Jom Sertai Bursa Malaysia Derivatives Virtual Trading Challenge, Hadiah Berjumlah RM20,000 Untuk Dimenangi

Anda baru nak berjinak-jinak dalam dunia trading? Nak mula trade tapi belum ada modal yang mencukupi?

Jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah yang berjumlah RM20,000 dalam Derivatives Virtual Trading Challenge 2021 (DVTC 2021) yang buat pertama kalinya diadakan.

Para peserta akan berebut 15 tempat teratas untuk memenangi hadiah, dengan pemenang tempat pertama akan membawa pulang wang tunai bernilai RM7,000.

Tempoh Pendaftaran: 22 September 2021 – 5 November 2021

Tempoh Cabaran: 15 November 2021 – 14 Disember 2021

Mereka yang mempunyai baki tertinggi di hujung cabaran ini bakal membawa pulang hadiah di atas.

Tertakluk pada terma dan syarat.

Anda boleh trade dengan 4 kontrak derivatif berikut:

  • FCPO (Crude Palm Oil Futures)
  • FKLI (FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures)
  • FM70 (Mini FTSE Bursa Malaysia Mid 70 Index Futures)
  • FMG5 (5-Year Malaysian Government Securities Futures Contract)

Sepanjang tempoh Cabaran, anda perlu trade dengan minimum 20 lot (dengan membeli 1 kontrak dan menjual 1 kontrak ia bersamaan dengan 2 lot) bagi memenuhi syarat kelayakan untuk menang. Asalkan dapat baki tertinggi pada tarikh 14 Disember nanti.

5 Langkah Mudah Untuk Mendaftar

Berminat? Jom ikuti langkah seperti dibawah:

1. Layari laman web DVTC 2021 untuk mendaftar

2. Muat turun dan pasang Derivatives Trading Simulator (DTS)

3. Belajar ilmu trading & kemahiran di dalam Webinar Pengenalan

4. Mula berdagang di DTS dengan modal maya sebanyak RM100,000

5. Dapatkan baki tertinggi untuk MENANG!

Jangan Lupa Hadir Webinar Pengenalan

Majalah Labur merupakan Rakan Pendidikan bersama-sama dengan Bursa Malaysia bagi menjayakan kempen ini. Dan seperti langkah #3 di atas, kita akan mengadakan 2 Webinar Pengenalan yang dibuka kepada orang ramai secara percuma.

1.

Tarikh: 14 Oktober 2021 (Khamis)

Masa: 8.30-10.30 malam

Topik: Cabaran Perdagangan Maya Bursa Malaysia Derivatif 2021

Speaker: Anuar Hashim

Supervisory Futures Manager, RHB Investment Bank

Daftar sekarang di -> https://us02web.zoom.us/meeting/register/tZcuc-GsrT8oGdbSrCqKNAyeq8ZELg2GSrNN

2.

Tarikh: 21 Oktober 2021 (Khamis)

Masa: 8.30-10.30 malam

Topik: Rahsia Pencapaian dalam Niaga Masa Hadapan

Speaker: Zarith Najihah Abd Malek

Futures Broker Representative, CGS-CIMB Futures

Daftar sekarang di -> https://us02web.zoom.us/meeting/register/tZIod-6uqT0tE9BcY-Zfd-vpHbo3gSicC7nD

Tarikh Tutup Pendaftaran 5 November 2021

Jom beramai-ramai kita sertai Webinar Pengenalan di atas dan sertai Derivatives Virtual Trading Challenge 2021 untuk memenangi hadiah yang berjumlah RM20,000.

Jumpa anda di sana!

Previous ArticleNext Article

FCPO: Trend Menurun Semakin Menguat Semasa Fasa Mendatar

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mengalami penurunan yang mendadak pada hari Jumaat lalu apabila jatuh MYR26 untuk
ditutup pada harga MYR4,480. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras harga MYR4,516. Ia kemudiannya mencatat paras tertinggi intrahari pada MYR4,520 sebelum kegiatan penjualan tinggi berlaku dan mengheretnya ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,460. Ia kemudian menutup dagangan pada paras MYR4,480 dengan membentuk corak lilin menurun yang kuat, sekali gus mengesahkan bahawa tekanan jualan mendominasi pasaran.

Pergerakan harga ini menunjukkan komoditi sekarang bergerak ke paras sokongan MYR4,390 dan terus-menerus ditutup di bawah garisan SMA 50 hari. RSI juga masih berada jauh dalam zon menurun yang menandakan rentak menurun adalah kuat dan mungkin akan berlarutan. FCPO sekarang dijangka akan menguji paras sokongan seterusnya pada MYR4,390. Kami bertindak mengekalkan bias dagangan negatif kerana mereka yang menantikan penurunan harga jelas mempunyai kawalan.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi tetap kukuh berada pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama ialah MYR4,390 dan diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sekarang berada pada MYR4,600 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,700.