Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Februari 2018

Bursa Malaysia kelihatan membuat uptrend sepanjang Januari 2018, tetapi kemudian kita dikejutkan dengan kejatuhan yang agak teruk pada awal bulan Februari.

Indeks FBMKLCI 2 Februari 2018: 1,870.48 Mata

Indeks FBMKLCI 6 Februari 2018 Paras Terendah: 1,795.85 Mata

Indeks FBMKLCI 28 Februari 2018: 1,856.20 Mata

Penurunan Sebulan: 14.28 Mata atau 0.76%

Orang kata Tahun Baru Cina akan ada rally, tapi jangkaan orang ramai merosot nampaknya.

Jom kita tengok senarai Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Untuk Bulan Februari 2018.

Sumber: Screener iSaham

Sumber: Bursa Marketplace

2. Pansar Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

3. Euro Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

4. Muda Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

5. Toyo Ink Group

Sumber: Bursa Marketplace

6. Lee Swee Kiat Group (LEESK)

Sumber: Bursa Marketplace

7. Kobay Technology

Sumber: Bursa Marketplace

8. Borneo Aqua Harvest (BAHVEST)

Sumber: Bursa Marketplace

9. Supermax Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

10. CCK Consolidated Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Kurang Sikit Untung Bulan Februari 2018

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Bulan Februari 2018 kurang sikit buat untung berbanding bulan lepas. Ini disebabkan pasaran saham yang turun banyak dan naik banyak, menyebabkan para pelabur mengambil langkah berhati-hati.

Bukan itu saja, kalau kita tengok saham-saham seperti Muda Holdings dan Kobay Technology, dia punya kenaikan tu dalam masa 2-3 hari saja. Jadi kalau cepat naik, takut cepat pula turun nanti.

Senarai di atas adalah berdasarkan Screener Best Performance (Last Month) iSaham. Mereka juga ada screener-screener lain seperti 52 Weeks High Screener, All-Time High Screener, Bollinger Band Breakout, Magic Formula Investing dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.