PKNS Akan Bangunkan Pusat Sehenti Untuk Usahawan

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina satu bangunan yang direka bentuk sebagai pusat sehenti kepada usahawan yang sedang meningkat naik di bawah program PKNS.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mahmud Abbas berkata sebagai cabang pembangunan Selangor, PKNS akan terus menyokong usaha negeri itu untuk mengekalkan kedudukan sebagai penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

“Bagi meneruskan komitmen untuk menggalakkan pertumbuhan sosioekonomi negeri, PKNS telah menyokong lebih 41,000 pemilik perniagaan menerusi pelbagai program sepanjang tempoh 27 tahun lepas serta komited untuk menyokong pertumbuhan sosial dan ekonomi negeri berpandukan rancangan pemulihan yang menyeluruh,” katanya dalam kenyataan hari ini sempena ulang tahun PKNS ke-58.

Sehingga kini, PKNS mempunyai 13 anak syarikat dengan tiga daripadanya adalah syarikat tersenarai awam yang meliputi sektor perumahan dan pembangunan, hartanah, pembinaan, kejuruteraan pemborongan, peruncitan, perkhidmatan pendidikan, penjagaan kesihatan dan rekreasi.

Selain itu, dengan kira-kira 2,000 klinik di bawah Selgate Corporation, PKNS menetapkan sasaran untuk membangunkan lebih banyak kemudahan penjagaan kesihatan serta meneroka peluang penggabungan dan pengambilalihan dengan penyedia khidmat penjagaan kesihatan sedia ada.

Ia turut berhasrat menilai kerjasama strategik dalam bidang pelaburan dan pegangan ekuiti serta perkhidmatan pengurusan dan pentadbiran penjagaan kesihatan untuk kakitangan korporat bagi menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan yang berkualiti.

Selgate ialah anak syarikat milik penuh PKNS.

Mahmud berkata PKNS bercadang membangunkan kemudahan bantuan kehidupan melalui pelancaran Hospital Selcare sebagai permulaan kepada usaha itu.

Hospital tersebut akan memberi tumpuan untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan, dengan matlamat untuk mencipta nilai kepada ekonomi negeri, membawa manfaat kepada rakyat Selangor dan komuniti bersasar.

Daripada kemudahan penjagaan khusus sehingga pelbagai kemudahan dan aktiviti sosial dan rekreasi, PKNS berhasrat untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan penduduk di semua peringkat usia.

“PKNS tetap yakin dengan rancangan pemulihan strategiknya yang pelbagai. Penyumbang utama rancangan pemulihan kami terletak kepada pendekatan menyeluruh kami yang pelbagai.

“Selain daripada tumpuan utama untuk membina kediaman mampu milik, PKNS turut berusaha mengukuhkan kedudukan secara agresif dalam pelbagai sektor lain,” kata Mahmud.

Selangor memperlihatkan isyarat pemulihan pada 2021 dengan mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak lima peratus berbanding 2020.

Ia kekal sebagai ekonomi terbesar di Malaysia dengan nilai tambah mencecah RM343.5 bilion berbanding RM327.1 bilion pada tahun sebelumnya.

— BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/pkns-akan-bangunkan-pusat-sehenti-untuk-usahawan/

Previous ArticleNext Article

FLUX Himpunkan Pemimpin Perniagaan Malaysia Untuk Tangani Kos Ketegaran Dalam Ekonomi Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 21 Mei 2026 — FLUX, platform teknologi automotif Malaysia, hari ini menghimpunkan Forum Perniagaan FLUX 2026 dengan kerjasama Malaysia German Chamber of Commerce & Industry di AICB Centre of Excellence. Bertemakan “Competing in an Uncertain Economy: The Cost of Rigidity”, perhimpunan tertutup itu bertujuan membangkitkan persoalan yang tidak dapat dielakkan: apakah sebenarnya yang diperlukan syarikat untuk berdepan ketidaktentuan global berterusan, dan di manakah kebanyakan organisasi masih gagal menyesuaikan diri dengan cukup pantas?

Menyampaikan ucaptama pembukaan bertajuk “Policy & Competitiveness in an Uncertain Economy: Capital, Talent and the Cost of Rigidity”, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata tempoh semasa secara asasnya berbeza daripada kejutan-kejutan terdahulu — Krisis Kewangan Asia 1997, Krisis Kewangan Global 2008, dan Covid-19. Apa yang membezakannya, menurut beliau, bukanlah skala satu-satu kejutan, tetapi tekanan serentak melibatkan tenaga, geopolitik, monetari dan perdagangan — serta hakisan sokongan dasar yang sebelum ini menjadi sandaran syarikat. Sistem perdagangan global berasaskan peraturan, tindakan terkoordinasi bank pusat, dan kepimpinan monetari Amerika Syarikat yang boleh dijangka tidak lagi boleh dianggap sebagai sesuatu yang pasti.

Ucaptama itu menjadi asas kepada sesi panel yang menterjemahkan gambaran makro kepada realiti operasi di peringkat lapangan. Wakil kanan termasuk Jacob Lee Chor Kok dari Federation of Malaysian Manufacturers (FMM), Benyamin Ismail dari AirAsia X, Ir. Shazwan Khalid dari Siemens Energy Malaysia, dan Marc Appelt dari MAN Truck & Bus Malaysia membincangkan di mana tekanan kos paling ketara dirasai, bagaimana dasar penyetempatan Malaysia dan realiti operasi saling bertentangan, serta perubahan yang telah dilakukan syarikat secara senyap dalam tempoh enam hingga dua belas bulan kebelakangan ini. Antara tema utama yang dibincangkan termasuk peningkatan semula kos tetap yang sebelum ini berjaya dikurangkan ketika Covid-19, tekanan modal kerja yang kini menjejaskan pengeluar Malaysia, dan geseran operasi berkaitan rangka kerja Employment Pass baharu sebelum ia dilaksanakan.

Forum itu diakhiri dengan perkongsian kajian kes oleh Pengasas & CEO FLUX, Aziz Ayman, yang menyatakan bahawa komitmen kos tetap jangka panjang adalah pendekatan era lama. Syarikat yang berfikiran ke hadapan pada tahun 2026 kini menuntut ketangkasan dalam struktur kos mereka. Menggunakan mobiliti korporat sebagai kajian kes sebenar, Aziz memperkenalkan FLUX sebagai model peralihan daripada kos tetap kepada fleksibel — satu cara untuk “Netflix-kan” armada korporat, dengan pertukaran atas permintaan, kos menyeluruh yang boleh diramal dan kecekapan cukai terbina dalam.

“Dalam pasaran hari ini, satu-satunya kepastian ialah perubahan — dan syarikat bertindak balas dengan menuntut fleksibiliti dalam mobiliti korporat mereka. Perniagaan yang bekerjasama dengan kami tidak membuat keputusan hari ini yang mengikat mereka untuk dua atau tiga tahun akan datang. FLUX menukar CAPEX mobiliti kepada perbelanjaan operasi supaya pelanggan boleh membesarkan, mengecilkan atau menukar armada mereka mengikut perubahan perniagaan. Syarikat yang tangkas tidak memiliki apa yang boleh mereka akses. Dalam ekonomi tidak menentu, akses berbanding pemilikan bukan lagi pilihan kewangan — ia kini satu strategi.” — Aziz Ayman, Pengasas & CEO, FLUX

Forum Perniagaan FLUX mencabar syarikat untuk kekal tangkas dalam tempoh yang ditandai pelbagai kejutan serentak. Organisasi yang paling bersedia untuk bersaing ialah mereka yang telah melakukan usaha disiplin untuk menghapuskan ketegaran daripada model operasi mereka — sebelum gangguan seterusnya memaksa persoalan tersebut.