
Sub Topik
Neelofa dikecam teruk oleh netizen kerana memilih kelab malam untuk aktiviti pelancaran tudung terbaru dan menyambut ulang tahun kelahirannya pada masa yang sama. Menurutnya, kelab malam itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.
Rasanya tak perlu kami share video tarian di kelab malam tersebut, kerana kami pasti anda sudah tonton.
Menerusi temu bual bersama BH Online, beliau berkata “Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan. Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.”
“Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,”
Ya, Neelofa boleh dikatakan berjaya untuk memperkenalkan koleksi tudung barunya kali ini kerana hampir semua orang secara sedar atau tidak telah melakukan marketing percuma untuk beliau di media sosial.
Viral Sebab Bad Marketing
Jadi betul ke bad marketing is a good marketing? Ini pandangan salah seorang netizen, Fathiah AB mengenai isu yang tengah hangat trending.
Silakan terus berpegang pada prinsip tu kalau rasa benda tu baik dan bagus untuk bisnes. Tapi kena ingat, kita orang Islam. Marketing kita bukan berakhir kat sini je. Bukan semata di dunia. Tapi berpanjangan, di bawa ke akhirat sana.
Bad is still bad. Masakan boleh dicampur yang haq dan yang batil. Terang lagi bersuluh. Contohnya ada orang tu puasa, tapi berbukanya dengan arak. Nonsense kan?
Sebab berpegang pada prinsip kat atas tu la, maaf cakap, ramai orang kita buat benda bodoh dan melanggar hukum hanya kerana alasannya “MARKETING”. Come on la. Kau pilih berniaga sebab katanya ikut sunnah Nabi. Then, time buat marketing kau campak mana sunnah Nabi tu?
Tapi ye la. Yang bersuara ni bukan orang ada-ada. Bisnes pun kecik je, jadi dropship bukan founder. Income seribu pun belum tentu. Nak lawan orang yang income juta-juta, siap jadi duta.
“Marketing teruk pun, dia dah jutawan. Kau ado?”
“Memang kau ni spesis dengki tengok bangsa sendiri berjaya ek? Melayu memang nak jatuhkan Melayu je kan”
“Bisnes dia, duit dia. Biar dia la nak buat apa pun. Dia ada susahkan kau ke? Dia siap tolong ramai orang lain berjaya. Bantu sekolah tahfiz, anak yatim. Kau tu busuk hati sebenarnya”
Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar
Itu antara skrip yang biasanya keluar untuk membela “bad marketing”. Sedih kan? Kita selalu pandang kekayaan seseorang sebagai sebuah kejayaan. Hingga kita lupa soal keberkatan.
Tanpa sedar, benda tu boleh jadi istidraj pada dia. Juga pada kita. Kekayaan yang bawa kepada kelalaian. Makin kaya, makin disanjung, makin merapu marketing yang diguna.
Satu je la nak pesan. Untuk aku dan kau semua. Kalau kita ni tak mampu nak dakwah orang kepada agama. Jangan pulak kita ni bawa fitnah kepada agama.
Sementara itu, pendakwah dan penulis, Pahrol Mohd Juoi turut mengulas bahawa promosi untuk perniagaan tidak salah, kerana perniagaan sangat digalakkan dalam Islam. Tetapi promosi jangan sampai melanggar syariat dan akhlak, itu dilarang oleh Islam. Niat tidak menghalalkan cara.
Walaupun mungkin kaedah itu publisiti yang unik dan bakal melariskan jualan produk tetapi apa gunanya semua itu jika Allah tidak redha dan tercabut keberkatan perniagaan.Kita dambakan kualiti rezeki bukan semata-mata kuantitinya. Sedikit yang mengingatkan lebih baik daripada banyak yang melalaikan.
Katanya lagi, yang kita kejar ialah kaya jiwa berbanding kaya harta… namun jika diberi kaya jiwa dan kaya harta itulah yang terbaik untuk kita. Kaya jiwa itu ketenangan. Kaya harta itu kesenangan. Jangan sekali-kali cuba membeli ketenangan dengan kesenangan. Kita tidak akan mampu. Kita akan tertipu!
Kredit: Pahrol Mohamad Juoi, Fathiah AB
Matlamat Tak Menghalalkan Cara
Oleh itu, kita disaran supaya menjauhkan diri daripada perkara yang haram. Malah, perkara yang syubhah atau samar-samar samada haram atau tidak pun kita disarankan untuk meninggalkannya.
Banyak lagi cara pemasaran yang berkesan, sebagai contoh Neelofa telah membuktikan beliau seorang usahawan yang berjaya dengan terkenal dengan menjadi 11 Rakyat Malaysia Yang Tersenarai Dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia dan Neelofa Dilantik Sebagai Pengarah Bebas Baru AirAsia. Makin Tinggilah Saham Neelofa!
Lebih manis kalau dikenali dengan cerita-cerita yang baik supaya boleh dijadikan teladan oleh pengikut sosial media beliau yang berjuta itu.