Ben Daud Mahu Jadi Pengedar Utama Daging Di Lembah Klang

PELABUHAN KLANG, 14 Julai (Bernama) — Ben Daud Industries Sdn Bhd berhasrat menjadi antara pengedar utama daging di kawasan Lembah Klang dalam tempoh lima tahun akan datang melalui pembukaan gudang sejuk beku pertamanya di Pendamar, Klang.

Pengarahnya Wan Muhd Hisham Wan Hawari berkata Ben Daud berjaya mengimport daging halal pertamanya dari India sebanyak satu kontena seberat 28 tan yang dibawa masuk pada Mac lepas.

“Kami mendapat sambutan yang baik daripada pemborong di beberapa negeri dan syarikat ini menjangka akan mengimport satu lagi kontena dalam tempoh sebulan hingga dua bulan lagi,” katanya kepada pemberita selepas perasmian gudang tersebut oleh Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Zahari Kechik di sini malam ini. 

Beliau berkata untuk tahun hadapan, tumpuan akan diberikan bagi operasi di Selangor dengan menyediakan platform jualan dalam talian melalui Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (SELDEC) dan membuka peluang kepada kepada mereka yang berminat menjadi francaisi. 

“Sasaran kita untuk tahun hadapan adalah setiap daerah di Selangor akan mempunyai dua hingga tiga francaisi Ben Daud memandangkan potensi yang luas untuk pasaran di negeri ini,” katanya. 

Katanya skim francais Ben Daud menawarkan modal yang rendah pada sekitar RM100,000 hingga RM150,000 dengan jangkaan pulangan pelaburan dalam tempoh empat hingga lima tahun. 

Ben Daud telah ditubuhkan pada Mac 2016 sebagai pemborong dan peruncit Bumiputera dalam industri sejuk beku.

Selmedia Sdn Bhd, anak syarikat Selangor Industrial Corp Sdn Bhd telah menjadi pemegang saham majoriti Ben Daud sebanyak 70 peratus pada tahun lepas.

— BERNAMA

Berita asal: https://thekapital.my/ben-daud-mahu-jadi-pengedar-utama-daging-di-lembah-klang/

Previous ArticleNext Article

UOB Malaysia Menyokong Pelanggan Di tengah Ketidaktentuan Semasa

Kuala Lumpur, Malaysia, 10 April 2026 – UOB Malaysia akan menyokong pelanggan yang mungkin terjejas oleh perkembangan geopolitik terkini, termasuk situasi yang sedang berkembang di Timur Tengah. Sebagai rakan kewangan yang telah lama bersama isi rumah dan perniagaan di seluruh negara, UOB Malaysia kekal komited untuk menyokong kestabilan dan kesinambungan dengan membantu pelanggan mengurus komitmen kewangan mereka dalam keadaan operasi yang berubah-ubah.

Bank ini mengakui bahawa ketidaktentuan global yang meningkat boleh memberi tekanan kewangan kepada individu dan perniagaan, termasuk gangguan sementara kepada pendapatan, kekangan aliran tunai atau aktiviti perniagaan yang lebih perlahan.

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia berkata, “Tempoh ketidaktentuan boleh memberi kesan kepada isi rumah dan perniagaan dalam pelbagai cara. Melalui program bantuan kewangan kami, kami bekerjasama rapat dengan pelanggan untuk menyediakan penyelesaian praktikal bagi membantu mereka mengurus komitmen dengan yakin dan terus memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting.”

Pelanggan yang memerlukan bantuan digalakkan untuk menghubungi melalui saluran berikut:

Untuk pelanggan individu:
Emel: [email protected]
Pusat Perhubungan UOB: 03-2612 8121
Borang dalam talian: https://forms.uob.com.my/eservices/personal/financial-relief-assistance/index.html

Untuk pelanggan perniagaan:
Hubungi Pengurus Perhubungan masing-masing, atau
Emel: [email protected]