Anda Hanya Perlu Satu Aplikasi Ini Untuk Keperluan Kewangan Dan Gaya Hidup Anda

Hari ini kita hidup di zaman yang serba canggih dan moden. Hampir semua benda boleh dibuat secara online dan ianya di hujung jari saja. Tetapi masalah baru yang timbul apabila kita ada banyak laman web yang perlu kita akses dan banyak aplikasi telefon pintar yang perlu kita install dan guna.

Kan best kalau kita hanya perlukan satu aplikasi saja untuk buat bermacam-macam perkara?

Jangan risau, sekarang ini kita ada satu aplikasi untuk semua keperluan kewangan dan gaya hidup anda. Dan bagi EMAS percuma dan rebat segera serta-merta!

Anda kena baca sampai habis dan bertindak sekarang.

Apa Itu GoPayz?

Mesti ramai yang baru pertama kali dengar nama ni kan?

Kalau nak tahu, GoPayz menawarkan perkhidmatan kewangan secara digital yang membolehkan anda berinsurans, melabur & tukar wang asing. GoPayz juga menyediakan perkhidmatan Islamik seperti bayaran zakat, wakaf, derma, takaful & perkhidmatan gaya hidup untuk membeli-belah, bayar bil dan bermacam-macam lagi.

Semuanya dalam satu aplikasi, semua pun OK. Dah boleh uninstall bermacam-macam aplikasi yang tak diperlukan lagi, telefon pintar anda pun mesti bertambah laju lepas ni.

WOW-WOW KAPOW Dengan GoPayz

Alang-alang dah kena berbelanja tu, kenapa tak dapatkan sekali PERCUMA emas digital dan rebat segera serta-merta?

Cubalah aplikasi GoPayz sebab korang boleh berbelanja dan dapat EMAS Digital PERCUMA sehingga RM10 setiap bulan. Siapa nak bagi? Mestilah GoPayz!

Setiap tahun kena bayar zakat? Bayarlah guna GoPayz tanpa perlu beratur dan dapat pula emas digital secara percuma lagi.

Anda nak shopping online, gunalah GoPayz. Anda nak top-up kredit game atau bayar bil, gunalah GoPayz.

Tapi tunggu, ada lagi…

Selain daripada pelbagai kemudahan yang GoPayz ada, kini anda boleh dapat rebat segera serta-merta sehingga RM20 SETIAP HARI. Anda perlu isi minyak dan beli barangan dapur? Bayarlah dengan GoPayz UnionPay QR di stesen minyak Petron, atau di Econsave, Eco Shop, TF Value Mart dan banyak lagi kedai yang turut serta.

Sambil berbelanja, sambil berjimat. Itulah tanda anda seorang yang bijak.

Muat Turun Aplikasi GoPayz Hari Ini

Rebut peluang untuk belanja dan nikmati Ganjaran Gempak. Nak tahu lebih lanjut mengenai Promosi Wow-wow Kapow, layari

Apa tunggu lagi, jom  di App Store, Play Store & Huawei AppGallery.

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.