya telah mempunyai wang yang cukup dalam akaunnya sebanyak nilai pembelian sahamnya dari hari pertama lagi. Namun sebelum tiba tempoh penyelesaian pembayaran tiba, harga sahamnya melonjak naik, menyebabkan dia dengan segera menjualnya agar dapat peroleh keuntungan, urusniaga seperti ini adalah halal.

Keharusan ini dikuatkan lagi apabila keterangan di laman web bursa Malaysia menjelaskan setiap individu yang ingin membeli saham, mestilah mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung harga saham yang dibeli dan juga semua kos transaksi yang terlibat.

Jika demikian peraturannya, saya berpandangan bahawa hak milik sekuriti yang dibeli telah sempurna. Beliau juga memang mempunyai wang yang mencukupi bagi tujuan pembelian itu walaupun belum sampai hari wajib bayar.

Haram Jika Tidak Mempunyai Wang Yang Cukup

Sebaliknya, jika pembeli tidak mempunyai wang yang cukup di dalam akaunnya pada waktu pembelian, tetapi hanya meminjam daripada wang broker dengan kadar faedah tertentu dengan harapan harga akan menjadi lebih tinggi daripada apa yang dibeli, ia adalah haram.

Ini dilakukan bagi membolehkannya menjual sekuriti yang dibelinya sebelum sampai masa perlu bayar dan membuat keuntungan atas angin kerana membeli tanpa modal sebenar.

Bagi saya urusniaga seperti ini (jika berlaku) ia tidak syak lagi mempunyai unsur riba (jika modal yang dipinjam mempunyai faedah).

Sekiranya tiada sebarang faedah pun, ia masih mempunyai elemen perjudian kerana ia benar-benar bergantung kepada nasib dan harapan agar harga akan naik. Pembeli pula tiada sebarang wang yang mencukupi, dan hanya bergantung kepada wang broker. Tatkala itu berlaku, transaksi tetap tidak halal.

Sumber rujukan: zaharuddin.net

Nasihat Kami: Hanya Labur Wang Yang Sanggup Anda Rugi

Sifu kami ada pesan, jangan melabur dalam pasaran saham dengan hutang. Sebaliknya, melaburlah dengan wang yang sanggup anda rugi, tanpa menjejaskan cash flow anda. Kita taknak nanti instalment rumah tak bayar, kereta kena tarik, dan mula hidup tak tenang disebabkan berhutang. Ini semua gara-gara beli saham dengan cara berhutang, tapi harga saham jatuh. Kena bayar hutang dan kena tanggung kerugian saham pula.

Oleh itu, pastikan hutang dibayar terlebih dahulu terutamanya hutang jahat seperti kad kredit yang mempunyai kadar faedah yang sangat tinggi. Ini juga bagi memupuk disiplin dalam kewangan yang sangat penting apabila anda mula melabur.

Kalau ada duit lebih walaupun hanya seribu ringgit, gunakan dulu duit tersebut. Sebab kalau dengan duit seribu pun anda tak mampu buat untung, takut-takut dengan modal sepuluh ribu ke seratus ribu ke, lagi teruk anda rugi. Dan bila anda mula dengan kerugian yang besar, terus hilang keyakinan dan minat anda untuk melabur.

Kerana dalam pelaburan saham, “Rugi itu pasti, untung itu wajib”.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Strategi Pasaran: Program MY Value Up

Langkah memberangsangkan ke arah peningkatan kualiti pasaran

Program MY Value Up asalnya diperkenalkan semasa pelancaran Pelan Induk Pasaran Modal 2026-2030 pada bulan April lalu. Pengenalan program ini diikuti oleh penerbitan buku panduannya minggu ini, dengan matlamat menambah baik perungkaian nilai pemegang saham dalam jangka panjang. Dengan mengambil petunjuk daripada kisahkisah kejayaan serantau, rangka kerja ini mendesak anjakan paradigma ke arah peningkatan pulangan ekuiti (ROE) dan kebertanggungjawaban pemegang saham.

Penilaian strategik, tadbir urus yang lebih baik, peruntukan sumber dengan cekap dan komunikasi berkesan, akan bertindak sebagai pemangkin untuk mengecilkan diskaun penilaian jangka panjang yang membelenggu syarikat-syarikat yang memiliki asas kewangan kukuh. Langkah-langkah penambahbaikan ini patut menggalakkan keyakinan, meningkatkan sentimen dan mendorong kemasukan modal.

Manfaat terbesar untuk syarikat yang mempunyai ruang untuk merungkai nilai

Kami berpandangan bahawa rangka kerja ini amat bermanfaat untuk sesetengah entiti korporat yang berprestasi rendah atau kurang diberi perhatian. Khususnya, syarikat-syarikat yang memiliki modal berlebihan, kelompok aset yang tidak digunakan sepenuhnya, pulangan pemegang saham yang tidak memuaskan, atau keterlihatan pelabur yang rendah, berpeluang meraih faedah terbesar. Saham-saham ketinggalan ini mempunyai potensi operasi dan kewangan terbesar untuk merungkai nilai ekuiti menerusi peruntukan modal yang optimum dan rangka kerja pengagihan pemegang saham yang lebih baik.

Dari perspektif pasaran serantau, usaha-usaha yang sama memerlukan penggalak seperti kitaran perolehan yang menguntungkan dan reformasi jangka panjang yang lebih meluas untuk mencetus kenaikan nilai dalam seluruh pasaran. Di Malaysia yang banyak syarikat bermodal besar sudah mengekalkan pengurusan modal yang cermat dan hubungan pelabur yang mantap, kami berpendapat inisiatif Value Up ini akan memberikan manfaat kepada syarikat bermodal sederhana hingga kecil.

Hal ini akan mendorong langkah penjajaran semula ke arah amalan piawaian perniagaan dan operasi yang lebih baik. Oleh itu, impak rangka kerja ini mungkin berbeza mengikut syarikat masing-masing, dengan kecenderungan ke arah pendekatan pemilihan saham berpacukan alfa.

Pelaksanaan masih penentu utama kejayaan

Walaupun rangka kerja ini menggariskan hala tuju yang menyeluruh dalam peruntukan modal, tadbir urus, kecemerlangan operasi dan keterlibatan pemegang saham, penyertaan 88 syarikat teratas masih dibuat secara sukarela dan tiada galakan rasmi atau denda diperkenalkan. Oleh itu, kejayaan program ini akan banyak bergantung pada kesediaan pasukan pengurusan sesebuah syarikat untuk melaksanakan perubahan yang ketara, dan bukannya menganggap program ini sebagai syarat pendedahan.

Kami menjangka faedah-faedah program ini akan direalisasikan secara beransuransur, kerana para pelabur perlu melihat rekod prestasi Rancangan Value Up ini membawa penambahbaikan yang jelas dalam ROE, kecekapan modal, dan pulangan pemegang saham.

Strategi

Pada pendapat kami, program MY Value Up ini ialah usaha positif yang didorong oleh pihak pengawal selia yang dapat bertindak sebagai pemangkin untuk menggalakkan kenaikan nilai pasaran modal tempatan jangka panjang. Inisiatifinisiatif program yang diamalkan secara meluas dapat menyerlahkan kedudukan Bursa Malaysia berbanding pesaing-pesaing pasaran memuncul serantau dengan memperkukuhkan profil pelaburan dan daya tarikan pasaran secara keseluruhan.

Program MY Value Up

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.