Inti Pati Belanjawan 2024

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Berikut ialah inti pati Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen, hari ini.

Belanjawan 2024 bertemakan ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’, adalah belanjawan kedua yang dibentangkan oleh Anwar sejak menjadi Perdana Menteri pada 24 Nov 2022.

  • Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi tahun 2023 diunjurkan semula kepada 4.0 peratus 
  • Bagi 2023, anggaran hasil yang disemak semula ialah RM303.2 billion berbanding RM291.5 bilion 
  • Kerajaan yakin capai pertumbuhan hampir 5.0 peratus dengan pelaksanaan pembaharuan Ekonomi Madani 
  • Defisit fiskal 2024 diunjur berkurang kepada 4.3 peratus berbanding 5.0 peratus sasaran pada tahun ini dan 5.6 peratus pada 2022 
  • Sejumlah RM303.8 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus, RM90 billion bagi belanja pembangunan dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka 
  • Penambahan siling sebanyak RM15 bilion bagi RMKe-12 menjadikan jumlah keseluruhan bagi tempoh lima tahun sebanyak RM415 bilion 
  • Beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksanakan untuk meluaskan asas hasil negara pada tahun depan 
  • Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada 8.0 peratus berbanding 6.0 peratus sekarang
  • Kerajaan akan menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024 
  • Kerajaan mengamalkan pendekatan fiskal yang mengembang, pada masa sama bertanggungjawab mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat 
  • Malaysia akan mencapai defisit fiskal 3.0 peratus atau lebih rendah berbanding KDNK seperti mana penanda aras ditetapkan dalam Kerangka Ekonomi Madani 
  • Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Tinggi pada kadar 5.0 peratus hingga 10.0 peratus ke atas barang bernilai tinggi 
  • Kerajaan dijangka melaksanakan cukai minimum global pada tahun 2025 dan hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya 750 juta Euro
  • Kerajaan bersetuju untuk menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos, 2024
  • Hasil penjimatan subsidi sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion
  • Kerajaan sasar kedudukan 20 teratas bagi Ekosistem Syarikat Pemula Global menjelang 2030, selain menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab industri digital dan syarikat pemula bagi rantau Asia Tenggara
  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM28 juta bagi membangunkan platform MYStartup
  • Kerajaan akan membuka kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, Perak Utara bagi membina ekosistem lebih luas untuk kluster elektrik dan elektronik (E&E) di wilayah utara
  • MITI dan MIDA bertangggungjawab memudahkan urusan pelaburan FDI dan DDI bermula daripada permohonan sehingga pelaburan direalisasikan
  • GLC dan GLIC menyediakan dana sehingga RM1.5 bilion untuk menggalakkan syarikat pemula termasuk usahawan PKS bumiputera menceburi bidang HGHV 
  • Kerajaan memperuntukkan RM100 juta kepada MyCIF bagi tempoh tiga tahun
  • Kerajaan sedia RM28 juta bagi membangunkan platform MYStartup
  • Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF2023) akan dianjurkan pada Disember 2023 sebagai usaha mempelopori peralihan kepada sistem kewangan Islam yang lebih syumul (menyeluruh dan sempurna)
  • GLC dan GLIC menyediakan dana sehingga RM1.5 bilion untuk menggalakkan syarikat pemula termasuk usahawan PKS bumiputera menceburi bidang HGHV
  • BNM, institusi kewangan Islam sedang memajukan program rintis pelaburan berimpak melalui Akaun Pelaburan (IA) yang lebih meluas
  • Kerajaan menyediakan sebanyak RM20 juta bagi merancakkan kajian serta kreativiti dan inovasi ekonomi Islam
  • Malaysia kekal pada kedudukan pertama dalam keseluruhan Indikator Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) global untuk 10 tahun berturut-turut
  • Kerajaan cadang pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada Jualan dan Belian Sekuriti Islam (ISSB) mulai tahun taksiran 2024
  • Kerajan menyediakan dana pembiayaan sebanyak RM100 juta bagi gerakan koperasi melalui Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
  • Kerajaan cadang pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya selama lima tahun kepada entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perdagangan berkaitan kewangan Islam bagi menyokong pembangunan IBFC
  • Kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan Halal daripada 51 hari kepada 30 hari
  • Sembilan institusi kewangan tawar program khusus untuk PKS Halal selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030
  • Kerajaan memperuntukkan dana tambahan i-TEKAD sehingga RM25 juta secara geran padanan dengan institusi kewangan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan
  • Kerajaan menyediakan peruntukan sehingga 10 peratus daripada jumlah NIMP 2030 sebagai pemangkin, dana permulaan bagi 2024 sebanyak RM200 juta
  • NIMP sasar jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM95 bilion, disamping 3.3 juta peluang pekerjaan dengan gaji penengah sehingga RM4,510 sebulan menjelang 2030
  • Institusi kewangan pembangunan akan distruktur semula melalui penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, SME Bank dan Exim Bank
  • Kerajaan berhasrat merasionalisasi subsidi secara berfasa
  • Pendekatan subsidi bersasar telah menjimatkan lebih RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik sebanyak RM20 bilion
  • BNM dan sektor kewangan sedang membangunkan Portal Fraud Kebangsaan yang dijangka siap menjelang pertengahan 2024
  • Kerajaan akan memperkukuh persekitaran modal teroka melalui pemusatan agensi modal seperti Penjana Kapital dan MAVCAP di bawah Khazanah Nasional Bhd
  • Kerajaan cadang PIPC dijadikan hab pembangunan sektor kimia, petrokimia dengan pemberian pakej galakan cukai dalam bentuk kadar cukai khas, elaun cukai pelaburan
  • Nilai keseluruhan pinjaman, jaminan pembiayaan yang tersedia untuk manfaat usahawan PMKS berjumlah sehingga RM44 bilion pada tahun depan
  • Kerajaan menyediakan kemudahan pinjaman kecil dengan dana keseluruhan sebanyak RM2.4 bilion di bawah BNM, BSN, TEKUN
  • Kerajaan saran majikan swasta kaji kesesuaian saraan, ganjaran kepada pekerja, mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa 
  • Kerajaan akan menambah Skim Jaminan Kredit Perumahan sehingga RM10 bilion untuk SJKP bagi memanfaatkan 40,000 peminjam 
  • Sebanyak RM2.47 bilion disediakan untuk melaksanakan projek perumahan rakyat bagi tahun 2024 
  • Anggaran awal LRT Pulau Pinang ke Seberang Perai berjumlah RM10 bilion 
  • Kerajaan peruntuk RM60 juta bagi CyberSecurity untuk bangun Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G, kepakaran tempatan terhadap teknologi siber
  • Prasarana Malaysia Bhd setuju untuk memperoleh 150 bas elektrik dan membina tiga depoh bas dengan kos RM600 juta bagi menyokong keperluan projek LRT3
  • RM2.4 bilion disediakan kepada FELDA, FELCRA dan RISDA untuk merancakkan aktiviti agrikomoditi dan tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil 
  • Kerajaan sedia lanjut tempoh tawaran program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) sehingga 31 Dis 2024 bagi menggalakkan lebih ramai memasang panel di premis kediaman
  • Sejumlah RM510 juta tersedia sebagai dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi serta Kementerian Pendidikan Tinggi 

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

[TERKINI] Bank Negara Malaysia Kekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75%

Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 2.75%.

Berlandaskan kekukuhan pada tahun 2025, pertumbuhan global akan terus disokong oleh permintaan dalam negeri yang berterusan, inflasi yang semakin berkurang, pelaburan teknologi yang mantap serta sokongan dasar fiskal dan monetari. Walau bagaimanapun, konflik terkini di Timur Tengah telah meningkatkan ketidaktentuan dalam ekonomi global. Kesan terhadap ekonomi global akan bergantung pada tempoh dan keseriusan konflik.

Berikutan perkembangan terkini, risiko pertumbuhan menjadi perlahan telah meningkat disebabkan oleh ketegangan geopolitik yang semakin meruncing dan volatiliti yang ketara dalam pasaran kewangan global. Selain itu, masih terdapat kebimbangan yang berterusan terhadap kemungkinan tarif yang lebih tinggi dan penilaian yang tinggi dalam pasaran kewangan.

Pertumbuhan berpotensi menjadi pesat termasuk perbelanjaan untuk teknologi yang lebih kukuh, kesan tarif yang lebih sederhana terhadap kegiatan ekonomi serta dasar yang menyokong pertumbuhan di negara-negara maju.

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2% pada tahun 2025, didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh, eksport elektrik dan elektronik (E&E) yang lebih tinggi dan pelancongan ke dalam negeri yang giat. Momentum pertumbuhan ini dijangka berterusan pada tahun 2026, berteraskan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan. Guna tenaga, pertumbuhan upah serta langkah-langkah dasar akan kekal menyokong perbelanjaan isi rumah.

Aktiviti pelaburan akan didorong oleh kemajuan projek berbilang tahun yang dilaksanakan dalam sektor swasta dan awam, pelaksanaan projek awam baharu berskala kecil, lebih banyak pelaksanaan berterusan pelaburan yang telah diluluskan, serta pelan induk nasional yang terus dilaksanakan. Sektor luaran akan mendapat manfaat daripada eksport E&E yang terus kukuh dan perbelanjaan pelancong yang lebih tinggi. Prospek pertumbuhan ini kekal tertakluk pada ketidakpastian berhubung dengan perkembangan global, termasuk konflik terkini di Timur Tengah.

Risiko prospek pertumbuhan menjadi perlahan kekal berpunca daripada perdagangan global yang lebih perlahan dan pengeluaran komoditi yang lebih rendah daripada jangkaan. Sementara itu, potensi pertumbuhan menjadi pesat boleh berpunca daripada prospek pertumbuhan global yang lebih baik, permintaan terhadap barangan E&E yang lebih kukuh dan aktiviti pelancongan yang lebih giat.

Inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing berada pada 1.6% dan 2.3% pada bulan Januari 2026. Secara keseluruhan, inflasi keseluruhan pada tahun 2026 dijangka kekal sederhana. Walaupun harga komoditi global mungkin terdedah kepada volatiliti yang lebih ketara berikutan perkembangan terkini, kesannya terhadap inflasi dalam negeri dijangka terkawal. Sementara itu, inflasi teras pada tahun 2026 dijangka kekal stabil dan hampir dengan purata jangka panjangnya, mencerminkan pengembangan berterusan dalam kegiatan ekonomi serta ketiadaan tekanan permintaan yang berlebihan.

MPC mengambil maklum tentang ketidaktentuan yang timbul susulan konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah. Impak kepada ekonomi global dan Malaysia akan bergantung pada perkembangan situasi ini. Ekonomi Malaysia menghadapi cabaran ini daripada kedudukan yang kukuh, dengan pertumbuhan dalam negeri yang mantap, inflasi yang sederhana, sektor kewangan yang teguh dan kedudukan luaran yang berdaya tahan.

Pada tahap OPR semasa, MPC berpendapat bahawa pendirian dasar monetari adalah wajar dan memberikan sokongan terhadap ekonomi dalam keadaan harga yang stabil. MPC akan terus memantau perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi dalam negeri.