6 Saham Patuh Syariah Pilihan Rakuten Trade

Baru-baru ini telah berlangsung sidang media dari pihak Rakuten Trade. Ianya telah dijalankan oleh Encik Kenny Yee, Ketua Penyelidik Rakuten Trade dan Encik Vincent Lau, Naib Presiden Rakuten Trade yang dijalankan secara atas talian melalui platform Microsoft Teams.

Nak tahu apa dia 6 saham yang menjadi pilihan Rakuten Trade? Jom kita tengok sama-sama.

1. APPASIA (Harga Semasa RM0.70, Harga Sasaran RM1.18)

2. DNONCE (Harga Semasa RM0.56, Harga Sasaran RM0.88)

3. SCOMNET (Harga Semasa RM1.82, Harga Sasaran RM2.68)

4. TCS (Harga Semasa RM0.480, Harga Sasaran RM0.70)

5. AirAsia Group (Harga Semasa RM0.965)

6. Tenaga Nasional Berhad (Harga Semasa RM10.80)

*Penafian: Senarai saham di atas adalah berdasarkan pertimbangan pasukan penyelidik Rakuten Trade. Pelaburan adalah berisiko dan melabur adalah di atas risiko anda sendiri.

Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif?

Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!

Buat julung kalinya, memperkenalkan:

WEBINAR SENANG SAHAM

bersama speaker:
Tuan Eza Ezamie
COO Majalah Labur

&

Tuan Somad Albasit
Remisier M+ (Malacca Securities)

#Hari 1 : 19 Disember 2020
Sabtu, 9 pagi – 5 petang

#Hari 2 : 20 Disember 2020
Ahad, 9 pagi – 5 petang

#Hari 3 : 21 Disember 2020
Isnin, 2 petang – 5 petang

Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari?

Belajar secara santai dari rumah melalui aplikasi ZOOM.

Daftar sekarang -> http://thekapital.my/senangsaham19Dis

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.