Bad Marketing is Good Marketing – Perlukah Cipta Publisiti Murahan Untuk Trending?

Neelofa dikecam teruk oleh netizen kerana memilih kelab malam untuk aktiviti pelancaran tudung terbaru dan menyambut ulang tahun kelahirannya pada masa yang sama. Menurutnya, kelab malam itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.

Rasanya tak perlu kami share video tarian di kelab malam tersebut, kerana kami pasti anda sudah tonton.

Menerusi temu bual bersama BH Online, beliau berkata “Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan. Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.”

“Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,”

Ya, Neelofa boleh dikatakan berjaya untuk memperkenalkan koleksi tudung barunya kali ini kerana hampir semua orang secara sedar atau tidak telah melakukan marketing percuma untuk beliau di media sosial.

Viral Sebab Bad Marketing

Jadi betul ke bad marketing is a good marketing? Ini pandangan salah seorang netizen, Fathiah AB mengenai isu yang tengah hangat trending.

Silakan terus berpegang pada prinsip tu kalau rasa benda tu baik dan bagus untuk bisnes. Tapi kena ingat, kita orang Islam. Marketing kita bukan berakhir kat sini je. Bukan semata di dunia. Tapi berpanjangan, di bawa ke akhirat sana.

Bad is still bad. Masakan boleh dicampur yang haq dan yang batil. Terang lagi bersuluh. Contohnya ada orang tu puasa, tapi berbukanya dengan arak. Nonsense kan?

Sebab berpegang pada prinsip kat atas tu la, maaf cakap, ramai orang kita buat benda bodoh dan melanggar hukum hanya kerana alasannya “MARKETING”. Come on la. Kau pilih berniaga sebab katanya ikut sunnah Nabi. Then, time buat marketing kau campak mana sunnah Nabi tu?

Tapi ye la. Yang bersuara ni bukan orang ada-ada. Bisnes pun kecik je, jadi dropship bukan founder. Income seribu pun belum tentu. Nak lawan orang yang income juta-juta, siap jadi duta.

“Marketing teruk pun, dia dah jutawan. Kau ado?”

“Memang kau ni spesis dengki tengok bangsa sendiri berjaya ek? Melayu memang nak jatuhkan Melayu je kan”

“Bisnes dia, duit dia. Biar dia la nak buat apa pun. Dia ada susahkan kau ke? Dia siap tolong ramai orang lain berjaya. Bantu sekolah tahfiz, anak yatim. Kau tu busuk hati sebenarnya”

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

Itu antara skrip yang biasanya keluar untuk membela “bad marketing”. Sedih kan? Kita selalu pandang kekayaan seseorang sebagai sebuah kejayaan. Hingga kita lupa soal keberkatan.

Tanpa sedar, benda tu boleh jadi istidraj pada dia. Juga pada kita. Kekayaan yang bawa kepada kelalaian. Makin kaya, makin disanjung, makin merapu marketing yang diguna.

Satu je la nak pesan. Untuk aku dan kau semua. Kalau kita ni tak mampu nak dakwah orang kepada agama. Jangan pulak kita ni bawa fitnah kepada agama.

Sementara itu, pendakwah dan penulis, Pahrol Mohd Juoi turut mengulas bahawa promosi untuk perniagaan tidak salah, kerana perniagaan sangat digalakkan dalam Islam. Tetapi promosi jangan sampai melanggar syariat dan akhlak, itu dilarang oleh Islam. Niat tidak menghalalkan cara.

Walaupun mungkin kaedah itu publisiti yang unik dan bakal melariskan jualan produk tetapi apa gunanya semua itu jika Allah tidak redha dan tercabut keberkatan perniagaan.Kita dambakan kualiti rezeki bukan semata-mata kuantitinya. Sedikit yang mengingatkan lebih baik daripada banyak yang melalaikan.

Katanya lagi,  yang kita kejar ialah kaya jiwa berbanding kaya harta… namun jika diberi kaya jiwa dan kaya harta itulah yang terbaik untuk kita. Kaya jiwa itu ketenangan. Kaya harta itu kesenangan. Jangan sekali-kali cuba membeli ketenangan dengan kesenangan. Kita tidak akan mampu. Kita akan tertipu!

Kredit: Pahrol Mohamad Juoi, Fathiah AB

Matlamat Tak Menghalalkan Cara

Oleh itu, kita disaran supaya menjauhkan diri daripada perkara yang haram. Malah, perkara yang syubhah atau samar-samar samada haram atau tidak pun kita disarankan untuk meninggalkannya.

Banyak lagi cara pemasaran yang berkesan, sebagai contoh Neelofa telah membuktikan beliau seorang usahawan yang berjaya dengan terkenal dengan menjadi 11 Rakyat Malaysia Yang Tersenarai Dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia dan Neelofa Dilantik Sebagai Pengarah Bebas Baru AirAsia. Makin Tinggilah Saham Neelofa!

Lebih manis kalau dikenali dengan cerita-cerita yang baik supaya boleh dijadikan teladan oleh pengikut sosial media beliau yang berjuta itu.

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.