India Import 353,556 Tan Minyak Sawit Malaysia Pada Ogos 2022

NEW DELHI, 13 Sept  (Bernama) — India mengimport 353,556 tan minyak sawit dari Malaysia bulan lepas, meningkat 49 peratus dari Julai disebabkan import minyak makan negara itu naik 14 peratus dari bulan ke bulan.

Import dari Malaysia terdiri daripada 306,376 tan minyak sawit mentah (MSM), 39,480 tan olein sawit yang ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) dan 7,700 tan minyak isirong sawit mentah (CPKO), menurut data yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) pada hari ini.

Import minyak sawit India dari Malaysia pada Julai berjumlah 237,778 tan dan daripada jumlah itu, 215,064 tan ialah MSM.

Menurut SEA, India mengimport minyak makan sebanyak 1.37 juta tan pada Ogos berbanding 1.2 juta tan pada bulan sebelumnya.

Minyak sawit menguasai lebih 72 peratus dalam import minyak makan pada Ogos.

— BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/india-import-353556-tan-minyak-sawit-malaysia-pada-ogos-2022/

Previous ArticleNext Article

Sumbangan Pulau Pinang Daripada Jumlah Perdagangan Malaysia Pada Ogos Tertinggi Dalam Kalangan Negeri

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Pulau Pinang mencatatkan sumbangan tertinggi daripada jumlah perdagangan dalam kalangan negeri pada Ogos daripada jumlah perdagangan Malaysia sebanyak RM265.7 bilion pada bulan yang sama, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jumlah eksport Malaysia naik sebanyak RM46 bilion atau 48.2 peratus kepada RM141.3 bilion pada Ogos berbanding bulan yang sama pada tahun lepas, dengan eksport lebih tinggi dicatatkan di kebanyakan negeri diterajui oleh Pulau Pinang (RM17.1 bilion).

Johor mencatatkan eksport bernilai RM14.7 bilion, Selangor (RM4.7 bilion), Sarawak (RM4.1 bilion), Kuala Lumpur (RM2.2 bilion), Kedah (RM1.7 bilion), Sabah (RM756.3 juta), Melaka (RM733.1 juta), Negeri Sembilan (RM318.9 juta), Kelantan (RM259.7 juta), Pahang (RM153.7 juta) dan Perlis (RM60.6 juta).

Bagaimanapun, eksport merosot di Perak sebanyak RM371.2 juta, Terengganu (-RM316.6 juta) dan Labuan (-RM87.8 juta), katanya.

Antara lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan sebanyak 29.9 peratus, diikuti Johor (23.4 peratus), Selangor (17.5 peratus), Sarawak (8.4 peratus) dan Kuala Lumpur (5.3 peratus).

Pada masa sama, import pada Ogos turut meningkat RM50.2 bilion atau 67.6 peratus kepada RM124.4 bilion berbanding bulan yang sama pada 2021.

Peningkatan import dipacu oleh import yang lebih tinggi oleh semua negeri, diterajui oleh Johor, dengan peningkatan sebanyak RM14.2 bilion.

Ini diikuti Selangor (RM10.6 bilion), Pulau Pinang (RM8.9 bilion), Kuala Lumpur (RM6.6 bilion), Negeri Sembilan (RM2.1 bilion), Melaka (RM1.9 bilion), Kedah (RM1.5 bilion), Sarawak (RM920.6 juta), Pahang (RM888.5 juta), Perak (RM821.7 juta), Sabah (RM538.3 juta), Labuan (RM294.2 juta), Terengganu (RM174.7 juta), Perlis (RM74.5 juta) dan Kelantan (RM26.3 juta).

— BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/sumbangan-pulau-pinang-daripada-jumlah-perdagangan-malaysia-pada-ogos-tertinggi-dalam-kalangan-negeri/