Guna Touch ‘n Go Bukan Sekadar Bayar Tol, Sekarang Boleh Melabur Juga! 

Dapatkan ganjaran TAMBAHAN sehingga 8.31%* sekali di atas pelaburan anda apabila melabur dengan aplikasi untuk pelaburan dalam Touch ‘n Go e Wallet

*ganjaran sekali bagi tempoh pelaburan selama 30 hari / promotion reward for 30 days of investment amount

Majoriti daripada kita pasti dah kenal dengan Touch ‘n Go. Bayar tol, beli barang, bayar makanan – semua guna Touch ‘n Go. Tapi, tahukah anda bahawa sekarang anda juga boleh membuat pelaburan melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet! Jom kita cerita lebih lanjut.

Macam Mana Nak Melabur Dengan Touch ‘n Go eWallet?

Dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet sekarang ada fungsi yang membolehkan anda melabur dalam dana pelaburan melalui ciri Investment-Principal dalam GOfinance. Fungsi ini dicipta bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk melabur dalam dana pelaburan.

Investment-Principal adalah ciri utama dari hasil kerjasama di antara Principal dan Touch ‘n Go eWallet. Ciri utama ini dicipta untuk memudahkan rakyat Malaysia membuat pelaburan dalam dana. Touch ‘n Go eWallet GOfinance, menawarkan dua pilihan pelaburan: “Save” untuk pelaburan berdasarkan matlamat dengan pulangan sehingga 3.95%** setahun, dan “Invest” pula sesuai untuk mereka yang sanggup mengambil lebih risiko, dengan pendedahan kepada pelbagai pasaran global dan serantau merentasi pelbagai kelas aset untuk memenuhi selera risiko yang berbeza.

Fahami lebih lanjut mengenai dua pilihan pelaburan yang boleh dipilih:

Pelaburan berasaskan matlamat ialah strategi melabur untuk mencapai sasaran kewangan tertentu seperti simpanan pendidikan atau pembelian rumah.

  1. Save”: Bayangkan “Save” sebagai tabung simpanan pintar anda untuk mencapai sasaran kewangan tertentu. Antara contoh tabung yang kita boleh buat adalah tabung kahwin, tabung percutian, tabung pendidikan anak-anak dan lain-lain. Konsep utama ciri ini ialah melabur berasakan matlamat (goal-based investing). Ciri “Save” membolehkan anda untuk melabur dalam Money Market Fund (MMF). Dengan ini anda boleh menabung untuk sasaran kewangan anda dan dalam masa yang sama boleh dapatkan pulangan sehingga 3.95%** setahun daripada simpanan tersebut. Pilihan pelaburan ini adalah konservatif dan stabil.

  1. Invest”: Khusus untuk mereka yang mahukan lebih banyak pilihan. Ciri ini sesuai untuk mereka yang sanggup mengambil risiko; daripada konservatif, sederhana sehingga ke agresif. Anda akan didedahkan kepada pelbagai pasaran global dan serantau merentasi pelbagai kelas aset untuk memenuhi selera risiko yang berbeza-beza dan boleh dapatkan pulangan sehingga 22.83%** setahun.
  • Dengan “Invest”, anda dapat akses kepada 16 dana pelaburan yang berbeza. Tidak kisah anda nak melabur untuk masa depan atau ada tujuan khusus yang lain, “Invest” memberi anda kebebasan untuk memilih dana yang sesuai dengan matlamat pelaburan anda.

Percaya tak Principal ada menawarkan peluang anda mula melabur dengan modal permulaan serendah RM 10.00 dan tanpa tempoh ‘lock-in’.

Paling best bila melabur dengan Principal melalui Touch ‘n Go eWallet adalah:

  1. Senang: Semua urusan dari pelaburan hingga pengeluaran boleh dibuat terus dari aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Tak perlu aplikasi lain, tak perlu susah payah.
  2. Fleksibel: Anda ada kawalan penuh ke atas pelaburan anda. Nak tambah, nak keluarkan atau nak biarkan ia berkembang – semua di tangan anda. Tak perlu hubungi pihak ketiga untuk uruskan.
  3. Modal Kecil: Boleh mula dengan modal serendah RM10 sahaja. Sesuai untuk anda yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia pelaburan.
  4. Mudah Diproses: Nak mula melabur sangat senang dengan proses ‘onboarding’ yang mesra pengguna dan straight-to-the-point. Anda cuma perlu lengkapkan eKYC dan penilaian risiko, kemudian terus boleh mula melabur.

Sempena bulan kemerdekaan, ada tawaran terhad yang khas untuk anda!

Cuba tengok jadual di bawah:

Tawaran ini khas untuk ciri “Invest” dan promosi bermula sekarang hingga 30 September 2024.

Yang paling penting Principal ada sediakan dana yang patuh syariah! Boleh klik sini untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terhad ini.

Kami tahu ramai yang minat nak melabur untuk jana pendapatan tambahan atau untuk capai matlamat ketika bersara nanti. Tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula melabur dan hanya ada modal yang kecil.

Kenapa Pilih Unit Amanah?

Jika anda baru nak berjinak atau baru nak dapatkan keyakinan dalam melabur, anda sesuai untuk melabur dalam unit amanah.

  1. Unit amanah menawarkan diversifikasi, anda boleh pilih untuk melabur dalam jangka pendek atau jangka panjang bergantung kepada tujuan pelaburan masing-masing.
  1. Unit amanah juga lebih stabil dan menawarkan pilihan risiko berbeza mengikut tahap toleransi risiko seseorang. Ada dana dengan pertumbuhan yang agresif dan ada juga dana pendapatan tetap yang konservatif.
  1. Selain itu unit amanah juga mempunyai modal rendah dan dapat beri anda akses kepada pelbagai aset dalam satu pelaburan.
  1. Dana ini turut diuruskan oleh pengurus dana yang berpengalaman, memberikan pelabur akses kepada kepakaran dan analisis pasaran tanpa perlu menguruskan pelaburan mereka sendiri. Principal adalah antara pengurus aset terkemuka di Malaysia dan mempunyai lebih 140 tahun pengalaman global dalam industri kewangan.

Jadi, Macam Mana Nak Mula Melabur?

Mudah sangat, ikut langkah dibawah:

  1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go dari App Store atau Play Store

  1. Kemudian, pilih GoFinance
  2. Klik ‘Investment’ seterusnya pilih ‘Principal
  3. Klik Invest (Pengguna baharu kena selesaikan proses ‘onboarding’ dahulu)

Ingat, promosi khas merdeka berlangsung sekarang hingga 30 September 2024. Maklumat lanjut boleh klik sini.

Sama ada anda pelabur baharu atau berpengalaman, aplikasi ini sesuai untuk semua peringkat pelabur. Ianya mudah digunakan dan memberikan pilihan kepada rakyat Malaysia yang mencari peluang pelaburan yang mesra pengguna.

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Pelaburan melibatkan risiko. Sila baca dan fahamkan juga penafian penuh di
https://www.principal.com.my/ms/disclaimer-my  sebelum mula melabur.

**Pulangan tahunan setakat 30 April 2024



Previous ArticleNext Article

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.