3 Cara Terbaik Untuk Elak Kewangan Daripada Cepat Habis

Dapat gaji baru seminggu, tapi duit gaji dah habis. Satu perkara yang tidak pelik jika anda sememangnya kaki belanja sakan dan mengikut emosi. Simpanan langsung tiada, apa yang anda tahu reward diri dengan cara berbelanja.

Untuk menguruskan kewangan yang baik sama sekali tidak pernah terlintas di fikiran selagi anda tidak punya disiplin dalam mengatur kewangan anda. Sampai bila ingin menjadi hamba keseronokan yang sementara tanpa ada pelan perancangan kewangan yang kukuh untuk masa hadapan?

Bagaimana cara terbaik untu mengelakkan duit gaji anda ini cepat habis untuk perkara-perkara yang membazirkan dan sama sekali tidak mendatangkan faedah di kemudian hari?

Berikut merupakan 3 cara terbaik yang perlu anda lakukan bagi mengelakkan kewangan anda sentiasa habis.

1. Reward Diri Sendiri Terlebih Dahulu

Apa yang dikatakan dengan reward diri sendiri dahulu? Ia adalah dengan cara meningkatkan jumlah simpanan. Jika anda baru mula menyimpan, ia adalah cara yang baik untuk anda lakukan.

Apabila anda telah berjaya membuat simpanan daripada duit gaji anda, sebenarnya anda telah melakukan persediaan untuk dana anda di hari tua kelak. Simpanan inilah yang akan membantu selepas bersara nanti.

Disiplinkan diri anda untuk membuat simpanan sebanyak 10% sebulan. Jika anda dapat menyimpan lebih daripada jumlah tersebut, ianya lebih bagus.

2. Tukar Duit Dalam Bentuk Fizikal

Bagaimana yang dikatakan dengan bentuk fizikal ini? Ia adalah dimana anda menukarkan wang tunai di tangan anda dengan cara membeli emas, rumah ataupun tanah. Anda dapat lihat duit anda tersebut dalam bentuk fizikal depan mata.

Cara ini bagi menghalang duit anda daripada hangus dengan cara berbelanja sewenang-wenangnya. Tambahan lagi, cara ini juga dapat membantu anda meningkatkan pendapatan pasif anda secara tidak langsung.

3. Beli Barangan Secara Tunai

Kenapa perlu beli tunai? Sebab ianya menghalang anda daripada berhutang. Jika anda memerlukan barang seperti perabut, mesin basuh dan sebagainya yang memerlukan jumlah yang besar untuk dibeli, sebaiknya anda buat simpanan khas bagi barang-barang tersebut.

Contohnya jika anda ingin membeli mesin basuh manual yang berharga RM499 secara tunai. Anda perlu membuat tabung  ataupun simpanan khas RM100  selama 5 bulan.

Jangan biasakan diri untuk membeli barang secara hutang. Ia membahayakan kewangan anda kelak. Dengan cara pembelian tunai, anda akan lebih mudah merasa duit anda keluar. Anda dapat lihat rekod aliran duit keluar anda dalam bentuk resit.

Uruskan kewangan anda dengan baik dan teliti. Jangan menyesal di kemudian hari!

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.