Neelofa Dilantik Sebagai Pengarah Bebas Baru AirAsia. Makin Tinggilah Saham Neelofa!

Ada yang terkejut dan tidak kurang juga yang kagum dengan perlantikan Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Binti Mohd Noor sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bagi Air Asia Berhad.

Berdasarkan laporan kewangan 2016 secara purata Air Asia membayar RM211,333 kepada setiap orang Pengarah Bebas Bukan Esekutif.

Sumber: Bursa Malaysia

Kita ikuti penjelasan daripada Tuan Abdul Basit seperti berikut:

Kisah Directorship Neelofa, Strategi AirAsia yang ramai perlu tahu.

Terbaru, kita mendapat berita terkini Neelofa baru sahaja di dilantik menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia. Pencapaian luar biasa anak muda yang sama usia dengan saya 28 tahun.

Adakah beliau sudah membeli Airasia?

Adakah beliau akan bekerja di Airasia?

Disini saya kongsikan tentang jawatan tersebut,

1. Pengarah Bebas atau Independent Director.

Independent maknanya bebas dari mempunyai kaitan dengan mana-mana pemegang saham atau pihak-pihak berkepentingan dalam syarikat.

Ini bermaksud beliau tidak semestinya memiliki saham dalam syarikat AirAsia. Cuma beliau di lantik untuk berada dalam barisan pengarah.

2. Bukan Eksekutif atau Non-Executive.

Bukan Eksekutif bermaksud, beliau bukanlah staf AirAsia yang terlibat dalam urusan kerja harian dan bukan lah staf yang menerima gaji dan perlu punch in setiap hari.

Mesyuarat bulanan pun beliau belum tentu kena hadir, kecuali memang diminta hadir.

Untuk jawatan diatas, saya mudahkan ia dipanggil Non-Executive Director atau NED.

Apa kelebihan NED ini?

  • Mendapat elaun tetap sebagai Pengarah setiap bulan.
  • Kemungkinan mendapat beberapa kelebihan directorship lain, seperti elaun perjalanan, hiburan, penginapan sekiranya mendapat persetujuan pengarah yang lain.

Kenapa Neelofa yang dipilih, kenapa bukan kita?? Ada beberapa kemungkinan besar beliau dipilih.

3 Sebab Neelofa Dilantik

Sumber: Instagram Neelofa

1. Kos Sebagai Duta.

Neelofa antara artis yang dibayar mahal untuk menjadi Ambassador/Duta, nilainya melibatkan jutaan ringgit. Terutama setelah beliau dilantik Duta Swarovski, jenama antarabangsa.

Neelofa kini mencapai standard antarabangsa,sudah semestinya nilai beliau bukan murah.

AirAsia mengambil langkah bijak, dengan melantik sebagai NED, Neelofa hanya dibayar elaun bulanan sahaja sebagai pengarah.

Kos directorship ini kemungkinan memakan belanja ratusan ribu sahaja setahun,berbanding kos DUTA yang memakan belajar jutaan ringgit untuk artis yang mencapai level antarabangsa.

Sudah pasti AirAsia boleh menggunakan wajah Neelofa semahunya,sebab beliau adalah salah seorang pengarah.

2. Pengaruh dan Kredibiliti.

Follower Instagram Neelofa 5,300,000 juta manakala AirAsia cuma 506,000, nisbahnya adalah 1:10.

Kos untuk menaikkan nama di media sosial bukan perkara yang semudah membeli follower, ianya lebih daripada itu. Airsia akan menggunakan mileage di sosial media untuk mencipta pengaruh baru.

Kenapa pilih Neelofa,bukan artis lain? Sebab Neelofa satu-satunya artis yang mendapat anugerah Forbes 2017, mileage ini menjadikan beliau Artis yang berkredibiliti dan berpengaruh.

3. Pemasaran High Impact Airsia.

Belum pernah dalam sejarah Malaysia Artis diangkat menjadi Board Of Director dalam syarikat penerbangan,walaupun sebagai Non-Executive Director.

Dijangka, Neelofa akan menerima lebih banyak anugerah selepas ini. Rentetan dari marketing sebagai NED AirAsia. Mileage ini, sudah pasti AirAsia mendapat tempiasnya Sekali.

Sumber : FB Abdul Basit

Artis popular, generasi muda, ikon wanita, dan usahawan sukses. Follower Instagram Neelofa adalah 5.3 juta dan beliau juga adalah antara 11 Rakyat Malaysia Yang Tersenarai Dalam Forbes 30 Bawah 30 Asia. Ini memberikan kredibiliti pengaruh yang luar biasa kepada beliau.

Lepas ni bila nampak Neelofa, ingat AirAsia. Tengok AirAsia teringat Neelofa…Eh.

Apakah MAS akan mengikut jejak langkah memilih artis menjadi sebahagian daripada organisasi syarikat? Adakah Fattah Amin pula bakali dipilih menjadi Non-Executive Director?

Tak Mampu Jadi Pengarah, Jadi Pemegang Saham AirAsia Pun OK

Tapi sebelum itu, anda perlu tahu bahawa saham AirAsia masih belum patuh Syariah. Cuma saham AirAsia X sahaja yang patuh Syariah setakat bulan November 2017.

Boleh juga rujuk Senarai Terkini Saham Syarikat di Bursa Malaysia Yang Patuh Syariah.

Saham AirAsia vs AirAsia X

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Bursa Marketplace

Kita dapat lihat bahawa saham AirAsia semakin meningkat, dan untuk setahun kebelakangan ini telah pun meningkat sebanyak 46%. Dengan harga RM3.22 seunit, nak beli minima 1 lot (100 unit) saham AirAsia pun baru RM322.

Jom lihat siapa pemegang saham terbesar AirAsia Berhad:

Manakala saham AirAsia X pula sedang sideways, kejap naik kejap turun. Dengan harga RM0.34 seunit, nak beli minima 1 lot (100 unit) saham AirAsia X pun baru RM34. Bolehlah nak borong sampai 100 lot. Tapi apa pun, Jika Tiada Asas Teknikal Analisis, Jangan Gatal Beli Saham.

Sebahagian Daripada Strategi Untuk AirAsia Jadi Patuh Syariah?

Dengan adanya ikon muslimah dengan branding yang sangat kuat, boleh jadi juga perlantikan Neelofa dilihat sebagai sebahagian daripada strategi untuk syarikat AirAsia menjadi patuh Syariah dalam masa terdekat.

AirAsia X sudah, AirAsia bila pula agaknya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Intel Corp Lantik Tan Lip Bu Sebagai CEO, Berpengalaman Luas Dalam Industri Cip


KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.

Beliau seorang pemimpin teknologi yang berjaya dan berpengalaman luas dalam industri semikonduktor.

Intel dalam satu kenyataan berkata Tan mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif interim daripada David Zinsner dan Michelle (MJ) Johnston Holthaus.

Beliau juga akan menyertai semula ahli lembaga pengarah Intel selepas meletak jawatan pada Ogos, 2024.

“Tan adalah pelabur teknologi pada tempoh yang lama dan seorang eksekutif yang dihormati dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam semikonduktor dan perisian dan mempunyai hubungan baik merentas ekosistem Intel,” kata kenyataan itu.

Beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Cadence Design Systems dari 2009 hingga 2021 dan mengetuai penciptaan semula syarikat dan memacu transformasi budaya yang tertumpu pada inovasi yang mengutamakan pelanggan.

Tan berada dalam lembaga pengarah Cadence selama 19 tahun bermula dari pelantikannya pada 2004 melalui perkhidmatannya sebagai pengerusi eksekutif dari 2021 hingga 2023 selepas memegang jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif, katanya.

Pengerusi Bebas Lembaga Pengarah Intel, Frank D. Yeary berkata Tan adalah peneraju luar biasa yang mempunyai kepakaran industri teknologi, perhubungan baik merentas ekosistem produk dan faundri serta rekod prestasi cemerlang dalam mencipta nilai pemegang saham adalah kriteria yang Intel perlukan untuk CEO seterusnya.

“Tan telah memperoleh reputasi sebagai seorang inovator yang mengutamakan pelanggan dalam segala perkara dilakukannya, menyampaikan penyelesaian berbeza untuk menguasai pasaran dan membina budaya berprestasi tinggi untuk mencapai kejayaan.

“Seperti kebanyakan di seluruh industri, saya telah bekerja rapat dengan Tan pada masa lalu dan telah melihat secara langsung bagaimana perhatian utamanya kepada pelanggan mendorong inovasi dan kejayaan,” kata Yeary.

Menurut kenyataan itu, Tan juga merupakan rakan kongsi pengurusan pengasas Walden Catalyst Ventures dan pengerusi Walden International dan mempunyai pengalaman menganggotai lembaga pengarah syarikat awam yang signifikan dan kini berkhidmat dalam lembaga pengarah Credo Technology Group dan Schneider Electric.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik dari Nanyang Technological University, Singapura, Ijazah Sarjana Sains Kejuruteraan Nuklear dari Massachusetts Institute of Technology serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of San Francisco.

Pada 2022, beliau menerima Anugerah Robert N. Noyce, penghormatan tertinggi Persatuan Industri Semikonduktor, katanya.

Dalam memo diedarkan kepada kakitangan Intel, Tan berkata beliau yakin mampu menambah baik perniagaan syarikat tersebut.

“Ia bukan perkara mudah…tetapi saya percaya syarikat ini mempunyai kebolehan untuk menang. Intel memainkan peranan penting dalam ekosistem teknologi, di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

“Intel adalah sebuah syarikat yang telah lama saya kagumi. Sejak usia kecil lagi, saya terpesona dengan kuasa sains, teknologi dan kejuruteraan…dan inovasi Intel telah berjaya mencatatkan pelbagai pencapaian dan memberi sumbangan besar kepada dunia,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.

— BERNAMA