7 Petua Untuk Membantu Mencipta Pengalaman Yang Lebih Selamat Di Twitter

Objektif Twitter adalah untuk menyampaikan perbualan awam. Selaras dengan tema Hari Keselamatan Internet tahun 2022, iaitu Kita Siber*, Twitter menyeru orang ramai untuk bersama-sama menjadikan Internet sebagai tempat yang lebih selamat dan lebih baik untuk semua, terutamanya untuk golongan muda.

Pada tahun lepas, Twitter telah membuat pengembangan pada dasar mereka dan mengemas kini ciri mereka untuk membantu memastikan orang ramai mendapat pengalaman positif semasa menggunakan Twitter. Walaupun perkhidmatan Twitter telah mencapai kemajuan yang bermakna, Twitter akan sentiasa menambah baik di masa akan datang.

Sorotan utama pada kemas kini dasar Keselamatan dan Kesihatan Twitter:

  • Kandungan sensitif boleh meresahkan apabila anda menemuinya tanpa amaran terlebih dahulu. Twitter melancarkan amaran kandungan sekali sahaja di seluruh dunia untuk ditambah sebagai amaran untuk kandungan sensitif pada garis masa mereka.
  • Twitter melancarkan Buku Panduan Keselamatan Digital untuk membantu orang ramai terasa lebih selamat, sentiasa dalam kawalan, dan menguruskan jejak digital mereka. Buku panduan ini boleh dimuat turun dan tersedia dalam tujuh bahasa: Inggeris, Perancis, Hindi, Jepun, Portugis, Bahasa Sepanyol (Sepanyol) dan Bahasa Sepanyol (Amerika Latin).
  • Twitter telah mengemas kini dasar maklumat tidak tepat tentang COVID-19 untuk membantu memastikan orang ramai dapat mencari maklumat yang betul tentang COVID-19 di Twitter.

Twitter juga memperluaskan carian pemberitahuan #ThereIsHelp untuk memberi maklumat yang boleh
dipercayai daripada sumber yang sahih kepada mereka yang memerlukannya.

  • Pada Disember 2021, Twitter melancarkan carian pemberitahuan HIV secara global untuk memberikan maklumat yang tepat berkaitan HIV di seluruh Asia Pasifik dan Amerika: Brazil, Hong Kong, Indonesia, India, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura, SP-Latam, Taiwan, Thailand, dan Amerika Syarikat.
  • Pada Mei 2021, Twitter melancarkan carian kebebasan bersuara di Thailand yang akan menghubungkan orang ramai kepada NGO apabila mereka mencari kata kunci bahasa Thai yang dikaitkan dengan kebebasan bersuara di Twitter.
  • Twitter bekerjasama dengan UN Women Asia Pacific (@UNWomenAsia) untuk menguatkan sokongan dalam mewujudkan kesedaran terhadap keganasan berdasarkan jantina di Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina, dan Vietnam.

Mengawal Pengalaman Anda di Twitter

Dalam era digital ini, perbualan yang selamat, inklusif, dan tulen menjadi sangat penting. Twitter berdedikasi memberi ruangan yang selamat dan pengawalan sepenuhnya kepada pengguna. Malang tidak berbau. Oleh itu, berikut adalah tujuh petua untuk membantu orang ramai berasa lebih selamat semasa menyertai perbualan pada perkhidmatan:

  • Pastikan akaun Twitter anda selamat dengan mengaktifkan pengesahan dua-faktor (2FA) untuk menambah lapisan perlindungan. Ini akan memastikan bahwa akaun tersebut hanya boleh diakses oleh pemilik akaun.
  • Twitter menyokong hak kebebasan bersuara; dan melalui Tweets yang dilindungi, pengguna boleh berkongsi Tweets, idea, dan pendapat mereka dengan bilangan pengikut yang terhad.
  • Twitter baru-baru ini melancarkan fungsi bagi pengguna untuk mempunyai lebih kawalan ke atas siapa yang boleh mengikuti mereka. Jika ingin menyekat akaun yang tidak diinginkan, anda kini boleh keluarkan mereka daripada senarai pengikut tanpa menyekat akaun mereka (tersedia di Twitter.com).
  • Twitter turut membenarkan pengguna untuk mengehadkan Tweet daripada akaun-akaun tertentu tanpa berhenti mengikuti atau menyekat akaun-akaun tersebut. Pengguna boleh menggunakan advanced mute untuk memadamkan perkataan, perbualan, frasa, nama pengguna, emoji, dan tanda pagar tertentu.
  • Perkongsian maklumat lokasi yang boleh mengenal pasti alamat rumah, pejabat atau tempat anak anda bersekolah mesti dielakkan. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.
  • Mesej Langsung (DM) membolehkan anda mengadakan perbualan peribadi atau membuat perbualan berkumpulan. Kadangkala, anda menerima DM yang tidak diingini. Tetapan DM membolehkan anda menapis mesej yang tidak diingini dan mengehadkan mesej daripada orang yang anda tidak ikuti.
  • Jika tetapan dimatikan, anda hanya akan menerima mesej daripada orang yang anda ikuti. Anda juga boleh menogol penapis kualiti untuk mengecualikan Mesej tidak diingini atau spam.

Twitter menyokong hak kebebasan bersuara. Namun, jika anda mendapati maklumat peribadi, foto atau
video anda digunakan tanpa pengetahuan anda, laporkan.

Untuk menggalakkan perbualan mengenai penggunaan internet yang lebih selamat, Twitter telah melancarkan emoji khas yang akan tersedia sehingga 13 Februari. Pengguna boleh mengaktifkannya dengan tanda pagar (hashtag) berikut: #SaferInternetDay, #SID2022, #HariKeselamatanInternet.

* https://www.saferinternetday.org/in-your-country/malaysia

Tentang Twitter, Inc.

Twitter adalah platform untuk ketahui apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang dibicarakan orang ramai di saat ini.

Untuk informasi lebih lanjut, kunjungi about.twitter.com serta ikuti @Twitter. Jom bincang.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

TP-Link & Freshtel Internet Rasmi Jalinkan Kerjasama WiFi 7 Tri-Band Pertama

KUALA LUMPUR, 15 Januari 2026 – TP-Link Malaysia telah memeterai satu kerjasama strategik dengan Freshtel Internet menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), sekali gus menandakan usaha bersama untuk memperkukuh penawaran sambungan internet di rumah bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap WiFi dalaman yang stabil dan berprestasi tinggi.

Menerusi kerjasama ini, Freshtel Internet akan mengintegrasikan TP-Link HB610 WiFi 7 Tri-Band Whole Home Mesh ke dalam pakej perkhidmatannya, menjadikan Freshtel antara penyedia perkhidmatan internet terawal di Malaysia yang mengguna pakai penyelesaian WiFi 7 tri-band TP-Link untuk sambungan internet di rumah.

Berbeza dengan penyelesaian WiFi 7 standard, seni bina tri-band HB610 dilengkapi jalur tambahan 6GHz yang membantu mengurangkan kesesakan rangkaian serta menyokong prestasi yang lebih lancar di rumah dengan pelbagai peranti bersambung. Ini membolehkan sambungan internet dalaman yang lebih stabil dan konsisten, khususnya dalam persekitaran penggunaan tinggi dan berbilang peranti.

“Prestasi WiFi dalam rumah kini sama pentingnya dengan kelajuan akses internet,” kata Alvin Ou, Ketua Perniagaan Enterprise & ISP, TP-Link Malaysia. “Melalui kerjasama ini bersama Freshtel Internet, kami menyokong penyedia perkhidmatan dengan penyelesaian WiFi 7 tri-band yang direka untuk memberikan pengalaman sambungan internet di rumah yang lebih boleh dipercayai dan konsisten.”

Menurut Steve Choo, Ketua Pegawai Eksekutif Freshtel Internet, “Menyediakan pengalaman WiFi dalaman yang boleh diharap merupakan keutamaan utama kami. Kerjasama dengan TP-Link membolehkan kami memperkukuh penawaran perkhidmatan melalui penyelesaian WiFi 7 tri-band, di samping bersedia menghadapi keperluan sambungan masa hadapan selari dengan perubahan corak penggunaan isi rumah.”

Selain sambungan kediaman, kerjasama ini turut membuka peluang kepada pembangunan persekitaran rangkaian yang diurus secara berpusat pada masa hadapan. Platform Omada oleh TP-Link menyediakan rangka kerja berskala yang berpotensi menyokong kediaman berbilang unit serta rangkaian hospitaliti, sejajar dengan perancangan Freshtel Internet untuk meneroka peluang perkhidmatan baharu.

Ke hadapan, TP-Link dan Freshtel Internet akan terus bekerjasama dalam jangka panjang bagi meningkatkan pengalaman sambungan internet selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan pengguna yang sentiasa berubah.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian rangkaian TP-Link dan kerjasamanya bersama Freshtel Internet, sila layari laman web rasmi TP-Link Malaysia.