5 Syarikat Pengeluar Minyak Terbesar Di Dunia

Tidak dapat dinafikan bahawa minyak menjadi keperluan banyak pihak sejak beberapa dekad dahulu. Daripada industri permotoran sehinggalah industri aero angkasa, semuanya memerlukan minyak untuk menjalankan kegiatan masing-masing. 

Jom lihat antara 5 syarikat pengeluar minyak terbesar di dunia yang ramai tak tahu. Syarikat gergasi minyak ini sangat berjasa dalam membekalkan minyak di seluruh dunia.

1. PetroChina

PetroChina Co merupakan syarikat minyak dan gas kedua terbesar di dunia dengan aset yang banyak di lebih 30 negara. Syarikat ini terlibat dalam operasi minyak dan gas, perkhidmatan medan minyak, pembuatan peralatan, perkhidmatan kewangan dan pembangunan tenaga baharu. Pendapatannya dikatakan berjumlah USD 347.76 bilion. 

2. BP

BP adalah sebuah syarikat pengeluar minyak tertua di dunia yang terlibat dalam pengeluaran minyak dan gas, penapisan, perkhidmatan operasi kuasa angin dan juga kemudahan penjanaan tenaga solar. 

BP turut menjalankan beberapa pengkomersilan produk hidrokarbon dan merupakan pemegang kepentingan terbesar sebagai pengendali di Puma West. Pendapatan BP setakat ini dikatakan berjumlah USD 296.97 bilion.

3. Royal Dutch Shell

Sebuah syarikat yang mempunyai beribu pejabat di Belanda yang terlibat dalam perniagaan minyak, gas dan bahan kimia adalah Royal Dutch Shell. Dikatakan rizab minyak dan gasnya dijangka berkurangan dengan ketara menjelang 2030 tetapi syarikat ini tetap optimis untuk beralih secara perlahan-lahan kepada sumber tenaga hijau. Nilai bersih pendapatan syarikat Royal Dutch Shell dikatakan berjumlah USD 382.97 bilion.

4. China Petroleum & Chemical (Sinopec)

China Petroleum & Chemical atau dikenali dengan Sinopec juga merupakan salah satu syarikat pengeluar minyak terbesar milik China. Sinopec telah menjana keuntungan sebanyak USD 407 bilion yang menjadikannya syarikat kedua terbesar yang didagangkan di Bursa Saham New York (NYSE). Sinopec terlibat dalam operasi penerokaan minyak dan gas, penapisan dan juga penjualan produk petrokimia.

5. Saudi Arabian Oil (Saudi Aramco)

Saudi Arabian Oil atau dikenali dengan nama Saudi Aramco adalah sebuah syarikat pengeluar minyak yang mempunyai pengaruh besar dalam landskap tenaga dunia. Syarikat ini dimiliki oleh kerajaan Arab Saudi dan sangat berpengaruh dalam Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Syarikat ini dikatakan memiliki keuntungan bersih berjumlah USD 382.97 bilion.

​​

Kesimpulannya, 5 syarikat pengeluar minyak terbesar di dunia di atas sentiasa bersaing untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggannya di seluruh dunia. Walaupun syarikat pengeluar minyak negara kita, Petronas tidak tersenarai di kedudukan 5 teratas syarikat pengeluar minyak terbesar di dunia, kita seharusnya berbangga kerana Petronas menduduki tangga ke 8 terbaik dalam dunia buat masa ini. 

Semoga dengan entri kali ini, ia dapat memberi manfaat kepada anda semua dalam mengenali syarikat pengeluar minyak terbesar di dunia.

Sumber:

  1. https://iluminasi.com
  2. https://money.kompas.com

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.